Showing posts with label besa jer. Show all posts
Showing posts with label besa jer. Show all posts

07 October 2010

Baru dan lama

Salam wbt,

Apa yang dah terjadi yang aku tak mention dalam blog selama ni, banyak betul kekangan yang menghalang satu daripadanya adalah Malas. Tapi kadang-kadang bila aku dah duduk depan komputer buka blog ni idea tu tak mahu nak mencurah, bila aku log-out mula datang balik.

1. Raya
Alhamdulillah raya tahun ni aku dapat bercuti panjang, maklumlah dah bekerja office hour, Sebelum ni di   jabatan lama sudah 3 kali aku tak dapat nak balik beraya di sebabkan syif jatuh pada hari raya.
Raya tahun ni agak suram sedikit disebabkan kekurang ahli keluarga iaitu arwah adikku Muhamad Reduan.
kami sekeluarga sambut dengan sederhana tetapi penuh makna, kerana kami dapat menziarah semua rumah adik beradik abah dan emak dengan berkonvoi 3 kereta, hurmm seronok-seronok.



2. Telepon Bimbit
Sebelum aku berpindah ke Putrajaya, telepon aku terkene penyakit ganjil iaitu skrin pecah di dalam menyebab aku tak dapat nk membaca penuh sms, jadi dalam jangka masa agak lama aku tak menjadi peng "sms" tegar.
Sebelum menjelang raya puasa dengan berbekal duit saguhati hari raya yang di hadiahkan oleh kerajaan aku pon beli telepon baru. Tapi yang peliknya usha telepon lain tapi beli telepon lain.

handphone aku sekarang

3. Semester September 2010 bermula
Keputusan peperiksaan untuk semester Mei masih belum tahu lagi, tapi semester baru dah mula, aku berharap result semester lepas bagus, memandangkan 2 semester sebelum ni result aku agak merosot banyak.

4. Potongan gaji ASB dan Tabung Haji
Oleh kerana usia aku semakin lanjut jadi aku buat keputusan untuk buat pemotongan gaji terus melalui angkasa, sebelum aku hanya transfer online, ke akaun ASB. Aku harap dalam masa 2 tahun lagi boleh buat untuk kahwin InsyaAllah.

5. Projek pisang
Sejak akhir-akhir aku tengah mencari pekebun pisang, tujuannya abang aku sekarang dapat projek membekalkan pisang mentah. Pisang..pisang..


Sekian, itu saja maa...




01 January 2009

Short Term And Long Term Ambition

Salam wbt,
seperti tahun 2008 aku ader tetapkan segala Short Term Goal dan Long Term Goal
tahun ni adalah:

Short Term Goal

  1. Siapkan segala assignment tepat pada masanya()
  2. Kekalkan pointer 3.8(m-skrg t-mei 09)
  3. Daftar syarikat(m-skrg t-30 jan 09)
  4. Skor midterm exam(m-skrg t-prtghn feb 09)
  5. Kuasai Adobe Illustrator(m-skrg t-awl feb 09)
  6. Update blog (infiniti)

Long Term Goal

  1. Ijazah BITE (sebelum @ pada 2011) - 3 tahun lagi
  2. Jawatan Gred 41 (Sebelum umur 30)-6 tahun lagi
  3. Setup Company- syarikat pembekal, printing,design, it beroperasi sepenuhnya (Sebelum umur 30) - 6 tahun lagi
  4. Master (Sebelum umur 40) - 16 tahun lagi
  5. Kahwin (Sebelum umur 30)- 6 tahun lagi

Selamat Datang 2009

Photobucket
Salam wbt..Alhamdullilah syukur dgn limpah rahmat Allah SWT..aku sekali dapat menhirup udara pagi nih...menantakan Allah masih memberi peluang untuk aku hidup di bumi Nya yang semetara ni. Setelah tiga hari memasuki tahun 1430 Hijrah skrg tiba giliran tahun masihi..etiap pergantian tahun di iringi dgn pelbagai cita2, azam, target , doa, harapan agar dapat menjadi insan @ individu yg lebih baik..Tidaknya kurangnyalah aku..



Tahun 2008 yg lepas banyak meninggal perkara suka dan duka..tetapi aku anggap ia tahun kesedihan bagi aku. Pemergian Arwah adikku amat mengejutkan. Akulah org yang paling terasa sbb arwah sempat tggl bersama aku dan bersekolah di sini. segala urusan sekolah arwah aku yg uruskan, setiap salahnya aku marahi..jd byk perkara dan kenangan arwah ader bersama aku..tapi bila direnungkan kembali baru aku sedar yg mati akan tiba bila2 masa tidak kira usia dan masa. Dalam hati aku sll kata, "anggap la ni satu ujian Allah, aku nak jd kan ni satu booster untuk aku capai kejayaan" dan aku lakukan demi untuknya.

tahun 2008 aku jg start pengajian ijazah di OUM, belajar secara online langsung tak kekok bg aku, tp untuk yuran yg sgt mengekokkan aku. dgn gaji yg tak seberapa aku terpaksa cater untuk bayar yuran, argh...peduli aper aku yg mahukan kejayaan. tak kira apa juga halangannya mau saja aku tempuhi.

Alam percintaan, rasa mcm takder harapan bg aku, target untuk abiskan stdy lg penting..hihihi aper taknyer biler pk pasal cinta mesti terbit kahwin dan kahwin perlukan duit, hermmm..duit lg..nmpknyer aku kawen dgn OUM dl lah...

suke jer aku nk tulis pjg2 tp biler mula menulis tangan aku mula rasa sakit mungkin sbb aku da lm tak menulis lm mcm zaman stdy di poli dl. tp aku cb taknak pedulikan sakit nih..

18 December 2008

azam baru untuk tahun baru

salam wbt..
cam besa aku memang jarang sgt update blog nih, cam jealous lak tgk blog org len cam meriah jer dgn topik dan citer2 yg dorg post tiap2 hari dan sll dpt perhatian dr org len. aku pun x pasti sm ada prhtian tue dr kengkawan yg dorg yg dah knl atau dorg kenal kt dlm dunia blog mem blog nih. so sempena tahun baru yg dah hmpir tiba aku nk tanamkan salah satu dr azam adalah untuk update blog nih setiap masa. Insyaallah klu ader kesempatan..tp yg pasti kesempatan tue aku yg kn cari bkn ia yg cari aku. byk perkara berlaku pada thn nih yg buat hidup aku betul2 berubh, terutama sekali atas pemergian arwah adikku 21 november lepas. masih terasa lagi saat terakhir bersamanya. aku sentiasa sedekah Alfatihah setiap kali arwah terdetik dlm pkrn aku. moga2 Allah swt tempatkannya bersama-sama org yg beriman. dan setiap pkran aku terlintas wajahnya dan tiap waktu itu lah mata aku melinangkan air mata. dan terasa waktu aku akan tiba dan aku harap aku akan bersedia menanti saat permergian aku Insyaallah.

pada tahun ni jgk aku da mulakan pembelajaran aku semula untuk dapatkan segulung ijazah, tp bkn segulung ijazah shj yg aku idamkan. tp yg adalah utk melihat sejauh mn thp aku bole pergi dlm bidang akademik, adakah berhenti hgga d sini? apa yg aku cita2 kan adalah utk mencapai bdg tertinggi akademik, utk dapatkan PHD dalam bidang yg aku ceburi skrg Insyaallah. biarlah apa org nak kata. tp semua tue atas daya usaha aku sendiri dan yg penting atas kuasa Allah SWT. aku sentiasa berserah dan tawakal atas setiap usaha aku. setakat ini Alhamdllh proses pembelajaran aku dlm status cemerlang dan aku akan cb utk kekalkan pada tahap skrg. tp yg amat aku tkt kan adalah yuran. sbt jer yuran pening kepala dibuatnya almaklumla aku disponser oleh tulang 4 kerat aku dan rezeki Allah SWT. moga2 tak short utk sem nih, aku xnak tggh menanggh nih, aku nak semua berada dlm jadual peracangan aku.

harapan aku blog ni lah yg akan jadi saksi setiap langkah kejayaan aku. pahit manis, suka duka, akan aku lakaran setiap inci perjalanan cita-cita aku. bkn utk menunjuk tapi skdr utk aku bgkitkan motivasi dlm dr, sbb sendiri. dan kte akan sendiri d sana.

31 October 2008

Preview Gambaq design lamaaku...huhu..

salam
untuk post kali ini aku nak preview gambaq2 lama yg pernah aku design sebelum ni...
berikut adalah gambaq2 tersebut:

1. 3 sahabat :~ gambaq ni..adalah balak2 macho yang dok 1 rumah..termasuk la aku huhuhuhu

Photobucket


4. Afizah Harfawati :~ classmate form 1 & 2

Photobucket



3.Gambaq kawen Bob Aris


Photobucket
Photobucket
Photobucket

30 October 2008

Kekasihku yang setia lagi baik hati....


Salam..
kali ni aku nk cerita tentang kekasih aku..hehehehe..mula la nk jiwang..k sebelum aku berkenalan dgn die mula2 aku usha dulu..besa la masa balik keje ke, pegi keje ke..x kesah la.
1 hari tue..aku usha die pakai baju biru..perghhh..memang cun la..dgn gaya die berjalan..sopan lembut jer..hehehehe..
oleh kerana aku jenis lembab ckt bab nk mengayat ni jadi take some time la...speaking plk dah...
lambat asal selamat btl x??!!..
oleh kerana da terlampau angau..aku branikan diri ehehehe..aku pon dtg kt die..tanya..la pape la yg ptt..lm2 kteorg jd rapat...sll jgk dok kol hehehe..
so aper lg terus jer masuk line..die pon on jer (adaptasi dari ON JER club)..kteorg pon couple la..
mula start hjg thn 2006 smpai skrg..
spnjg kteorg couple die mmg x penah wat hal la..kire ok jer la..
yg best nk g mana2 mesti die temankan..aku pon klu g mn2 nk die jgk temankan jd kteorg mcm pasangan bahagia la..

x kire la..balik kpg ker..pegi keje ker..g jln2 ker..kteorg memang berdua jer..alangkah bahagianyer....x kire mlm siang, hujan ribut..die sll teman kan aku..
jauh ker dkt ker...x kire kteorg mmg sll bersama..

owh..motor klu lah kau hidup..mcm org da lm aku kawen dgn kau..hehehe..

tribute to my beloved Motocycle honda wave 125..yg sporting giler...
kaula yg byk berjasa....

28 October 2008

Tuan Zaril Sifu Blogger aku..huhuhu

Salam...
Sebelum apa-apa aku nk tabik spring kt zaril. Cekap tue, die la ajaq aku wat blog ni....caya la bro jgn lupa bg komen hehehehe..byk lg nk blajaq ni esok kasi blanje sahur hihihihi...

oopsss...lupe lak...tuan zaril bg tau jgn lupa bubuh link ke beloq die(blog) ader 2 die ckp...
berikut adalah blog2 hebat tersebut:

http://zariel.net
http://zarilazie.blogspot.com

26 October 2008

Blog baru azam baru....

Salam wbt semua..
aku kembali lg dgn post baru..kali ni dgn wajah baru template baru dan azam pun baru. harap2 kali ni aku dapat kekalkan momentum utk update blog ni sll. Almaklumla skrg da ader broadband kt umh..kopakla duit bonus lepas..x beraya aku, ape tidak nyer bj raya pon x beli..hehehe. selamat la ader abg yg penyayang hehehe..die la yg belikan aku bj melayu klu x pakai bj thn lepas jerk. kali ni aku fokus pada stdy aku..yg br jer masuk first sem. setakat ni Alhamdulilah, assignment kene anta 9 nov ni, stkt ni da 80% siap Insyaallah akan sempat siap tepat pada waktunyer...

oklah setakat ni, Insyaallah jumpe pada post akan dtg..