05 April 2013

10 Nasihat Untuk Menjadi Isteri Solehah


Oleh : Mohd Rizal Azman Rifin
HATI ibu mana yang tidak gembira tatkala anak gadisnya dipinang orang. Sukanya hati bukan kepalang lalu pelbagai langkah bersiap untuk melangsungkan pernikahan dijalankan menurut tertib dan adat.

Biasanya ibu dan ayah akan bertungkus-lumus berusaha menjadikan majlis akad nikah puteri kesayangannya dengan penuh komitmen supaya meriah dan ceria.
Adalah wajar ibu bapa pengantin wanita memberikan petua dan nasihat buat anaknya yang bakal melangsungkan pernikahannya. Nasihat supaya anak memelihara dan menjaga alam rumah tangganya sebaik yang terdaya.
Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah. Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”
Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.
Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga”. Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.
Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”
Isteri ‘Auf berkata lagi“Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.” Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.
Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.
Pesanan lain“Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”
Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami. Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur. Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka. Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga. Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.
Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
Pesanan beliau selanjutnya dikira penting dipelihara rapi oleh isteri. Kata beliau:“Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya”. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.
Yang terakhir katanya: “Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana. Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.” Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya. Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.
INFO: 10 pesanan jadi isteri solehah
  1. Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  2. Mendengar dan mentaati suami.
  3. Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
  4. Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  5. Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  6. Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
  7. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  8. Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
  9. Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
  10. Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.
 Sumber: http://albakriah.wordpress.com/

14 February 2013

Artwork 2

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT

Hari kedua, artwork ke 2.

Gambar anak buah aku ke-3 Nurzafira Batrisya yang baru masuk usia 1 bulan 12 hari. Situasi gambar Tisya tido atas dada abah die. Nak tunggu die sedawa, die pulak yang layan tido siap sandar dengan tangan lagi.

Gambar Asal :


Hasil Edit:

Tajuk artwork : Tisya layan mimpi
Perisian : Adobe Photoshop CS5.1

P/S: setiap design adalah subjektif. ada orang boleh kata ia terlalu buruk dan ada orang boleh kata WOW!!

13 February 2013

Target : Sehari 1 artwork

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT

Selalunya perkara yang kita belajar akan hilang kalau tak di praktikkan, oleh itu aku bercadang mulai hari ni sehari aku akan postkan 1 artwork.

Ia boleh jadi sebuah video, gambar atau logo.

Artwork Pertama aku:



P/S : Sikit-sikit lama jadi designer 

08 February 2013

Derma organ

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT


Sebulan lepas aku rasa amat kecewa dengan diri aku sendiri, pertolongan yang aku berikan kepada kawan serta saudara sendiri tidak dimanfaatkan dengan baik. Malah aku yang menanggung deritanya, walaupun berkali aku mengingatkan mereka, tetap tidak dipedulikan seolah-olah menuang air di daun keladi. Perasaan kecewa membuatkan aku meluahkan semua kepada ibuku sendiri, membuatkannya teresak-esak mendengar, tetapi sekadar simpati seorang ibu namun ia tidak mengubah apa-apa dalam menyelesaikan masalah.

Aku rasa amat terbuang dan jatuh kedasar maruah aku sendiri, tetapi itu bukan penghujung hidup aku. Selagi bernafas masa tetap berjalan meniti hari-hari. "Allah masih sayangkan kau ejan" desak hati kecil aku. "Ada orang lagi susah dari kau diluar sana".

Aku tak mampu jadi anak terbaik untuk mak abahku, tak mampu berikan segala kemewahan seperti anak jiran yang selalu mereka cerita setiap kali aku balik ke kampung. Aku tak mampu jadi individu terkenal seusiaku, mencapai sesuatu yang tak bisa aku capai sekarang.

Semua hubungan menemui jalan buntu, samada aku atau mereka? tetapi aku yakin semua berpunca dari aku, maafkan aku, aku masih belum mampu menemui ikatan itu. Aku tidak yakin mampu, ini kan pula engkau mahu bergantung harap pada aku.



Aku ingin jadi sesuatu pada semua, pada masyarakat. Menyatakan aku ada disamping mereka. Bukan sekadar pergi balik kerja untuk menanggung hutang bulanan untuk meneruskan hidup. Itupun masih ada lagi yang mereka persoalkan tentang usaha mulia ku ini.

Untuk tatapan mereka aku lampirkan rujukan tentang hukum menderma organ oleh mereka yang lebih berilmu untuk kita bersama:

1 .PENDERMAAN ORGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Dari sudut Islam, pemindahan organ hukumnya adalah harus berserta dengan syarat-syarat seperti di bawah:• Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit • Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima organ. • Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah S.W.T.• Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.

Fatwa-fatwa di Malaysia Berkaitan Pendermaan Organ 

• 1965 Fatwa negeri Perlis mengharuskan pemindahan kornea daripada orang yang telah meninggal dunia. • 1970 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ daripada penderma kadaverik kepada penderma hidup. • 1989 Majlis Fatwa Kebangsaan menerima diagnosis mati otak sebagai diagnosis untuk kematian. • 1995 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan penggunaan graf tisu untuk merawat pesakit. • 1997 Fatwa negeri Sarawak mengharuskan pemindahan ginjal daripada penderma hidup dan penderma yang telah meninggal dunia.

Suntingan dari sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia( JAKIM)

2. Hukum Pemindahan Organ

Dalam konteks Islam, hukum mengenai pemindahan dan pendermaan organ tidakdibincangkan secara khusus dalam sumber utama hukum iaitu al-Quran dan al-
Sunnah. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ merupakan perkembangan
perubatan yang bermula pada abad ke-20. Walaupun demikian, para ulama Islam
sudah membincangkan perkara ini semenjak tahun 1950-an lagi. Di Malaysia, isu
pemindahan organ mula dibincangkan pada tahun 1960-an apabila Mufti Negeri
Perlis mengeluarkan fatwa berhubung isu ini pada tahun 1965.2
Pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh ulama Islam berkaitan pemindahan
organ bersifat ijtihadi iaitu ijtihad yang dilakukan berdasarkan pendekatan-pendekatan
fikah. Fatwa yang bersifat ijtihadi, seperti yang diterangkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi,
ulama kontemporari dari Mesir, ialah fatwa yang “masih boleh diperbincangkan,
seperti juga ijtihad manusia yang lain, tambahan pula ia bersangkutan dengan hukum
masalah baharu yang tidak tercatat pendapat ulama-ulama terdahulu”.3
Secara asasnya, hukum pemindahan dan pendermaan organ ialah harus. Ini kerana
pemindahan dan pendermaan organ memenuhi tuntutan memelihara nyawa manusia
yang merupakan salah satu daripada maqasid al-syar‘iyyah (objektif syariah).

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia



3. Derma Organ Untuk Bukan Islam

Bekas Mufti Perlis S. S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata “Perbezaan agama bukan penghalang kepada umat Islam untuk menderma organ kepada orang bukan Islam kerana tidak timbul pertikaian dari segi hukum mengenai perkara tersebut”
Kenyataan ini beliau lontarkan ketika mengulas mengenai nasib penerima jantung teknikal, Tee Hui Yee, 14 semalam di dalam akhbar Utusan Malaysia.
Tee Hui Yee telah setahun menunggu untuk mendapatkan jantung yang baru, namun tempoh itu berlalu dalam keadaan masih tidak ada orang yang sanggup mendermakan jantung kepadanya.
Pengarah klinikal, Pemindahan Jantung dan Paru-Paru dan Program Jantung Mekanikal, Institut Jantng Negara (IJN), Dr. Mohd Ezani Taib berkata, pihaknya pernah menerima pertanyaan daripada orang ramai mengenai prosedur menderma organ.
“Tetapi penderma mahu hanya orang Islam menerima organnya kerana kononnya ia melibatkan soal hukum,” katanya.
Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri dalam kenyataannya menyebut : “dakwaan bahawa menderma organ kepada orang bukan Islam adalah sia-sia kerana tidak menjanjikan pahala adalah tidak benar sama sekali.”
“Surah Al-Baqarah ayat 272 antara lain membawa maksud pendermaan organ kepada bukan Islam tetap dijanjikan pahala kerana ia dilakukan atas dasar membantu mereka yang memerlukan dan untuk menyelamatnya nyawa,” Beliau menyambung : “jika bantuan diberikan kepada orang bukan Islam sudah tentu ia dapat memperbetulkan pelbagai salah tanggapan mengenai Islam selain menjadi satu strategi yang baik dalam usaha dakwah.”
Kenyataan ini bertepatan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh beberapa ulama mutaakhir seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Di dalam salah satu fatwanya al-Qaradhawi menyebut :
“Menderma sebahagian anggota badan adalah sama seperti bersedekah dengan harta, harus dikeluarkan kepada orang Muslim dan bukan Muslim.”

sumber: DrMaza
P/s: daripada kecewa sehingga membunuh diri lebih baik dermakan saja organ kepada yang memerlukan >> jom daftar

04 February 2013

2013 tahun menuntut ilmu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT

Semalam baru lepas hadiri seminar  Bebas hutang anjuran Aziz Ibrahim CFP. Seronok sebab dapat ilmu yang sangat berharga tentang perancangan kewangan. Bukan MLM!, bukan Perniagaan Online!, dan bukan juga jual produk pelangsingan, ia cuma semata-mata perancanga..perancangan dan perancangan. Lagi satu dapat berjumpa ramai orang, selama ni aku rasa aku je yang ada masalah, rupa-rupanya ramai diluar sana yang hadapi masalah yang sama. 

Mula-mula rasa serba salah nak datang sebab malu, lagi-lagi dalam hati ni ada suara-suara yang negatif bermain-main yang dah aku tak peduli. Tamat saja seminar perasaan tu rasa seronok pula, bukan sahaja dapat tambah ilmu malahan dapat kawan dan kenalan baru. Membuatkan aku mencari lagi seminar-seminar ilmu yang lain di internet.

16 Feb nanti ada 1 lagi seminar iaitu seminar Baitulmuslim yang dah pun daftar, dah dapat tiket pun. Mula-mula rasa macam takut, tapi lepas saja balik dari seminar semalam terus rasa tak sabar pula.

Tiket seminar 
Oleh aku nak jadikan tahun ni tahun menuntut ilmu peringkat diri sendiri.

P/S:  Bak kata Wardina Safiyah "Untuk berjaya didunia perlu ilmu, untuk berjaya diakhirat perlukan ilmu, untuk berjaya kedua-duanya perlukan banyak ilmu". Untuk dapatkan ilmu kita perlukan pengorbanan.

31 January 2013

Seperti dijangka!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT


Bukan lagi perkara biasa jika kita duduk membaca tentang perkara yang berkaitan ilmu atau agama kita akan dipersenda. Lumrah akhir zaman, bila baca tentang sukan atau artis bukan setakat bertanya malah tambah berita lagi. 

Rindu aku dengan kawan-kawan seperjuangan semasa belajar dulu, sekarang tak ada lagi ajakan dari kawan pergi ke seminar ilmu atau ceramah. Nak harap diri sendiri memang payah. Kan bagus ada kawan yang bakar semangat. " Jom la ejan kita dengar seminar keluarga muslim ni, best bukan takat boleh tambah ilmu malah boleh praktikkan untuk masa akan datang.." bila nak dengar kata-kata tu dari seorang kawan. Sekadar kata-kata kecil dalam diri yang aku harapkan. 

Persendakan ramaila. "hohoho...kira pergi seminar ni nak jumpa la bakal isteri haha". gulp..hmmm..tergamam sekejap aku. "Down" Moral aku sebatu jauh ke dasar. Tiba-tiba niat baik nak ke seminar tu hilang, samar-samar.

Kuatkan diri kau ejan! mereka tak boleh ubah apa-apa pon dalam hidup engkau jika engkau sendiri tak mahu berubah, nak berubah perlukan ilmu dan ilmu perlukan sedikit pengorbanan. Tebalkan muka, jangan pedulikan kata-kata yang cuba nak rosakkan hasrat kau tu.



p/s : kuatkan diri, "bukan sebesar mana impian kita, tetapi sebesar mana kita itu impian itu"


30 January 2013

Orang baru!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah selamat pulang dari kampung petang tadi. Nikmat dapat jumpa keluarga. Walaupun waktu pendek tapi penuh maknanya. Ia berkait dengan tajuk "Orang baru". Pertama, Alhamdulillah kami sekeluarga telah menerima ahli baru, iaitu anak buah baru, bernama Nur Syafira Batrisya.

Biarlah ribut, guruh berdentum..tapi Tisya rilek je tidur.

Masa jaga bila nak susu dengan nak ek..ek je

Kedua, kami sekeluarga sempat ke Bakri, Muar untuk merisik bakal isteri abangku. Oleh kerana adik ke 6 ku akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 3 akan datang. Majlis pertunangan abangku akan dilangsungkan pada awal bulan 4 Insha Allah.

P/S: Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

25 January 2013

Kursus Customised International Graphic Design for Corporate and Business

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

22 dan 23 Januari lepas aku sempat hadiri kursus Customised International Graphic Design for Corporate and Business anjuran Unit Aplikasi, Walaupun aku bukan dari unit tersebut tapi aku di jemput kerana selalu terlibat dengan KIK. Kursus tersebut di kendalikan oleh sebuah syarikat antarabangsa yang telah banyak terlibat dengan projek-projek mega iaitu DEBUCE Sdn Bhd.

Profil DEBUCE
Latihan dikendalikan sendiri oleh pemilik syarikat iaitu Puan Zam dan En Giovani @Hasan Pergaminelli.

Antara perkara menarik yang aku belajar adalah mengenali Color Wheel dan cara bagaimana menggunakannya dalam design-design yang aku buat.



Sepanjang kursus ni aku rasa amat senang dan santai kerana Puan Zam & Co memberi tunjuk ajar serta komen-komen yang membuatkan kami ingin memperbaiki design sedia ada. Selain itu aku juga rasa seronok sebab kami di beri peluang untuk persembahkan design yang telah kami buat serta kawan-kawan lain boleh memberikan komen-komen tentang apa yang boleh kami perbaiki.





Berikut design yang aku buat  hasil 2 hari kursus ni :




23 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT



P/S : Kawan esok berarak dari Masjid Besi ke Masjid Putra, di Putrajaya..

19 January 2013

Salahkah bermimpi?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

   Dulu semasa aku kecil aku punya impian untuk jadi seorang pencipta. Setiap yang terlintas dalam fikiran aku kebanyakkan dipengaruhi oleh cerita-cerita yang aku tonton. Kalau aku tonton cerita robot aku bermimpi untuk mencipta robot, bila cerita perang, aku bermimpi untuk mencipta jet pejuang. Termasuk juga bila aku tonton bolasepak aku bercita mencipta jersi dan kasut bola. Kadang-kadang aku lakarkan dalam kertas buku sekolah ku yang lama, untuk aku gambarkan ia. 

Selang waktu usia bertambah, mimpi berubah terpengaruh oleh orang sekeliling dan situasi aku sendiri. Ye..mimpi jadi hancur jika sering di perkecil oleh orang-orang disekeliling. Tambah pula bila masuk ke alam pekerjaan mimpi-mimpi itu terus menghilang, atas dasar tidak lagi releven kerana kata-kata luaran yang mempengaruhi sistem kepercayaan minda.

Aku jadi seperti orang bodoh kerana percaya bulat-bulat apa yang orang lain katakan tentang masa depan aku. "kau tak patut sambung blaja!", "kau tak mampu beli rumah!", "kau nak beli honda civic dengan gaji gomen ni!"

Arghhh!!! kenapa lah korang semua risau tentang apa impian dan cita-cita aku??


Sekarang baru aku sedar:

"Bukan sebesar mana impian kita, tetapi sebesar mana kita untuk impian itu"

dikala kita mengejar mimpi, adakah kita mampu untuk mempertahankanya bila orang lain menghina dan mencaci??

jadilah sang pemimpi tegar bak Arai dan Ikal dalam cerita Sang Pemimpi.

Sang Pemimpi - Sumber Google

Jimbron, Ikal dan Arai dalam cerita Sang Pemimpi - Sumber Google

P/S: maaf kawan..kawan yang baik adalah kawan yang memberi semangat bukan bagi "down" semata-mata

11 January 2013

Secret Admire!

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum WBT,

Dulu masa sekolah kita selalu dengar perkataan "secret admire" ni. Maklumlah budak-budak baru nak naik baru nak kenal apa itu cinta, apa rasanya cinta. Bila tengok atau teringat  orang yang kita suka mula lah nak berangan-angan. Lepas tu mula la angau.



Setelah 28 tahun aku masih lagi di hantui perasaan angau ni, paham-paham saja la orang belum kahwin ni kan.  Terus terang aku tengah admire seseorang hahaha...

P/S : Tak boleh simpan dah...kene tulis jugak..

03 January 2013

Tugasan 3-1- 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Senarai perkara perlu aku selesaikan hari ni:

target selesai semua hari ni...
P/S: “Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan tidak jejak ke bumi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

02 January 2013

Jadual cuti 2013


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,




DateHolidayApplicable to
1 Jan (Tue)New YearAll except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Mon)
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
20 Jan (Sun)Sultan of Kedah's BirthdayKedah only
24 Jan (Thu)
Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
National
27 Jan (Sun)ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 Feb (Fri)Federal Territory DayFederal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
10 Feb (Sun)Chinese New YearNational
11 Feb (Mon)Chinese New Year (2nd Day)National except Kelantan and Terengganu
4 Mar (Mon)
Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
29 Mar (Fri)Good FridaySabah & Sarawak only
15 Apr (Mon)
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 Apr (Fri)Sultan of Perak's BirthdayPerak only
1 May (Wed)Labour DayNational
7 May (Tue)Hari Hol PahangPahang only
17 May (Fri)Raja Perlis' BirthdayPerlis only
24 May (Fri)Vesak DayNational
30 May (Thu)Harvest FestivalSabah & Labuan only
31 May (Fri)Harvest FestivalSabah & Labuan only
1 Jun (Sat)Agong's BirthdayNational
1 Jun (Sat)Hari GawaiSarawak only
2 Jun (Sun)Hari GawaiSarawak only
6 Jun (Thu)Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sun)Georgetown World Heritage City DayPenang only
10 Jul (Wed)Awal Ramadan *Johor, Kedah & Malacca only
13 Jul (Sat)Penang Governor's BirthdayPenang only
20 Jul (Sat)Sultan of Terengganu's BirthdayTerengganu only
26 Jul (Fri)Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
8 Aug (Thu)Hari Raya Puasa *National
9 Aug (Fri)Hari Raya Puasa *National
31 Aug (Sat)National DayNational
8 Sep (Sun)Sarawak Governor's BirthdaySarawak only
16 Sep (Mon)Malaysia DayNational
5 Oct (Sat)Sabah Governor's BirthdaySabah only
12 Oct (Sat)Malacca Governor's BirthdayMalacca only
15 Oct (Tue)Hari Raya Haji *National
16 Oct (Wed)Hari Raya Haji (2nd Day) *Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
24 Oct (Thu)Sultan of Pahang's BirthdayPahang only
3 Nov (Sun)DeepavaliNational except Sarawak & Labuan
5 Nov (Tue)Awal Muharram (Maal Hijrah)National
11 Nov (Mon)Sultan of Kelantan's BirthdayKelantan only
12 Nov (Tue)Sultan of Kelantan's BirthdayKelantan only
22 Nov (Fri)Sultan of Johor's BirthdayJohor only
10 Dec (Tue)Hari Hol Almarhum Sultan JohorJohor only
11 Dec (Wed)Sultan of Selangor's BirthdaySelangor only
25 Dec (Wed)Christmas
National

29 December 2012

Jersi Johor 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT

Jersi Johor Darul Takzim 2013

Amy dengan Del Nero dan Danial Guiza

P/S: sumber FB Liga FAM

Azam 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT


Azam 2013 dah aku tampal di dinding biliku..

Semalam selesai baca Yassin di surau depan rumah aku, kami yang tak sampai 15 orang jemaah pon melunjurkan kaki sambil berborak-borak bertanya khabar semasa jiran Desa Damai Sg. Merab ni. Sementara menanti waktu Isyak yang tinggal lagi 5 minit untuk masuk. Aku dengan seorang pakcik ni berborak tentang latar belakang sesama kami, sambil-sambil bertanya tentang rumah yang aku duduk sekarang.

Dalam perbualan kami tetiba pakcik tu tanya "Isteri kerja kat mana?"... aku pun sengih...sambil jawab "Saya belum kahwin lagi pakcik.."

Lepas Isyak aku pun balik melangkah ke rumah yang tak sampai 40 tapak ke rumah...sambil dalam hati terdetik "aku ni nampak macam orang dah kahwin ke?"....."bukan nampak lagi patutnya anak dah 4 tahun dah macam Ady.."...aku jawab sendiri dalam hati, sambil sengih.. "siapalah orang tu kan? tuhan saja tahu.." 

P/S: oleh yang demikian salah satu azam tahun 2013 adalah kahwin...titik...

25 December 2012

Look into my eyes : After Effect


Bissmillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,



Mohon maaf kalau anda terkejut!!, ini adalah video yang aku hasilkan menggunakan perisian AFTER EFFECT. Memang best cuma ikut tutorial, video pon tangkap guna webcam notebook aku.

Insha Allah banyak lagi tutorial yang aku nak cuba...

24 December 2012

Kebun sayur

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah baru-baru aku dah selesai membersihkan kebun laman rumah aku tu, sebelum ni aku tanam dengan kacang panjang, cili api, dan juga tanam tomato menggunakan teknik fertigasi. Lepas saja semua pokok-pokok ni abis pusingan keluarkan buah semuanya mati. Selepas tu mula musim hujan setiap petang membuatkan aku malas nak pantau, hasilnya semak samun.

Bila musim hujan berlalu, dapatlah aku meracun untuk hapuskan rumput rumpai tersebut. Sekarang ni dah bersih. Sempat aku buat 2 batas baru untuk tanam tembikai (percubaan) dan juga pokok labu. Buat masa sekarang hanya 2 anak pokok tembikai yang menjadi dan dah aku pindahkan ke batas. Untuk pokok labu ia tak ada masalah untuk hidup subur. Cuma anak pokok kacang buncis saja yang akhirnya mati semuanya, mungkin diserang serangga perosak.

Baru saja semalam aku sempat singgah ke kedai hardware beli beberapa lagi benih sayuran dan tembikai. Malam tadi juga sempat aku semaikan semua benih-benih tersebut, harap-harap menjadi.


Pokok Kacang Panjang Dulu..

Sekarang..

Video pendek kebunku..




22 December 2012

Mari Berubah

Bismillahirrahnirrahim

Assalamualaikum WBT,

Semalam saya pintar, jadi saya ingin mengubah dunia. Hari ini saya bijaksana, jadi saya mengubah diri saya sendiri.