15 April 2012

Bancuh Baja AB


Assalamualaikum WBT,

Semalam baja AB, iaitu baja fertigasi habis. Jadi hari ni dalam keadaan aku yang kurang sihat kene jugalah paksakan diri untuk bancuh baja AB yang aku beli hujung minggu lepas. Untuk pengetahuan baja AB adalah 2 baja yang berbeza iaitu A dan B. Dimana ia dicampurkan dengan air untuk tujuan pembajaan.

Aku beli kedua-duanya dengan harga RM25, dimana setiap satunya perlu dibancuh dengan 10 liter air, ikuti macam mana aku bancuh baja ni jom:


Ini adalah baja A dan B:



 Oleh kerana aku tak ada penyukat untuk menentukan air sebanyak 10 liter tu, jadi aku gunakan botol susu yang isiannya 2 liter. Jadi aku perlu masukkan 5 botol air mengunakan botol ni. Betul la kan 2 kali 5 sama dengan 10 liter.

botol susu 2 liter

air 10 liter
Oleh kerana baja B aku da siap bancuh tapi tak amek gambar. Yang ni adalah baja A sebelum dibancuh

rupa baja A

masukkan sekali pek kecil didalamnya
dah masukkan pastu bancuh

ni rupa baja A yang siap dibancuh

inilah baja yang siap untuk digunakan

 P/s: sekarang ni hujan turun lebat siap angin kencang lagi, harap-harap pokok selamat.




No comments: