Sibuk sangat dengan motor baru akhirnya bawa padah kat aku, tarikh pembayaran dah tutup semalam 12 Januari 2012. Amekaw!! so aku memang dah di RULED OUT semester ni, nampaknya grad tak ikut jadual ler. Kalau aku ingat pon, aku tak mampu nak bayar sebab duit dah takde nak membayor..
Nak ikutkan bukan tak boleh bayor, boleh jer kalau aku request cek company kat adik aku, bukan company orang lain, company aku jugak. Tapi aku ni jenis sayang bebenor nak pakai duit company. Padahal setakat ni aku belum merasa lagi hasil keuntungannyer sebab risau nak rolling nanti, takpe biarla adik-adik merasa dulu, kesian dorang pagi-pagi dah bukak kedai. Seminggu 7 hari non-stop cuti pon takde.
Semalam aku dah pesan kat dorang buat kedai tu macam kedai dorang, sebab sejak kebelakangan ni, bila aku kol nak tanya kedai dah bukak ke belum, dorang masih membute lagi. Aku pesan atleast RM1000 sehari masuk akaun company kalau dapat lebih korang bagilah 2, sebagai bonus kerajinan. Aku dengar adik nak simpan duit nak kawen, so itu kire duit kawen la kalau dapat lebih. Haishh..abang ko jugak tertinggal ni, takpe yang penting korang bahagia.
peristiwa ni memang biasa berlaku kat aku |
Baru tadi pulak aku kol company yang print sticker untuk Seri Duta Condo, tak mau terima cek pulak dah..masak aku mana nak cekau duit ni. Alang-alang pakai nama company amek jer la cek company.
p/s: kalau tangguh pon orait jugak, sebab banyak aktiviti bulan ni. tak kemana gunung dikejar.
No comments:
Post a Comment