29 March 2012

Perkembangan Pokok Kacang

Assalamualaikum WBT,

Sementara menunggu anak pokok cili yang sedang aku semai, pokok kacang yang aku tanam dah mula menjalar-jalar. Oleh kerana aku tak dapat nak pancang tiang tinggi-tinggi, terpaksalah aku gantungkan pada dawai yang aku sangkut kat grill tingkap rumah.


kayu takde, paip pvc dengan besi knopi lama aku sebat

nak lagi tinggi tak boleh jadi aku divert ikut dawai

dawai pulak aku sangkut kat grill tingkap

Sementara tu pagi rabu lepas aku dah pun semaikan anak benih pokok cili, harini masuk hari ke-2, jadi sepatutnya esok atau lusa anak pokok tu dah mula bercambah.

simpan dalam plastik sampah

siap je tanam benih bungkus dalam beg plastik

tempat semaian paling strategik (atas para)
Masa aku mula semai pokok kacang, anak pokok tomato ni sekali aku semai, tapi pertumbuhan agak slow..takpe yang penting ia hidup..mungkin nak kene bubuh baja agaknya.

anak pokok tomato 

anak pokok yang lain aku letak dalam polibeg jer

1 comment:

Nazz@Purple said...

wah rajinnye..bagus2..berbudi pada tanah..