Assalamualaikum WBT,
Sementara menunggu anak pokok cili yang sedang aku semai, pokok kacang yang aku tanam dah mula menjalar-jalar. Oleh kerana aku tak dapat nak pancang tiang tinggi-tinggi, terpaksalah aku gantungkan pada dawai yang aku sangkut kat grill tingkap rumah.
|
kayu takde, paip pvc dengan besi knopi lama aku sebat |
|
nak lagi tinggi tak boleh jadi aku divert ikut dawai |
|
dawai pulak aku sangkut kat grill tingkap |
Sementara tu pagi rabu lepas aku dah pun semaikan anak benih pokok cili, harini masuk hari ke-2, jadi sepatutnya esok atau lusa anak pokok tu dah mula bercambah.
|
simpan dalam plastik sampah |
|
siap je tanam benih bungkus dalam beg plastik |
|
tempat semaian paling strategik (atas para) |
Masa aku mula semai pokok kacang, anak pokok tomato ni sekali aku semai, tapi pertumbuhan agak slow..takpe yang penting ia hidup..mungkin nak kene bubuh baja agaknya.
|
anak pokok tomato |
|
anak pokok yang lain aku letak dalam polibeg jer |
1 comment:
wah rajinnye..bagus2..berbudi pada tanah..
Post a Comment