14 April 2011

Balik kerja naik Heli

Assalamualaikum,

Selepas entri pasal pemandu, yang membuatkan aku geram. Aku ambil keputusan untuk naik Heli (Helikopter) jer. Macam biasa heli aku park kat Menara Telekom yang setinggi 310 meter.

Menara Telekom yang siap pada tahun 2001


HeliPAD Menara Telekom
Jadi aku pakat ajak kawan-kawan tumpang sekaki lah naik heli aku tu. Sebab tu lah nampak ramai jer orang dalam gambar kat atas ni.

  
Pemandangan biasa bagi aku..huhu



Sebenarnya aku ikut lawatan  Pasukan ERT(Emergency Response Team) ke Menara Telekom. Tujuannya adalah untuk belajar serba sedikit bagaimana pasukan ERT Menara Telekom merancang dan melaksanakan simulasi kecemasan.

Pasukan ERT BTM-JPN

Tangga ke HELIPAD

Menapak

Oleh kerana lift cuma ada sampai tingkat 55 je, kami semua menapak 4-5 tingkat ikut tangga.

P/s: pengalaman pertama naik heli....ermmm helipad jer...

12 April 2011

Pemandu kita sopan tak bertempat

Assalamualaikum,

Apa pulak dengan sopan ni? Pemandu di negara ni la. Dari pemerhatian aku la secara peribadi, berdasarkan pengalaman aku hidup selama 27 tahun ni.

Hari-hari bersesak nak pergi kerja, macam-macam perangai pemandu kita boleh jumpa. Tapi yang membuatkan aku geram dan geli hati sikit adalah sikap pemandu rakyat Malaysia ni. Sopan tak bertempat. Faham apa maksud aku? tak faham? meh aku bagi contoh apa yang berlaku pagi tadi masa aku dalam perjalanan nak pergi kerja.

Sopan tak bertempat macam ni. Beri isyarat belok ke kanan atau kiri, dekat jalan mati. Masih tak faham lagi meh aku lukis sikit.
Jalan mati
Depan tu dah sah-sah jalan mati, siap dah tutup lagi dengan kon. Masa ni sibuk nak pasang signal. Tapi bila nak masuk simpang yang sibuk atau sesak dia buat dek jer.

Mesti anda semua pernah terserempak dengan situasi kat atas ni, atau anda sendiri yang buat huhu. Siapa makan cili dia terasa pedas.

P/s: Satu lagi yang buat aku hangin, orang kita ni harap kereta jer besar, otak kecil (kecik).

11 April 2011

Apa dah jadi!

Assalamualaikum,

Apa dah jadi?!!


ku hanya tawakal

Apa sebenarnya?...final exam lah kesnya. Sabtu lepas, 9 April. Aku dengan semangat pagi-pagi lagi dah start motor, untuk ambil kertas kedua iaitu Data Warehousing Planning & Manangement. Oleh kerana subjek ni banyak teori aja. Banyak lah yang nak dibacakan.

Oleh sebab buku tebal dan teori yang susah nak faham. Aku ambil keputusan untuk buat soalan-soalan semester lepas, semua aku balun. Kira macam nak spot la soalan yang keluar nanti.

Malangnya cuma 1-2 soalan jer yang seakan-akan nak sama. Selebihnya hampeh...

Tapi teringat pesan kawan ku, tutor di sebuah universiti swasta. "ko jangan tinggal paper tu kosong karang penanda nak bagi markah kesian susah". Jadi aku pun dengan giat mengoreng semua soalan-soalan, dengan jawapan yang difikirkan relevan dan masuk akal.

"Anda boleh mula menjawab soalan sekarang", ketua pemeriksa memberi tembakan mula. Dari depan sampai belakang kertas soalan tu aku belek, dalam hati "Masak...masak". Belek balik muka depan.

Nak jeling orang sebelah memang mustahil, dengan pengawas duduk rilek kat meja depan. Tapi kalau tak ada pengawas sekali pun, jawapan yang dapat ditiru tak akan memenuhi kritiria. Sebab ku seorang aja yang ambil paper ni. "idea sengal".

Tawakal aja aku pada Allah, harap-harap paper ni lepas sekurang-kurangnya B.

P/s: Paper ni nak tolong ku upkan pointer. tapi klo gini ler..kite bako jer ler!!!

07 April 2011

Perlu ke tangguh?

Assalamualaikum,

Perlu ke tangguh? persoalan dalam fikiran aku sekarang.

Emak

Masa majlis Adah tunang



Semalam sempat borak-borak dengan abah, mak dengan anis melalui telefon. "Bulan 5 ni mak nak pakai duit sikit yea jan". Ayat mak semalam. Bulan 5 memang pun perlu pakai duit, sebab adik ku Adah nak kahwin.

Anis

Dengan yuran OUM yang tertunggak, aku dah mula nak tangguhkan dulu pengajian untuk semester depan. Baki 5 subjek ni semakin susah pulak nak di abiskan.

Perlu ke tangguh? Perlu KoOot....


06 April 2011

Kertas Soalan 1

Assalamualaikum,

3 jam dalam dewan, apa salahnya tido sejam.

Alhamdulillah, pagi tadi baru jer menduduki kertas soalan pertama. Subjek Elements of Data Warehousing. Secara keseluruhannya aku berjaya menggoreng semua soalan-soalan yang diberi dengan jayanya. Tahap ke"confident" nan aku sekarang tinggi.





Sasaran untuk subjek ni sekurang-kurangnya -A, untuk support pointer yang seakan-akan nak lari dari angka 3. Tapi yang amat membimbangkan adalah 2 subjek seterusnya. Data warehouse planning & management dan statistics yang aku fail  tak sengaja bawak dari semester lepas.


P/S : ok nak sambung pecahkan kepala.




02 April 2011

Jom jawab soalan

Assalamualaikum,

Hari ni, aku nak jawab soalan je. Aku dah kumpulkan soalan-soalan mudah berkaitan dengan subjek element-element data warehousing. Semua soalan termasuklah, "pass year question" dan soalan yang aku sendiri reka.

1. Briefly explain the term “data warehouse”? 

2. The Relational Model has four familiar term associated to it and they are :
        i) Relation
        ii) Attribute
        iii) Domain
        iv) Row.

    Explain each one of them.

3. Briefly, explain the term “fact table” and two main functions of a “fact table”.

4. Where Data Warehousing is concern, extraction plays an important element in it.
    Elaborate the key issues related to extraction.


5. Explain the term “hierarchical model”.

6. In the issue of Data Warehousing, explain in your own words the term “Data Staging”. 

7. The data staging tool in Microsoft SQL Server is known as Data Transformation Services   
    (DTS). Elaborate on the four (4) elements contained in the DTS package.

8. Define in detail the term “data cleansing”.

9. Elaborate in detail why “data cleansing” need to be implemented in the transformation stage.


10. OLAP Tools provide many end-user features such as “Drill Down” and “Slice-n-Dice”.  
      Elaborate these features in detail.

11. Application such as PowerPlay, Hyperion and similar OLAP products offer many features for 

      data exploration, Explain any 5 ( five ) features in it.


TOLONG AKU JAWAB BOLEH??





29 March 2011

Gudang Data bukan Gudang Garam

Assalamualaikum,

Study week or study weak?? aku malas, jadi. Aku nak jadikan blog ni medium untuk aku study?? amacam boleh tak? Mesti boleh, sebab blog ni aku punye.

Gudang garam: Tak ada kene mengena dengan entri ni :
merokok membahayakan kesihatan


Kita sambung lagi tentang tajuk sebelum ni. Gudang data, bukan gudang garam  yea. Macam mana term data warehousing atau gudang data boleh muncul. Dari pembacaan dan pemahaman aku lah. Terbit terms ni, bila mana wujudnya sistem automasi komputer. Seperti DSS atau Decision Support System, atau kalau di melayukan jadilah Sistem membantu membuat keputusan. Yup pelik tapi benar.

Sistem untuk apa? kebiasaannya sistem ni, contohnya macam kat bengkel kereta. Bengkel kereta pakai DSS ke? contoh je. Seorang pomen ni dah senaraikan beribu-ribu kes kerosakan kereta. Dari senarai tu beliau dah masukan ke dalam sebuah pangkalan data. Satu hari atas seorang pelanggan datang dan bertanya, kereta saya meletup-letup lah bila dipantu. Apa pomen ni buat? dia pon log in sistem, terus taip masalah tue. Sistem aku memcari keputusan berdasarkan maklumat yang diberi oleh pelanggan tadi.

Fikir dulu sebelum query


POP up, keluar jawapan, sila tukar SPARK PLUG....hebat bukan?? macam mana jawapan tu boleh keluar, dari mana? Yezza gudang data atau pangkalan data yang telah pomen ni simpan dan update selama dia hidup.

Kiranyer macam expert system la...masuk term baru pulak dah...

Boleh faham ke?? lantak la...asal aku faham.

Lepas ni kita masuk pulak tentang, senibina gudang data ni.

      

28 March 2011

Study week or study weak?

Assalamualaikum,

Sekarang masa untuk study, final dah dekat. Tapi...tapi? tapi aku malas. Apa punya entri la ni. Aku sedang mengadap Element of data warehousing atau dalam bahasa melayunya, elemen-elemen gudang data. Apa yang korang semua perlu tahu pasal gudang data ni? 


bukan gudang yang ni.


Sebutnya jer gudang, bayangkan gudang. Iye...gudang tempat simpan barang tu. Bayangkan sebuah gudang yang besar. Sebesar padang bola. Apa aku mengarut ni. Biasalah orang putih punya terms ni kalau alih bahasa melayu, jadi pelik sikit bunyinya.
Secara ringkas tentang gudang data

Mat saleh namanya Bill Inmon cakap gudang data ni, pertama berorientasikan subjek. kedua saling bergabung, ketiga boleh dicapai bila-bila masa saja dan yang keempat beku atau tak meruap.

Ok kita sambung akan datang. 

selamat belajar.

20 March 2011

Alangkah Lucunya Negeri Ini : Prieview Filem

Asslamualaikum,

"Alangkah lucunya Negeri ini", tajuk filem dari Indonesia. Bukan filem komedi, tetapi realiti hidup.

Alangkah lucunya
  Ia mengisahkan seorang jejaka bernama Muluk. Sejak mendapat Ijazah dalam pengurusan, hampir 2 tahun Muluk belum dapat pekerjaan. Meskipun selalu gagal tetapi Muluk tidak pernah berputus asa


Komet berubah dari penyeluk saku kepada penjaja
Pertemuan dengan penyeluk saku bernama Komet tak disangka membuka peluang pekerjaan bagi Muluk. Komet membawa Muluk ke markasnya, lalu memperkenalkan kepada bosnya bernama Jarot. Muluk takut karena di markas itu berkumpul anak-anak seusia Komet yang pekerjannya adalah penyeluk saku.

Muluk berfikir dan melihat peluang yang ia tawarkan kepada Jarot. Ia meyakinkan Jarot bahawa ia dapat mengelola duit hasil seluk saku mereka, dan meminta 10% dari hasil , untuk biaya mendidik mereka

Kanak-kanak yang putus belajar, di ajar kembali
“Usaha yang dikelola Muluk berbuah, namun di hati kecilnya tergerak niat untuk mengarahkan para penyeluk saku agar merubah tabiat mereka. Dibantu dua rakannya yang juga pemilik Ijazah, Muluk membahagi tugas mereka untuk mengajar agama, budi pekerti dan kewarganegaraan.

Aku sarankan kita hayati jalan cerita filem ni, sebab banyak pengajaran yang boleh kita petik untuk iktibar bersama.

P/S: Mahukah negara ni, membuat rakyatnya berfikir "Alangkah lucunya negeri ini"


17 March 2011

Exam la pulok

Assalamualaikum,

Minggu lepas memang sibuk, sibuk siapkan assignment, tarikh tutup submit 14 Mac, semua 4 aku hantar pada 12 dan 13 Mac. Efisyen tak? "time management" aku memang macam tu.Selagi belum dekat tarikh hantar, selagi tu lah tak bergerak nak buat assignment. Tapi kadang-kadang masalah jugak, sebab ada je hal-hal lain menyibuk. 

Aku nasihatkan pada diri aku dan student partime kat luar sana, JANGAN IKUT!!, bahaya. Kelam kelibut dibuatnya. 

Bala-bala, bala..bala...hahaha..tapi sendiri yang cari bala. Kalau sesiapa "offer" minta tolong ganti pergi mana-mana event atau kursus, terus cakap TAK NAK!, termasuk kita punya **ss. Tapi aku terlalu concern, kesian la kOot. Tapi pelajaran buat aku, sekarang orang tu dah merajuk, bila merajuk habis la SKT aku, confirm susah nak naik pangkat.

Oklah, aku nak lupakan semua kat atas ni buat sementara waktu, nak bagi tenang dulu. Orang kata politik kehidupan, pelajaran berguna untuk aku.

Episod hidup aku baru bermula, banyak siri-siri baru akan menyusul. Jadi apa perlu buat adalah siapkan diri untuk hadapi semua ni.

"Next episode", exam ler...berikut tarikh exam aku :


         Element of Data Warehousing 
         [6 April 2011] - [Rabu] -[ 9.00 pagi hingga 12.10 tghr]


        Data Warehausing Planning & Mngnt
        [9 April 2011] - [Sabtu] -[ 9.00 pagi hingga 12.10 tghr]


        Introduction to Statistics 
        [18April 2011] - [Isnin] -[ 2.00 ptg hingga 5.10 ptg]


       Integrated Marketing Communication
       [21 April 2011] - [Khamis] -[ 2.00 ptg hingga 5.10 ptg]

P/s: Aku redho dengan apa berlaku, perkara kecil jer. 
       Doakan aku yea kawan-kawan




16 March 2011

Politik Hidup

Assalamualaikum,

     Entri ni, entri adhoc atau kecemasan. Sebab apa? sebab aku rasa macam sedih, nak marah pon ada. Aku baru di ajarkan dengan politik kehidupan. Apa dia tu? bukan pemerintahan aja perlu politik, hidup pon kena ada politik sekarang ni. Sekarang ni yang buat aku marah, politik tempat kerja.

      Aku ni jenis tak suka marah, tapi jangan bagi aku marah. Aku tak suka berprotokol-protokol ni, asal bagi arahan aku faham sudah. Tak payah sampai nak perli-perli bagai. Cakap "straight to the point", orang pon faham, hati tak sakit, kerja pon jalan.

       Takat ni dulu, makin banyak aku tulis sekarang, semakin banyak aku melalot.

P/s: Aku dah termakan cili, pedas sangat!! tapi aku sedar. jangan sampai kita kene siram air panas tapi masih buat tak tau je.

12 March 2011

Preview Filem: Emak Ingin Naik Haji

Assalamualaikum,


      Dalam kesibukkan menyiapkan assignment aku sempat untuk layan filem dari negara seberang, Iaitu "Emak Ingin Naik Haji". Atas pengaruh filem "Ketika Cinta Bertasbih" dan rasa kemuakkan dengan tema-tema filem yang tidak memaparkan realiti hidup sebenar.

     Muak bila asyik orang kaya je yang dipertontonkan, pakai kereta besar, rumah besar, segala-segala besar, sedangkan pelakonnya pun tak punya semua itu. Muak dengan tema hasad dengki yang tonjolkan, muak dengan bermacam hantu yang di momok-momokkan.

    Ini adalah realiti kehidupan, berada ditengah-tengah dunia mewah. Bagaimana hidup dalam kemiskinan, tetapi tetap dengan Iman di dada.

02 March 2011

Tempoh pembayaran saman dilanjutkan hingga 10 Mac 2011

Assalamualaikum,



Aku penah kene saman tapi dua saman tu aku memandu kereta orang lain, jadi aku tak pernah pun sibuk bayar saman macam orang-orang yang bayar isnin lepas, berpusu-pusu hihi..sebab tarikh tutup keesokkan harinya. Anda tak bayar lagi??? Mana anda pergi?? bila dapat 50% diskaun. Sebab 1 Mac seterusnya saman yang bayar lagi akan di senarai hitamkan.

Berita baik!! Kabinet telah meluluskan diskaun 50% akan dilanjutkan hingga 10 Mac 2011. Jadi jangan la tunggu 9 haribulan pulak yea..

P/s : Aku selalu buat assignment last minute, 2 kali 5 je aku ni.



27 February 2011

Hujung Minggu aku

Assalamualaikum,

Hari jumaat aku berpeluang untuk menonton konsert Maher Zain di Stadium Malawati Shah Alam. Tempat duduk nun kat atas gunung, stand paling atas, sikit lagi cecah bumbung stadium, tiket paling murah la katakan, tapi puas hati sangat-sangat sebab persembahan mantap dan Maher Zain pula "sporting" habis sampaikan lagu InsyaAllah di nyanyikan 4 kali atas permintaan penonton.

Maher Zain - gambar dari Saifulislam.com


Pagi sabtu yang indah aku penuhkan dengan aktiviti menyapu laman rumah. Maklumlah rumah "corner lot" ada pokok besar pula tu, banyak lah daun-daun kering yang gugur. Aku suka senario macam ni, boleh keluarkan peluh. Aku paling suka bila dapat bersihkan sesuatu tempat dan buat perbandingan antara sebelum dan selepas.



Ahad yang sangat mengantukkan. Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk pergi kelas. Hari ini sangat ngantuk sebab semalam layan "War Craft" dengan Shuha. Macam biasa aku akan kalah, amatur lawan pro memang susah nak menang. Macam biasa aku akan lambat masuk kelas pertama, dah jadi perkara rutin jadi Tutor pun memang faham. Bangi ke Seremban bukan dekat. Menggigil pagi-pagi dah merempit kat Highway. Sarapan pun tak sempat, sampai je OUM Seremban terus pergi beli roti 60 sen dengan air kotak susu coklat kat pakcik yang buka gerai kat bawah, terus shoot masuk kelas, kira bukan kelas la sebab duduk dalam "library". Aku dengan tutor je orang kata "one to one".




Mata aku yang lebam dok mengadap tutor Element of Data Warehousing, selang seli dengan menguap disertakan dengan kepala tunduk-tunduk tanda faham.Tutor buat "do no" je, asal abis "chapter" sudah. Kelas pagi-pagi aku masih ok lagi input pon boleh masuk sebab tu tunduk-tunduk.

Kelas ke-2, Data Ware housing Management and Planning. mata aku memang tertumpu terus ke arah tutor. Untuk maklumat, beliau adalah tutor single pertama "one to one" dengan aku. Tumpuan 100% tapi input 50% je. Lagi 50% aku dah macam tengok filem hindustan, maklumla tutor india cun la katakan. Serious aku cakap dia memang macam pelakon filem hindustan, dan banyak teguran-teguran dari beliau, kebanyakannya suruh pergi tandas cuci muka. Masuk ni dekat 5 kali aku cuci muka.

Tutor paling sporting, Puan Sharifah. Mengajar Integrated Marketing Communication, 5-6 kali menguap. Terus ayat ni keluar "kesian saya tengok awak mengantuk, saya pun mengantuk juga, tapi saya bercakap kan, so tak jadi ngantuk, awak pergi cuci mukalah". kata kunci hari ini, "pergi cuci muka". Jam menunjukkan jam 1 tengahari, mata aku semakin kecil. Terus je Puan Sharifah cakap, "Shahrizan kamu balik la dulu yea, tido. Kesian awak". Dalam hati aku "hip..hip hooray!!!"...

Terus merempit balik bangi. Sampai je rumah, solat Zuhur. Terus Padam......

25 February 2011

Maher Zain Live in Concert

Assalamualaikum,

5 jam lagi InsyaAllah aku akan menyaksikan konsert Maher Zain di Stadium Malawati, Shah Alam. Sebenarnya aku tak pernah terfikir pon nak pergi.



P/s: aku akan upload gambar-gambar dari konsert ni nanti tungguuuuuuuuuuuuuuu!!

20 February 2011

Operasi menebas

Assalamualaikum,

Semalam aku dengan shuha habiskan masa pagi dan petang menebas dan membersihkan lalang-lalang dan pokok-pokok liar yang tumbuh sekitar rumah.

Racun yang aku guna.


Sebelum


Selepas


Tebas sudah tengok hasilnya, lepas ni nak tengok hasil racun pulak.


Meracun lalang sekitar rumah

Assalamualaikum,

Aktiviti hujung minggu sejak pindah ni adalah mengemas rumah. Dalam dah settle tinggal luar rumah jer, sampah-sampah daun-daun kering dah abes aku clearkan tinggal aje lalang dan pokok-pokok liar yang kene di racun.

ini gambar sebelum diracun

lalang

semak samun kat ujung nun nak kene clearkan

pokok pandan dulu yang dah jadi history..


Sekitar Sambutan Maulud Nabi SAW 12 Rabiul awal 1432

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada 15 feb 2011 bersamaan 12 Rabiul awal 1432 hijrah aku terpilih untuk menyertai perarakan sempena menyambut hari kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Berikut adalah gambar di sekitar majlis tersebut.






Masjid Putra sekitar 6.45 pagi

Para perserta mula memenuhi 

Menanti isyarat pelepasan 

Peserta sudah tidak sabar untuk berselawat sambil berarak 

Beginilah situasi dalam barisan

Sempat bergambar bersama Jai

Setelah 2.5 KM Masjid Sultan Mizan sudah kelihatan

Alhamdulillah sampai tempat dituju

gambar kenangan di hadapan Masjid Sultan Mizan

Seronok tengok gelagat murid-murid KAFA

seronok bukan main budak-budak ni

Aksi berebut bunga manga



19 February 2011

Fokus.

Assalamualaikum,

  Deadline 1 hingga 14 Mac 2011, aku perlu lebih fokus untuk sudahkan kesemua 4 assignment. Element of Data Warehousing, Data Warehousing Planning & Management, Integrated Marketing Communication dan Introduction to Statistics. 

meja study ala-ala jepun ku

3 Module core subjek semester ni


  Ketiga-tiga subjek kecuali Statistics(aku mengulang) adalah core subjek, jadi memandangkan aku adalah pelajar tunggal yang mengambil kos BITE(Bachelor IT with E-commerce) di pusat pempelajaran OUM Seremban, jadi aku adalah loan ranger untuk 3 semester terakhir ni. 2 perkara yang akan ada adalah kebaikan dan keburukan. Kebaikan yang paling best sebab aku one to one dengan tutor, jadi tumpuan sangat memberansangkan, sampai menguap pun tutor boleh kira, maklumla bila kita sorang susah nak cover bila mengantuk. Keburukan, bila loan ranger, buat apa-apa semua sendiri, tak sesiapa yang boleh bagi aku semangat kecuali aku sendiri.





18 February 2011

Pindah rumah.

Assalamualaikum,


Desa Damai yang mendamaikan.


Untuk kali ke-3 nya aku berpindah rumah. Kuarters KLIA Nilai, alasannya jauh dari tempat kerja, mau tak jauh aku perlu berjalan sejauh 60KM pergi dan balik setiap hari. Bila jauh merungut jauh sangatlah, minyak mahal lah. Selepas banyak sangat alasan-alasan munasabah yang dah aku ambil kira, akhirkan pindah jua aku ke Precint 18, Putrajaya. Kali ni 3 minit aje perjalanan dari rumah ke pejabat, berbekalkan rumah yang selesa dan orang putih kata "fully furnish". Aku seperti basuh kaki jer, oleh kerana rumah dah macam rumah orang yang dah berkahwin, semua peralatan cukup lengkap ditambah dengan keadaan yang bersih dan selesa. Tapi itu semua belum dapat memenuhkan ruang lain dalam hati aku ni. Surau hanya ditangkat bawah tapi punyala berat kaki nak melangkah untuk solat berjemaah. Alasannya jiwa aku kosong ditambah dengan kosongnya bicara.

Alhamdulillah belum sempat aku cari rumah lain, dah ada yang mempelawa. aku ambil keputusan untuk pindah ke rumah teman sepejabat, keadaan rumah jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan di Presint 18 tempoh hari. Kosong tak berperabut, seperti tak terurus, tetapi ia sangat memenuhkan jiwa aku yang kosong ni. Kawan serumah banyak bicara, tak seperti tunggul kayu macam dulu. Surau hanya lebih kurang 30 langkah jer, Alhamdulillah Maghrib dan Isyak aku di sana, cuma Subuh tinggal niat jer, kekuatan masih tercari-cari.

banyak hikmah aku dapat dari penghijrahan ni. harapan aku banyak lagi yang akan datang menyusul. InsyaAllah.

P/S : Kata-kata dari novel Hani " Allah menguji hamba-Nya dengan cara yang paling unik, apabila menjadikan kekurangan itu satu anugerah

10 February 2011

Malaysia vs Hong Kong

Assalamualaikum,

Pasukan Kebangsaan


Selepas menjuarai Piala AFF, pasukan Harimau Malaya dianggap tidak akan mampu mengekalkan momentum kemenangan, seperti mana yang dialami oleh juara dunia Sepanyol yang kalah dunia perlawanan berturut-turut selepas itu.

Tetapi kenyataan itu meleset, Malaysia di tangga ke-140  rangking FIFA berjaya menewaskan Hong Kong dengan kelebihan 2-0. Walaupun Hong Kong berada di bawah Malaysia iaitu ke-143  rangking FIFA, tapi ia adalah sebuah kemenangan yang akan memberikan keyakinan anak-anak buah K Rajagopal untuk lebih maju lagi, ia juga memberikan keyakinan penyokong untuk memberi sokongan kepada skuad Kebangsaan.



Gol pertama oleh Shafiq Rahim



Gol ke-2 oleh Amirulhadi..




09 February 2011

Malas ada ubat tak?

Assalamualaikum,

Sekarang ni dah masuk 40 hari kita melangkah ke tahun baru, tapi perangai MALAS menjadi-jadi. Itu la persoalan aku sekarang MALAS ADA UBAT TAK? kalau ada memang aku selalu pergi klinik minta injeksyen NYAHMALASNISME..haha..

Ubat malas.
injek jer, mudah cepat dan berkesan.

Bukan MALAS apa, cuma tang belajar yang MALAS, sudahla sekarang ni final year aku study sepatutnya sekarang la masanya untuk pulun pointer.
Tapi walau apa pun masih belum terlambat, entri ni adalah untuk mengingatkan aku. Kalau aku tak ingat kawan-kawan yang baca mungkin boleh ingatkan InsyaAllah.

p/s: Pointer terkini aku..sudah menjunam ke angka 3 jer.