12 April 2011

Pemandu kita sopan tak bertempat

Assalamualaikum,

Apa pulak dengan sopan ni? Pemandu di negara ni la. Dari pemerhatian aku la secara peribadi, berdasarkan pengalaman aku hidup selama 27 tahun ni.

Hari-hari bersesak nak pergi kerja, macam-macam perangai pemandu kita boleh jumpa. Tapi yang membuatkan aku geram dan geli hati sikit adalah sikap pemandu rakyat Malaysia ni. Sopan tak bertempat. Faham apa maksud aku? tak faham? meh aku bagi contoh apa yang berlaku pagi tadi masa aku dalam perjalanan nak pergi kerja.

Sopan tak bertempat macam ni. Beri isyarat belok ke kanan atau kiri, dekat jalan mati. Masih tak faham lagi meh aku lukis sikit.
Jalan mati
Depan tu dah sah-sah jalan mati, siap dah tutup lagi dengan kon. Masa ni sibuk nak pasang signal. Tapi bila nak masuk simpang yang sibuk atau sesak dia buat dek jer.

Mesti anda semua pernah terserempak dengan situasi kat atas ni, atau anda sendiri yang buat huhu. Siapa makan cili dia terasa pedas.

P/s: Satu lagi yang buat aku hangin, orang kita ni harap kereta jer besar, otak kecil (kecik).
Post a Comment