21 January 2012

Tebang Pokok...

Assalamualaikum WBT,

Aku cadang nak balik kampung pagi ni, tapi Bob budak rumah nak ajak tebang pokok kat tepi rumah kteorang ni. Memang dah lama plan nak tebang dan penah survey kat mudah, ada mintak sampai RM800, so cancel jer. Tapi malam tadi Bob ajak jumpe kawan opis die, kawan opis die bawak jumpe sorang brader ni, agak otai jugaklah dalam bab tebang-menebang pokok ni, tapi die buat free lance jer..kire murah sikitla. Semalam masa tu hujan renyai-renyai brader tu ajak usha pokok chery tu. Die cakap ni mau 3 - 4 ratus ni..takpela asalkan jangan 800..huhuhu

Jadi pagi tadi kejadian tebang berlaku...layan sikit aksi menebang:

ada macam citer hantu tak?

bila dah beso sangat sampai atap pon die makan

relak jer gantung chain saw kat situ

jatuh mau hempap kepala

nama jer pokok ceri, haram tak bole makan pon

main tarik jer

dah macam DO si shuha ni

dah takder kan, macam biskut

kan nampak awan tu..terang sikit

tuan DO pangkas dahan

line clear

Malam tadi brader tu deal dengan kteorg mau 3- 4 ratus, takpe tak kisahla. Tapi bila siap kejap tadi dia cuma mintak RM150, cam tak sampai hati pulak sebab cam payah kot nak tebang pokok ni, jadi kami pakat tambah lagi 50, so RM200 lah. Kalau ada sesape nak tebang pokok kat area Bangi, boleh PM aku yea...nanti aku panggil brader ni, die memang peramah dan tepati masa.

Giler letih, macam mana nak merempit balik kampung ni, mata pun mengantuk..ZZZzz...

p/s: banyak jin kecik menganggu semasa pokok ni hidup, jin-jin tersebut menyerupai nyamuk dan kerengga, kami memang tak takut, tapi rimas je. sebulan mau sebotol ridsect...haha

18 January 2012

Solat Sunat Dhuha..


Assalamualaikum WBT,


Alhamdulillah sejak aku beli kiosk, diri aku terasa didorong untuk buat solat sunat dhuha setiap pagi, kadang-kadang rasa serba salah kalau tak dapat buat dek sibuk dengan hal-hal lain. Aku bersyukur kerana kiosk tu jadi as sebab aku jadi begini peduli lah apa orang nak kata. Pernah aku terserempak dengan seorang hamba Allah dekat surau pejabat, terus dari mulut dia berkata "hai nak exam baru nak mintak ke?" jauh dalam hati, terasa kecik jer jiwa aku bila ada orang berkata macam tu, padahal siapalah dia nak menilai hati seseorang sedangkan Nabi walaupun sudah dijanjikan syurga tak pernah mendabik dada, lagikan tetap beribadah kepada Allah.


Sesiapa pun berhak memilih untuk kembali kepada jalan Allah yang 1, kerana DIA sentiasa menanti hambaNYA yang berdoa dan meminta kepadaNYA. Kadang-kadang terdengar suara-suara dengki berkata "harapkan sembahyang tak guna kalau hati busuk". Siapa kita nak menilai hati, sedangkan Malaikat yang sentiasa berzikir pada Allah tak nampak ikhlas dalam hati manusia, inikan  pula kita manusia yang sentiasa zalim pada diri sendiri.


 SOLAT SUNAT DHUHA 


Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih.  Maksimanya 12 rakaat.
 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari   setiap bulan,  sembahyang dhuha 2 rakaat dan  sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
 Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
 Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani


Niat Solat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala 

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :
اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. 


Susah nak hafal doa boleh dengar lagu ni:




p/s: jadi apa kiranya kita berubah, pedulikan kata-kata dengki. kita adalah apa yang kita fikirkan. tepuk dada tanya iman. Sampan sudah di air pendayung sudah di tangan...apa lagi??

14 January 2012

Aku, Sue dan windshield..

Assalamualaikum WBT,

Sape Sue? awek baru aku ler sape lagi. Cik Sue aku kenal baru jer tahun ni, 3 Januari lepas. Hari ni aku plan nak bagi windshield baru kat Cik Sue. Apa lagi nak makeup sikitla bagi cun lagi.





Aku nak kongsi sikit macam mana nak pasang windshield kat cik Sue aku ni :

Apa yang kite perlukan?


  1. Windshield panther
  2. Gergaji besi paling halus
  3. Kertas Pasir
  4. Pen Marker
alat-alat yang diperlukan
Mula-mula buka windshield asal, tekapkan dengan windshield panther jerung dan tanda gunakan pen marker untuk mudahkan kita potong.

tekapkan dan tanda gunakan pen marker

Potong perlahan-lahan, jangan sampai pecah, kalau pecah beli baru la..hahaha 

giler jenuh memotong
p/s: windshield panther jerung rege rm20 kat seksyen 15 Bangi, giler mahal..

13 January 2012

Dah tutup.

Assalamualaikum WBT,

Sibuk sangat dengan motor baru akhirnya bawa padah kat aku, tarikh pembayaran dah tutup semalam 12 Januari 2012. Amekaw!! so aku memang dah di RULED OUT semester ni, nampaknya grad tak ikut jadual ler. Kalau aku ingat pon, aku tak mampu nak bayar sebab duit dah takde nak membayor..


Nak ikutkan bukan tak boleh bayor, boleh jer kalau aku request cek company kat adik aku, bukan company orang lain, company aku jugak. Tapi aku ni jenis sayang bebenor nak pakai duit company. Padahal setakat ni aku belum merasa lagi hasil keuntungannyer sebab risau nak rolling nanti, takpe biarla adik-adik merasa dulu, kesian dorang pagi-pagi dah bukak kedai. Seminggu 7 hari non-stop cuti pon takde. 

Semalam aku dah pesan kat dorang buat kedai tu macam kedai dorang, sebab sejak kebelakangan ni, bila aku kol nak tanya kedai dah bukak ke belum, dorang masih membute lagi. Aku pesan atleast RM1000 sehari masuk akaun company kalau dapat lebih korang bagilah 2, sebagai bonus kerajinan. Aku dengar adik nak simpan duit nak kawen, so itu kire duit kawen la kalau dapat lebih. Haishh..abang ko jugak tertinggal ni, takpe yang penting korang bahagia.

peristiwa ni memang biasa berlaku kat aku


Baru tadi pulak aku kol company yang print sticker untuk Seri Duta Condo, tak mau terima cek pulak dah..masak aku mana nak cekau duit ni. Alang-alang pakai nama company amek jer la cek company.

p/s: kalau tangguh pon orait jugak, sebab banyak aktiviti bulan ni. tak kemana gunung dikejar.

10 January 2012

Hobi Baru...

Assalamualaikum WBT,

Semenjak aku duduk rumah ni, ade la sikit-sikit perubahan yang aku dah buat, tapi kebanyakkannya bukan perubahan cuma pembersihan almaklumla penghuni lelaki bujang. Tapi aku spesis pembersih sikit bukan ala-ala auw selalunya kawan-kawan aku yang pembersih dan selalu grooming ni auw belaka, aku Insyaallah tak hahaha. 

Tapi aku rasa tak cukup dengan bersih jerla, yela rumah corner lot dekat tengah pulak tu berhadapan dengan surau lagi. Takat bersih jer cam tak complete la. Kite orang dah la bujang, so aku nak cari bunga, oit2 bukan yang tu, ni bunga betul lah, Pokok bunga la kirenyer. Kalau ade pokok bunga atau pokok-pokok hiasan barula sedap mata memandang.

So aku nak angkat berkebun sebagai hobi lah, selain bolasepak, futsal, FIFA, motor dan banyak lagi. At least ada manfaat kat alam ni kan, tambahkan oksigen kurangkan karbon dioksida. Kalau ade tanggungjawab tengok atau jaga pokok-pokok kat rumah barula nak balik rumah ada tujuan. takdelah aku stayback sampai malam sementara nak makan malam, yela kalau balik nak keluar makan lagi leceh...

Layanlah sikit gambar-gambar laman rumah aku:

Sebelum mengamuk

Selepas mengamuk

boleh tanam kelapa sawit lagi ni
 Aku dalam proses survey mana nak cari kedai atau nursery pokok bunga ni kat area bangi, dekat-dekat sudah jenuh nak mengangkut pulak.

06 January 2012

Aku dan Bolasepak..

Assalamualaikum WBT,

Hari ni aku nak citer tentang bolasepak, sebab apa? sebab petang tadi friendly match lawan staff MMU aku telah skor sebijik gol yang buat hampir-hampir team aku menang sebelum team lawan balas balik last-last minit. Dah lama main bola tapi baru skor gol, perasan memang best sangat, tapi cuba bayangkan kalau ramai penyokong mesti lagi menakjubkan..huhuhu..
tutup aurat pon cool ape?

Team JPN A - MAKSWIP 2011


Bersangkut-paut dengan bola jugak, aku tengok setiap kali friendly atau tournament, member-member aku yang berkahwin akan bawa isteri masing-masing, bukan isteri jer tapi dengan anak sekali bukan sorang tapi 2-3 orang siap dengan baby sekali. Macam mana lah yea bakal isteri aku nanti, minat ke die tengok bola? atau teman aku main bola atau futsal. Harap-harap dapat isteri yang faham dengan minat giler lelaki zaman sekarang ni, tak main bola tengok bola tengah malam atau pagi.

Team JPN A - Liga Perbadanan Putrajaya
p/s : pesanan untuk diri sendiri aku nak jadi pemain bolasepak terbaik dan suami yang terbaik..macam mana boleh kan?? huhuhu...

04 January 2012

Tahun Baru Kekasih Baru

Assalamualaikum WBT,

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim. Aku dengan ini mengumumkan aku kini tak single lagi, maknanyer dah berpunyer la tu. Dah lama aku usha, berkenan sungguh, body slim, dari depan lawa, dari belakang lawa. Jadi sempena tahun baru aku pun tak nak lepaskan peluang, dah banyak kali kecewa, aku pon melamar. Hari ini, hari bersejarah bila kami disatukan.

Jangan terpedaya dengan sandiwara aku kat atas tu huhu. Sebenarnya aku baru je dapat motor baru tadi petang. Shuha ( tuan punyer Z750 gambar kat bawah) tumpangkan motor bawak pergi kedai motor.

Kedai SQ Motor Jalan Reko Kajang.

Posing sikit awek aku ni.

Posing dari tepi pulak


Meter Ala-ala superbike.


Lock special ni ade alarm.

Motor biru CBR150 abang aku

Kawasaki Z750, Suzuki Belang 150R, Honda CBR 150R
Bermulalah kembara aku dengan awek baru ni, belum ade nama manja lagi.

p/s : cadang nak ride 1 Malaysia macam bro Speedrider

Tips Kewangan 2012 - oleh Nazril Idrus

Assalamualaikum WBT,


Masa aku datang ke rumah adik aku kat Ulu Tiram 2 januari lepas, aku sempat layan MHI tv3. Kebetulan masa tu ada satu sekmen bersama Nazril Idrus yang membincangkan tentang tips kewangan. So dengan gigihnya aku pon menaip dalam NOTES telefon Nokia E63 aku ni. Untuk masukkan dalam blog aku kene la tau sape Si Nazril Idrus ni, rupa-rupanya dia ada syarikat konsultasi kewangan dan die juga bekas akauntan serta suami kepada pelakon Sazzy Falak.





1.  BAYAR DIRI ANDA DAHULU

Merangka Sleep In Peace dan Rest In  Peace akaun.
Ini adalah perkara yang paling penting yang anda perlu lakukan dalam pengurusan kewangan anda.Penyelidikan telah menunjukkan bahawa, 70% daripada orang-orang yang bersara di Malaysia pada usia 55 tahun, hanya mempunyai 3 tahun wang simpanan untuk terus hidup selepas persaraan.
Pada usia ini, perbelanjaan perubatan anda mungkin meningkat, anak-anak anda mungkin akan berkahwin, anda mungkin mahu melakukan pembaikan kecil rumah anda atau anda tiba-tiba ingin memulakan usaha perniagaan yang baru! Jadi, apa yang anda perlu lakukan, anda mengambil sebahagian simpanan KWSP anda dan menggunakannya untuk tujuan tersebut.

Mesej saya kepada anda – Jangan terperangkap!

Berikut adalah apa yang anda perlu lakukan:
Buka Akaun (Cadangan saya, akaun Dana Bersama). Sekurang-kurangnya RM1000 untuk memulakan akaun. Setiap kali anda menerima pendapatan anda, secara automatik 10% daripada pendapatan anda akan diketepikan ke dalam dana tersebut.


Buka Akaun (Cadangan saya, akaun Dana Bersama). Sekurang-kurangnya RM1000 untuk memulakan akaun. Setiap kali anda menerima pendapatan anda, secara automatik 10% daripada pendapatan anda akan diketepikan ke dalam dana tersebut.

p/s: aku nak simpan 1000 memang tak boleh la aku cuba ambil margin aku ler...hihi RM200 la sebulan

2. RANCANG ALIRAN TUNAI HADAPAN ANDA


Langkah 1: Pilih TARIKH untuk merancang caj tunai bulanan anda (contohnya; pada 1 haribulan setiap bulan).
Langkah 2: Menentukan JUMLAH Aliran keluar Tunai (contohnya; bil TNB, pembayaran telefon mudah alih).
Langkah 3: Membuat semua bayaran bil & Pembelian seperti biasa.
Langkah 4: Simpan semua resit bayaran & pembelian.
Langkah 5: Bandingkan resit anda dengan Aliran Tunai yang anda buat pada awal bulan


3.  MENYUSUN REKOD FIZIKAL ANDA


Rumah yang bersih dan teratur pastinya akan membuat minda anda teratur.

Ideanya ialah dengan memastikan smua fisikal rekod kewangan anda tidak berselerak: Dalam keadaan yang teratur dan sistematik.
Cuba ujian ini: Cuba ingat lokasi geran kereta anda. Jikan anda boleh mengenal pasti di mana lokasi geran tersebut sama ada ia di rumah/pejabat dalam masa 5 minit, anda seorang yang sistematik dan teratur!
Perkara lain untuk dipertimbangkan: Rekod pelaburan/ Waranti produk. Bayangkan sesuatu yang anda beli tidak boleh digunakan lagi dan anda perlu menghantar produk tersebut kepada penjual untuk dibaiki, bolehkah anda mengenal pasti dimana lokasi waranti produk/ resit bayaran produk tersebut.
Pastikan rekod-rekod kewangan anda disusun dengan teratur dan sistematik!

4.  MERANGKA DANA PELAJARAN ANAK-ANAK

Terlalu ramai ibu bapa mengatakan bahawa YA! Apabila saya bertanya kepada mereka apa yang mereka ajar, mereka berkata, mereka mengajar mereka tentang “tabung” simpanan dan “akaun simpanan”. Sementara, Pengurusan Wang merupakan asas kewangan, malangnya, pembelajaran kedua-dua teknik ini TIDAK akan menjadi tiket untuk pendidikan mereka selepas SPM! Kita hidup dalam dunia yang berdaya saing di mana pelajar mahu kehidupan yang lebih baik, jika mereka mahu untuk memasuki dunia pekerjaan, mesti mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan lebih tinggi daripada ijazah Universiti asas! Jadi, kenapa tidak mulakan pengajaran anak-anak dengan mengetepikan wang pembelajaran untuk mereka! Malah, pernah dahulu saya berjumpa dengan seorang wanita yang bekerja sebagai tukang parkir di Jalan Raja Laut, setelah menemu ramah beliau, saya dapati beliau berjaya meletakkan semua ketiga-tiga anaknya dalam universiti di Australia.  Seorang ialah Akautan, manakala seorang lagi menjadi Jurutera awam dan anak bongsunya seorang farmasi.

SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional)
Kerajaan telah memperkenalkan skim ini untuk membantu golongan pendapatan rendah berpeluang meletakkan anak-anak mereka di universiti. Ia mempunyai banyak manfaat sampingan termasuk insurans dan geran. Ditubuhkan dengan niat utama untuk menghantar anak anda ke Universiti.

PENDIDIKAN LUAR NEGARA
Anggapkan anda betul-betul mahu anak anda untuk menghadiri universiti yang terbaik dalam bidang ekonomi atau sains, (memandangkan saya seorang graduan Universiti Melbourne Australia) ambil kira  yuran tuisyen ialah Aust $33,000 untuk kursus tersebut. Bermakna untuk 3 tahun, jumlah yang  diperlukan ialah RM100,000 termasuk perbelanjaan untuk hidup.

PERBELANJAAN HIDUP
Dengan mengendaikan perbelanjaan sara hidup yang sangat konservatif memerlukan Aust $12,000 setahun atau Aust $36,000 untuk 3 tahun, jumlah perbelanjaan hidup akan melebihi  RM100, 000 bagi tempoh 3 tahun program ijazah pertama beliau .  Ini menjadikan jumlah perbelanjaan ialah RM200,000 seorang untuk menuntut di universiti Australia.
Sekarang, mari kita andaikan bahawa anda mempunyai matlamat untuk menghantar anak anda ke Universiti oleh setelah  dia mencecah usia 18 tahun. Anda menyimpan amaun yang berikut dalam skim ini untuk mencapai RM100, 000 (tidak termasuk perbelanjaan sara hidup).

Untuk memasuki university di Australia (sebagai contoh). Ini adalah jumlah yang perlu disimpan di dalam SSPN setiap bulan dan dividen pelaburan, dan tidak akan tidak berfikir tentang mengambil wang sebelum dia adalah kerana untuk memasuki Universiti.


5.   LEBIH TINGGI PENGETAHUAN, LEBIH TINGGI PENDAPATAN

Warrant  Buffet selalu bertanya, “Bagaimana anda boleh mengesyorkan bagi kita untuk menjadi kaya?”
Jawapannya ialah … MELABUR pada diri sendiri!! Dan dia menyambung “Lebih Anda Belajar, Lebih Pendapatan Anda!”
Jadikan dia sebagai contoh! Bawanya dari dia! Mula melabur ke dalam diri anda, daftarkan diri anda ke Peningkatan Peribadi / kursus Pembangunan Peribadi, mengetahui lebih lanjut mengenai Pengurusan Wang, kemahiran Pemasaran, Komunikasi dan Sosial,  Jualan dan Pelaburan!

03 January 2012

2012

Assalamualaikum WBT,

Aku mulakan tahun baru 2012 ni dengan balik ke kampung berkumpul bersama keluarga aku, walaupun cuma 2 hari jer tapi cukup bermakna. Harapan tahun ni aku nak abeskan masa berkualiti dengan keluarga walaupun masa atau cuti pendek. Sejak dari dulu keluarga aku memang tak selalu bercuti bersama. So aku harap dapat rangcang sesuatu bersama keluarga tahun 2012 ni.

keluargaku

Banyak hikmah bila aku beli kiosk kecik dekat Puteri Mart tu. Pertama aku dah bagi pekerjaan kat 2 orang adik perempuan aku, keduanya ianya dah rapatkan tali perhubungan kami semua, yela banyak urusan yang aku perlu amik tahu dan aku perlu diberitahu. Sambil-sambil tu pulak mak dengan abah aku semangat betul letak barang-barang jualan lain kat kiosk tu macam kerepek-kerepek dan ikan masin serta banyak lagi lah idea-idea lain yang mereka lontarkan...hihi..boleh tambah perdapatan dorang jugak.

kiosku
Selain dari tu, banyak ilmu perniagaan yang secara tak langsung aku dapat belajar. Bila dah dapat 1 peluang terasa banyak peluang lain yang terbuka, aku rasa tahun 2012 ni banyak target yang aku sasarkan untuk membesarkan empayar perniagaan aku. 

Antaranya:

  1. Rebranding kiosk - aku cadang nak susun atur kembali kiosk aku sekarang, sebab kalau ikut sewa kiosk tu dah makan 4 lot, bermakna perlu bayar RM2000 sebulan. 2 lot memang dah aku guna sebaiknya, 2 lot lagi cuma letak chiller dan tempat letak kerepek-kerepek.
  2. Beli rumah sewa - aku cadang nak beli sebuah rumah murah untuk disewakan, atas nama syarikat jadi selain dari income kedai, ade juga sewa rumah tu buat cover sikit sebanyak.
  3. Wujudkan frozen food kiosk kecik kat kedai aku - aku cadang nak amek forzen food dari Pudin yang ade share kat sebuah kedai kek kat area kajang.
Untuk Peribadi, banyak perkara yang dirancang dari dulu memang tak tercapai-capai, jadi diharapkan tahun 2012 ni aku nak berusaha lebih gigih berbanding tahun-tahun lepas yang aku rasa seolah-olah aku ambil sikap tunggu dah lihat jer dan sampai sekarang memang aku melihat jer ler..

Target Peribadi:
  1. Tamatkan Degree - kalau ikut jadual degree aku akan tamat bulan Mei 2012 dan sasaran pointer yang mungkin adalah 3.00 paling minimum.
  2. Beli Rumah - selain dari syarikat, secara peribadi aku perlukan juga sebuah rumah sebagai aset.
  3. Rancang perbelanjaan - sejak dari dulu sampai hari ni aku tibai je belanjer tak pernah nak bajet-bajet. Jadi dah tiba masanya untuk aku betul-betul rangcang perbelanjaan aku.
Kahwin aku tak letakkan dalam target, sebab ia memang dah jadi sasaran peribadi bagi sesape pon, aku dah usaha mencari dan seterusnya bergantung.....

30 December 2011

Buku baru..

Assalamualaikum WBT,

Ahad lepas aku sempat pergi ke kedai buku dekat Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi. Takde niat pon nak beli apa-apa cuma sebab bosan duduk rumah sorang-sorang. Belek-belek buku, terjumpa buku susunan Hj Hassan Muhammad Al-Khairun Bin Gozali iaitu Buku Pintar Menjadi Lelaki dan Wanita Soleh.



Antara tajuk-tajuk menarik dalam buku ni adalah :

CINTA DAN PERNIKAHAN
KEWAJIPAN MENUTUP AURAT BAGI WANITA
PETUNJUK MENCARI SUAMI
MEMPERLIHATKAN TANDA-TANDA CINTA
MENGAPA SUAMI TERLALU MEMILIH BAKAL ISTERI
SUAMI DAN KEHIDUPAN BERMADU
MENCARI KEREDHAAN ALLAH




banyak lagi tajuk-tajuk menarik dan bermanfaat untuk menjadi seorang lelaki, wanita, suami, isteri, ayah, ibu, anak, hamba dan umat yang soleh, Insyaallah. Tengok tajuk jer pon dah excited nak baca kan? dah tu tunggu apa lagi pergi la beli.

28 December 2011

Dah Dekat...

Assalamualaikum WBT,

     Hari ni dalam sejarah aku bangun awal, tak tau kenapa, biasanya memang masa kecederaan Solat Subuh aku  bangun. Hari senang pulak nak bangun, hihihi...Aku rasa mungkin sebab malam tadi layan karok dengan Shai dan Iznor, boleh pulak aku layan lagu Setanggi Syurga oleh In-Team. Dulu masa zaman poli memang aku layan nasyid jer. Bila nyanyi semalam tersentuh pulak dengan lirik lagu ni. Mungkin sebab terkenangkan kenangan masa kat poli dulu, tapi mengenangkan tentang diri aku sendiri ler...asyik sibuk je mencari cinta, tak sedar yang Allah selalu bagi cintaNya pada aku. Kesempatan menaip ni pon tanda cintaNya yang aku tak sedar, yela pagi-pagi boleh bangun dan bernafas lagi kan. Fitrah manusia, yang sentiasa ingin dicinta oleh insan lain, kadang-kadang feeling jugak tengok orang bawak budak.

Impian semua orang

    Tapi aku rasa dah tak jauh dah nak kearah tu, Insyaallah. Buat apa nak kecewa, Allah dah tentukan jodoh kita siap-siap sebenarnya tinggal nak di temukan jer. Usaha pon kene juga, takat ni adalah 2-3 cubaan yang gagal. Tapi puas hati, sebab pengalaman berharga aku timba, apa rasa jumpa mak bapak orang, apa rasa orang reject dengan bagi alasan macam-macam, apa rasa bila aku reject orang, pastu orang tu kahwin dan bahagia hihi...jodoh beliau.

Layanlah yea lagu Setanggi Syurga oleh InTeam :

Percaya kata janjiMu 
Kerna ku yakin apa di genggamMu 
Keharuman setanggi syurga 
Bukan kilauan sebilah belati 

Tersiksa jiwa merindu 
Bagai terkurung dibasah tengkujuh 
Kewangian aroma bunga 
Tak menggugah keteguhan iman 

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur 
Pada redup renung mata yang menipu 
Tuntas ku mendaki 
Puncak cinta teragung 

Izinkan aku melafazkan kata 
Bicara hati yang mudah diterjemah 
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung 
(Kerna awan itu rapuh) 

Bahagia buat mereka 
Yang bertemu cinta yang teragung 
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi 

Dendam tak marak menyala dan membakar 
Oleh putih salju yang berguguran 
Kerna dosa itu 
Lebih hitam dan kelam 

Ku anyam rindu menjadi hamparan 
Kerna ku pasti adanya pertemuan 
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan 
Tak bertemu pengucapan 

Percaya kata janjiMu 
Kerna ku yakin apa di genggamMu 
Keharuman setanggi syurga 
Bukan kilauan sebilah belati 




Kisah aku ni dah macam cerita ketika cinta bertasbih la pulak..hihi

27 December 2011

Notebook Sleeves 15.6 inci

Assalamualaikum WBT,

Bila dah beli notebook baru ni, terasa risau je bila mengusung pakai beg yang bukan khas untuk notebook. Maklumla takut terhentak, calar dan macam-macam. Hihi..biasalah barang baru beli. Selalu kalau aku pergi kedai eksesori komputer aku tanya macam ni. "notebook sleeves ni ada saiz 15.6 inci tak? " biasanya tuan kedai blurrr jer. Lepas tu aku pon tanya lagi "notebook sleeves yang 15.6 inci wujud tak kat pasaran??" bertambah-tambah blur.

ASUS n55f 15.6 inci memang best

Penah satu hari di Seremban Parade, dekat satu kedai ni aku tanya nyonya kedai tue, "15.6 inci wujud tak??" die bole sebat yang 14 inci sarung dekat notebook aku, mana maunyer muat. Terjojol keluar ler yang lebih 1.6 inci lagi tu. Pastu mintak kurang tak mau bagi pulak, dia ingat dah sarung aku nak beli la tu, terus aku bukak balik. aku cakap "tak apa autie saya mintak mak saya jaitkan sendiri notebook sleeves laptop saya ni"

Semalam bila bosan duduk rumah sorang, aku pon start motor pergi pekan Bangi cadang nak cari kedai motor nak usha motor baru, tapi singgah kejap kat Warta, dalam otak aku kalau beli joy stick bagus jugak boleh layan FIFA12 kat notebook.

Singgah ler kedai komputer kecik kat tingkat bawah Warta betul-betul depan Giant belah kiri. Usha-usha joy stick nampak pulak notebook sleeves, aku pon tanya tokey. Tengok gaya lagi pandai dari auntie kat Seremban Parade tu tadi, aku tanya wujud ke...terus dia datang selongkar.."ini maa 15.6 inci". "Macam mana kalau tak muat?" aku tanya. "tak muat bawak balik la sini laa".

ngam-ngam jer saiz die..
So takat ni memang cun la....

19 December 2011

Aku kembali

Assalamualaikum WBT,

Akhirnya aku kembali, aku bukan nak merapu tetapi aku baru jer dapat motivasi untuk teruskan berblogging kembali. As sebabnya satu hari aku men"google" kan diri untuk belajar menulis cek untuk buku cek company aku iaitu A & E Tuah Enterprise. Google bawa aku masuk blog http://www.ridzuanrichie.com/ yang aku rasa agak menarik minat aku balik untuk memblogkan diri ini.

Senyap aku dalam dunia blog ni, banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku. Salah satunya aku dah jadi tokey kedai, walaupun tak berapa besar tapi cukup untuk membuatkan aku rasa bagaimana menjalankan perniagaan seharian. Walaupun mengambil alih perniagaan jer. Untuk pengetahuan kedai aku sekarang di uruskan oleh adik-adik aku sendiri. Ia juga menjadi tali mengeratkan perhubungan antara kami adik beradik, yela selalu jarang-jarang telefon atau bermesej tapi sekarang hampir setiap hari aku akan hubungi mereka untuk mengetahui perkembangan semasa kedai tersebut.

Gambar Kiosk ku

Ada rupa macam kedai mamak jual majalah pon ada

Alhamdulillah setakat ni, sangat menggalakkan kerana pelanggan yang datang kebanyakkan adalah pelanggan tetap kedai ni.

Selain dari kedai ni, aku juga baru je angkat satu notebook jenama ASUS. Menggalakkan lagi usaha mendesign-design dan menulis Insyaallah.

Jadi tabiat dah sekarang mengusung notebook

Jadi diharap semua ini jadi motivasi pada aku untuk meneruskan kehidupan yang lebih berjaya dimasa-masa akan datang.

18 August 2011

Teman waktu ku tiada daya lagi nanti

Assalamualaikum.



Salam Ramadhan Al-Mubarak. Kebiasaan bagi di waktu bulan puasa aku akan berbuka di masjid-masjid berdekatan dengan pejabat. Bukan kata aku kedekut nak berbelanja, tapi aku rasakan lebih mudah dan terasa ibadah puasa dekatkan aku dengan penciptaku.

Loan Ranger

Hari tu, tak seperti kebiasaan aku akan ajak Kerol atau Shai untuk teman aku berbuka di masjid Sultan Mizan atau lebih mesra masjid besi. Aku sendirian, terasa sunyi walaupun ramai orang bersesak mengambil makanan. Sunyi sebab tak ada sebarang perkara untuk diborakkan dengan orang yang aku tak kenali. Petanda baik untuk aku, kerana dalam suasana itu aku akan lebih mengingati pemilik rumah ini; Allah SWT. didalam hati.



Pak cik Wheelcha.

Sudah beberapa malam sejak aku berbuka dan solat terawih disini, akan aku terlihat pak cik berkerusi roda, mungkin datang bersama keluarganya. Beliau akan solat di hujung shaff, untuk beri laluan kepada jemaah lain sebelum beliau mengambil tempat solat dalam shaf diatas kerusi rodanya. Ditakdirkan malam itu aku hampir disebelah beliau. Selesai solat Maghrib kami bersolat sunat Ba'adiah, kelihatan ramai jemaah yang selesai solat terus masuk barisan untuk mengambil makanan yang lebih berat untuk menambah kurma dan kuih masa waktu berbuka tadi. Kelihatan pak cik tersebut keseorangan sambil cuba mengerakkan kerusi rodanya.

Teman waktu ku tiada daya lagi nanti

Belum sempat kerusi roda itu bergerak aku terus menolaknya, pak cik itu terkejut dan terus mengucapkan terima kasih berkali pada aku. Sambil menolak aku cuba mulakan perbualan, "Pak cik datang dengan siapa?" belum sempat pak cik itu menjawab, kelihatkan seorang wanita berjubah hitam, perlahan datang kepada kami. Sambil berkata "Terima kasih banyak-banyak yea dik" ucapan tersebut diulang-ulang.
Sepanjang waktu aku berbaris mengambil makanan aku terfikir suatu hari nanti bila aku tiada daya untuk bergerak adakah isteriku disampingku kelak.

Doaku

Semoga Allah mengurniakan isteri yang solehah untukku Insyaallah. Setia bersama walaupun apa jua dugaan dan rintangan yang aku hadapi kelak.

08 August 2011

Berubah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sampai lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sekali lagi aku berpuasa di rumah baru, suasana baru dan jiran-jiran baru. Syukur kerana dekat surau dan masjid.

Masjid Kampung Sg Merab

Tekad

Bulan mulia ini buatkan aku bertekad baiki diri, sebagai hamba Allah. Moga pindah ke sini bawa seribu hikmah Insyaallah.