18 December 2009

Selamat Tahun Baru: Maal Hijrah 1431


Assalamualaikum wbt...


Apa kb arini? hari pertama tahun baru 1431 hijrah...
Setahun sudah berlalu banyak perkara telah berlaku samada baik-buruk, manis-pahit, suka-duka..macam-macam lagi..tapi sebagai ketua pada diri aku sendiri, banyak perkara yang aku sedar, perlu banyak pembaikan dan peng-amal-an...tak lupa juga dosa-dosa yang aku sedari aku lakukan blom lg aku bertaubat...dan tak lupa dosa yang tanpa aku sedari....dengan pengharapan dapat pengampunan Allah SWT. sudah tentu tahun baru ni xmau aku ulanginya lagi.
Tamparan terhebat bagi aku adalah pergi buat selamanya adindaku Mohd Reduan, redha aku dgn takdirNya, harapan semoga berada di bawah Naungan Rahmat Allah SWT.. Al-Fatihah buat Adindaku..hidup mesti di teruskan.

Seiring dengan kedukaan, Allah Maha adil..diberikan pula Rahmat lain untuk aku. Alhamdulillah aku dikurniakan dengan perkerjaan baru setaraf dengan kelulusan aku. Syukur aku tak terhingga rasa seperti Allah menahan untuk mengabulkan doaku tepat pada masanya ketika aku perlukan sesuatu untuk aku berdiri untuk mengubat kedukaan aku..

Alhamdulillah, syukurku tak terhingga..
Post a Comment