27 February 2011

Hujung Minggu aku

Assalamualaikum,

Hari jumaat aku berpeluang untuk menonton konsert Maher Zain di Stadium Malawati Shah Alam. Tempat duduk nun kat atas gunung, stand paling atas, sikit lagi cecah bumbung stadium, tiket paling murah la katakan, tapi puas hati sangat-sangat sebab persembahan mantap dan Maher Zain pula "sporting" habis sampaikan lagu InsyaAllah di nyanyikan 4 kali atas permintaan penonton.

Maher Zain - gambar dari Saifulislam.com


Pagi sabtu yang indah aku penuhkan dengan aktiviti menyapu laman rumah. Maklumlah rumah "corner lot" ada pokok besar pula tu, banyak lah daun-daun kering yang gugur. Aku suka senario macam ni, boleh keluarkan peluh. Aku paling suka bila dapat bersihkan sesuatu tempat dan buat perbandingan antara sebelum dan selepas.



Ahad yang sangat mengantukkan. Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk pergi kelas. Hari ini sangat ngantuk sebab semalam layan "War Craft" dengan Shuha. Macam biasa aku akan kalah, amatur lawan pro memang susah nak menang. Macam biasa aku akan lambat masuk kelas pertama, dah jadi perkara rutin jadi Tutor pun memang faham. Bangi ke Seremban bukan dekat. Menggigil pagi-pagi dah merempit kat Highway. Sarapan pun tak sempat, sampai je OUM Seremban terus pergi beli roti 60 sen dengan air kotak susu coklat kat pakcik yang buka gerai kat bawah, terus shoot masuk kelas, kira bukan kelas la sebab duduk dalam "library". Aku dengan tutor je orang kata "one to one".




Mata aku yang lebam dok mengadap tutor Element of Data Warehousing, selang seli dengan menguap disertakan dengan kepala tunduk-tunduk tanda faham.Tutor buat "do no" je, asal abis "chapter" sudah. Kelas pagi-pagi aku masih ok lagi input pon boleh masuk sebab tu tunduk-tunduk.

Kelas ke-2, Data Ware housing Management and Planning. mata aku memang tertumpu terus ke arah tutor. Untuk maklumat, beliau adalah tutor single pertama "one to one" dengan aku. Tumpuan 100% tapi input 50% je. Lagi 50% aku dah macam tengok filem hindustan, maklumla tutor india cun la katakan. Serious aku cakap dia memang macam pelakon filem hindustan, dan banyak teguran-teguran dari beliau, kebanyakannya suruh pergi tandas cuci muka. Masuk ni dekat 5 kali aku cuci muka.

Tutor paling sporting, Puan Sharifah. Mengajar Integrated Marketing Communication, 5-6 kali menguap. Terus ayat ni keluar "kesian saya tengok awak mengantuk, saya pun mengantuk juga, tapi saya bercakap kan, so tak jadi ngantuk, awak pergi cuci mukalah". kata kunci hari ini, "pergi cuci muka". Jam menunjukkan jam 1 tengahari, mata aku semakin kecil. Terus je Puan Sharifah cakap, "Shahrizan kamu balik la dulu yea, tido. Kesian awak". Dalam hati aku "hip..hip hooray!!!"...

Terus merempit balik bangi. Sampai je rumah, solat Zuhur. Terus Padam......

25 February 2011

Maher Zain Live in Concert

Assalamualaikum,

5 jam lagi InsyaAllah aku akan menyaksikan konsert Maher Zain di Stadium Malawati, Shah Alam. Sebenarnya aku tak pernah terfikir pon nak pergi.



P/s: aku akan upload gambar-gambar dari konsert ni nanti tungguuuuuuuuuuuuuuu!!

20 February 2011

Operasi menebas

Assalamualaikum,

Semalam aku dengan shuha habiskan masa pagi dan petang menebas dan membersihkan lalang-lalang dan pokok-pokok liar yang tumbuh sekitar rumah.

Racun yang aku guna.


Sebelum


Selepas


Tebas sudah tengok hasilnya, lepas ni nak tengok hasil racun pulak.


Meracun lalang sekitar rumah

Assalamualaikum,

Aktiviti hujung minggu sejak pindah ni adalah mengemas rumah. Dalam dah settle tinggal luar rumah jer, sampah-sampah daun-daun kering dah abes aku clearkan tinggal aje lalang dan pokok-pokok liar yang kene di racun.

ini gambar sebelum diracun

lalang

semak samun kat ujung nun nak kene clearkan

pokok pandan dulu yang dah jadi history..


Sekitar Sambutan Maulud Nabi SAW 12 Rabiul awal 1432

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada 15 feb 2011 bersamaan 12 Rabiul awal 1432 hijrah aku terpilih untuk menyertai perarakan sempena menyambut hari kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Berikut adalah gambar di sekitar majlis tersebut.






Masjid Putra sekitar 6.45 pagi

Para perserta mula memenuhi 

Menanti isyarat pelepasan 

Peserta sudah tidak sabar untuk berselawat sambil berarak 

Beginilah situasi dalam barisan

Sempat bergambar bersama Jai

Setelah 2.5 KM Masjid Sultan Mizan sudah kelihatan

Alhamdulillah sampai tempat dituju

gambar kenangan di hadapan Masjid Sultan Mizan

Seronok tengok gelagat murid-murid KAFA

seronok bukan main budak-budak ni

Aksi berebut bunga manga



19 February 2011

Fokus.

Assalamualaikum,

  Deadline 1 hingga 14 Mac 2011, aku perlu lebih fokus untuk sudahkan kesemua 4 assignment. Element of Data Warehousing, Data Warehousing Planning & Management, Integrated Marketing Communication dan Introduction to Statistics. 

meja study ala-ala jepun ku

3 Module core subjek semester ni


  Ketiga-tiga subjek kecuali Statistics(aku mengulang) adalah core subjek, jadi memandangkan aku adalah pelajar tunggal yang mengambil kos BITE(Bachelor IT with E-commerce) di pusat pempelajaran OUM Seremban, jadi aku adalah loan ranger untuk 3 semester terakhir ni. 2 perkara yang akan ada adalah kebaikan dan keburukan. Kebaikan yang paling best sebab aku one to one dengan tutor, jadi tumpuan sangat memberansangkan, sampai menguap pun tutor boleh kira, maklumla bila kita sorang susah nak cover bila mengantuk. Keburukan, bila loan ranger, buat apa-apa semua sendiri, tak sesiapa yang boleh bagi aku semangat kecuali aku sendiri.





18 February 2011

Pindah rumah.

Assalamualaikum,


Desa Damai yang mendamaikan.


Untuk kali ke-3 nya aku berpindah rumah. Kuarters KLIA Nilai, alasannya jauh dari tempat kerja, mau tak jauh aku perlu berjalan sejauh 60KM pergi dan balik setiap hari. Bila jauh merungut jauh sangatlah, minyak mahal lah. Selepas banyak sangat alasan-alasan munasabah yang dah aku ambil kira, akhirkan pindah jua aku ke Precint 18, Putrajaya. Kali ni 3 minit aje perjalanan dari rumah ke pejabat, berbekalkan rumah yang selesa dan orang putih kata "fully furnish". Aku seperti basuh kaki jer, oleh kerana rumah dah macam rumah orang yang dah berkahwin, semua peralatan cukup lengkap ditambah dengan keadaan yang bersih dan selesa. Tapi itu semua belum dapat memenuhkan ruang lain dalam hati aku ni. Surau hanya ditangkat bawah tapi punyala berat kaki nak melangkah untuk solat berjemaah. Alasannya jiwa aku kosong ditambah dengan kosongnya bicara.

Alhamdulillah belum sempat aku cari rumah lain, dah ada yang mempelawa. aku ambil keputusan untuk pindah ke rumah teman sepejabat, keadaan rumah jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan di Presint 18 tempoh hari. Kosong tak berperabut, seperti tak terurus, tetapi ia sangat memenuhkan jiwa aku yang kosong ni. Kawan serumah banyak bicara, tak seperti tunggul kayu macam dulu. Surau hanya lebih kurang 30 langkah jer, Alhamdulillah Maghrib dan Isyak aku di sana, cuma Subuh tinggal niat jer, kekuatan masih tercari-cari.

banyak hikmah aku dapat dari penghijrahan ni. harapan aku banyak lagi yang akan datang menyusul. InsyaAllah.

P/S : Kata-kata dari novel Hani " Allah menguji hamba-Nya dengan cara yang paling unik, apabila menjadikan kekurangan itu satu anugerah

10 February 2011

Malaysia vs Hong Kong

Assalamualaikum,

Pasukan Kebangsaan


Selepas menjuarai Piala AFF, pasukan Harimau Malaya dianggap tidak akan mampu mengekalkan momentum kemenangan, seperti mana yang dialami oleh juara dunia Sepanyol yang kalah dunia perlawanan berturut-turut selepas itu.

Tetapi kenyataan itu meleset, Malaysia di tangga ke-140  rangking FIFA berjaya menewaskan Hong Kong dengan kelebihan 2-0. Walaupun Hong Kong berada di bawah Malaysia iaitu ke-143  rangking FIFA, tapi ia adalah sebuah kemenangan yang akan memberikan keyakinan anak-anak buah K Rajagopal untuk lebih maju lagi, ia juga memberikan keyakinan penyokong untuk memberi sokongan kepada skuad Kebangsaan.


video

Gol pertama oleh Shafiq Rahim


video

Gol ke-2 oleh Amirulhadi..




09 February 2011

Malas ada ubat tak?

Assalamualaikum,

Sekarang ni dah masuk 40 hari kita melangkah ke tahun baru, tapi perangai MALAS menjadi-jadi. Itu la persoalan aku sekarang MALAS ADA UBAT TAK? kalau ada memang aku selalu pergi klinik minta injeksyen NYAHMALASNISME..haha..

Ubat malas.
injek jer, mudah cepat dan berkesan.

Bukan MALAS apa, cuma tang belajar yang MALAS, sudahla sekarang ni final year aku study sepatutnya sekarang la masanya untuk pulun pointer.
Tapi walau apa pun masih belum terlambat, entri ni adalah untuk mengingatkan aku. Kalau aku tak ingat kawan-kawan yang baca mungkin boleh ingatkan InsyaAllah.

p/s: Pointer terkini aku..sudah menjunam ke angka 3 jer.