29 December 2012

Jersi Johor 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT

Jersi Johor Darul Takzim 2013

Amy dengan Del Nero dan Danial Guiza

P/S: sumber FB Liga FAM

Azam 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT


Azam 2013 dah aku tampal di dinding biliku..

Semalam selesai baca Yassin di surau depan rumah aku, kami yang tak sampai 15 orang jemaah pon melunjurkan kaki sambil berborak-borak bertanya khabar semasa jiran Desa Damai Sg. Merab ni. Sementara menanti waktu Isyak yang tinggal lagi 5 minit untuk masuk. Aku dengan seorang pakcik ni berborak tentang latar belakang sesama kami, sambil-sambil bertanya tentang rumah yang aku duduk sekarang.

Dalam perbualan kami tetiba pakcik tu tanya "Isteri kerja kat mana?"... aku pun sengih...sambil jawab "Saya belum kahwin lagi pakcik.."

Lepas Isyak aku pun balik melangkah ke rumah yang tak sampai 40 tapak ke rumah...sambil dalam hati terdetik "aku ni nampak macam orang dah kahwin ke?"....."bukan nampak lagi patutnya anak dah 4 tahun dah macam Ady.."...aku jawab sendiri dalam hati, sambil sengih.. "siapalah orang tu kan? tuhan saja tahu.." 

P/S: oleh yang demikian salah satu azam tahun 2013 adalah kahwin...titik...

25 December 2012

Look into my eyes : After Effect


Bissmillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,



Mohon maaf kalau anda terkejut!!, ini adalah video yang aku hasilkan menggunakan perisian AFTER EFFECT. Memang best cuma ikut tutorial, video pon tangkap guna webcam notebook aku.

Insha Allah banyak lagi tutorial yang aku nak cuba...

24 December 2012

Kebun sayur

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah baru-baru aku dah selesai membersihkan kebun laman rumah aku tu, sebelum ni aku tanam dengan kacang panjang, cili api, dan juga tanam tomato menggunakan teknik fertigasi. Lepas saja semua pokok-pokok ni abis pusingan keluarkan buah semuanya mati. Selepas tu mula musim hujan setiap petang membuatkan aku malas nak pantau, hasilnya semak samun.

Bila musim hujan berlalu, dapatlah aku meracun untuk hapuskan rumput rumpai tersebut. Sekarang ni dah bersih. Sempat aku buat 2 batas baru untuk tanam tembikai (percubaan) dan juga pokok labu. Buat masa sekarang hanya 2 anak pokok tembikai yang menjadi dan dah aku pindahkan ke batas. Untuk pokok labu ia tak ada masalah untuk hidup subur. Cuma anak pokok kacang buncis saja yang akhirnya mati semuanya, mungkin diserang serangga perosak.

Baru saja semalam aku sempat singgah ke kedai hardware beli beberapa lagi benih sayuran dan tembikai. Malam tadi juga sempat aku semaikan semua benih-benih tersebut, harap-harap menjadi.


Pokok Kacang Panjang Dulu..

Sekarang..

Video pendek kebunku..




22 December 2012

Mari Berubah

Bismillahirrahnirrahim

Assalamualaikum WBT,

Semalam saya pintar, jadi saya ingin mengubah dunia. Hari ini saya bijaksana, jadi saya mengubah diri saya sendiri.

17 December 2012

Peperiksaan Akhir: Aku perlukan motivasi!!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Untuk pengetahuan semua semasa aku tulis entri ni, sebenarnya aku sedang ulangkaji pelajaran untuk menduduki peperiksaan akhir esok, lusa dan hari jumaat nanti. Sebenarnya aku tercari-cari semangat yang aku rasakan dulu masa di Politeknik Ungku Omar. Bangun pagi-pagi solat subuh di Masjid, lepas tu mengaji, baca Al Mathurat, ulangkaji serba sedikit apa subjek akan diajar dalam kelas nanti.

Zaman Poli dulu..


Mana pergi semua semangat tu? aku pon masih tertanya-tanya apakah yang memandu aku dulu sehinggakan aku dapat buat semua tu. Nak dibandingkan dengan sekarang nak solat subuh di Masjid pon payah nak dapat, baca Al Mathurat jarang-jarang, ulangkaji pelajaran lagilah susah. Tak adil rasanya nak bagi alasan yang belajar sambilan ni payah, kenapa orang lain boleh lakukan? dan tak aku. Aku selalu bagi alasan "time management" aku yang lintang pukang, memang betul pon. Tapi dah banyak jadual, macam-macam versi dah aku buat itu pon tak jalan. Kawan-kawan, senior di pejabat bagitau pulak engkau kene kahwin cepat Ejan, Wah!! Soalan cepu emas yang dah jadi macam soalan cengkodok pisang bagi aku, selalu sangat dah dengar. Rasa tak adil juga nak jadikan alasan. Tapi kenapa orang lain boleh??!!!



Bangunlah Ejan dari lamunan cinta engkau ni. Sampai bila nak berharap kepada sesuatu yang tak mungkin pasti. Yang hampir dalam genggaman terlepas, yang di kejar tak ada bayang pon. Ya Allah aku merayu pada diri aku sendiri..berpijaklah di bumi nyata. 

Ya Allah kurniakanlah hamba Mu ini petunjuk dan jalan mencari redha Mu.

13 December 2012

Apakah erti Bahagia??

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Bila aku buka facebook hampir setiap saat orang akan mengemaskini akaun mereka dengan gambar-gambar terbaru tak kira lah kemana mereka pergi, majlis apa yang mereka hadiri, situasi apa yang mereka lalui, tetapi kebanyakannya adalah dalam suasana atau perasaan yang gembira atau pun bahagia.

Tapi aku terfikir apakah erti sebenar bahagia? adakah ia diterjemahkan dengan gambar-gambar bahagia, pergi ke tempat-tempat yang orang lain tak mampu untuk pergi atau situasi yang orang tak mampu untuk kecapi.



Aku pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa "Bahagia bukan apa yang kita lihat tetapi apa kita rasa". Tetapi dalam konteks manusia kita akan rasa bahagia bila kita melihat sesuatu, terutamanya yang indah-indah. Bagi seseorang yang dilamun cinta, mereka akan merasa bahagia bila melihat seseorang yang mereka suka atau sayang, termasuk juga ibubapa mereka akan rasa bahagia bila melihat anak-anak mereka membesar menjadi orang yang berguna dan mempunyai keluarga dan mengurniakan mereka cucu-cucu yang comel-comel. 

Tapi bagaimana untuk mereka yang buta? mereka tak boleh melihat untuk mereka merasa. Adakah mereka rasa bahagia?

Itulah uniknya hati ciptaan Allah ini. "Kita rasa bahagia walaupun tanpa kita melihat"

p/s: Cinta Tak Harus Saling Memiliki
      Kadang Kala Mereka Harus Melepaskan Cinta Tersebut
      Kerana Cinta yang Sejati Selalu Ingin Membahagiakan
     Orang Yang dicintai


28 November 2012

Jadual gaji 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,



JADUAL GAJI 2013


  
Bulan
 

Tarikh

Catatan
Januari
23 Januari 2013
Rabu
Februari
* 25 Februari 2013
Isnin
Tahun Baru Cina
10 & 11 Februari 2013
Mac
25 Mac 2013
Isnin
April
25 April 2013
Khamis
Mei
23 Mei 2013
Khamis
Pesta Menuai 
30 & 31 Mei 2013
Jun
* 25 Jun 2013
Selasa
Hari Gawai 
1 & 2 Jun 2013
Julai
25 Julai 2013
Khamis
Ogos
* 22 Ogos 2013
Khamis
Hari Raya Puasa 
8 & 9 Ogos 2013
September
25 September 2013
Rabu
Oktober
8 Oktober 2013
Selasa
Hari Raya Haji
15 Oktober 2013
November

* 25 November 2013
Isnin
Deepavali
2 November 2013
Disember

18 Disember 2013
Rabu
Hari Krismas
25 Disember 2013

p/s: Untuk perancangan kewangan kita bersama

20 November 2012

Jangan Percaya Kawan!!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Nasihat aku kepada semua kawan-kawan di luar sana, bukan tak bagi anda semua berkawan tetapi hati-hati bila memilih kawan kerana ada sesetangah kawan yang menggunakan kawan itu kesenangan mereka, mungkin mereka tak sedar tetapi jika mereka ikhlas berkawan mesti mereka akan cuba memikirkan semasak-masaknya tentang apa yang mereka lakukan terhadap kawan mereka yang mereka tak sedar tu.

Pengalaman mengajar aku tentang kawan, jadi aku harap kawan-kawan yang berkawan diluar sana hargailah kawan, jangan ambil kesempatan atas kebaikkan mereka. 

p/s: pesanan untuk kawan, maafkan aku jika aku tersalah...tapi sanggupkah engkau minta maaf jika engkau pula sebaliknya

04 October 2012

Well done!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,



P/S : ingatan untuk diri sendiri jer...

11 September 2012

MISI 15 K, 3.5 CGPA DAN 6 KG

Bismillahirrahmannirahim,

Assalamualaikum WBT,

Semua nombor dalam tajuk kat atas tu ada makna tersendiri. Semuanya adalah misi aku untuk separuh tahun ini. Apa yang aku faham tentang diri aku ni, setiap perkara yang perlu aku capai perlu aku catat dan war-warkan jika tak ia akan menjadi agenda sepi dalam hati aku ni.

Langkah pertama adalah menulis, dengan cara ni saja yang boleh untuk memujuk minda bawah sedarku untuk melakukan kerja-kerjanya. Selain tu minda atas sedarku juga cuba aku jalankan untuk mendapatkan cara-cara terbaik untuk mecapai misi nombor-nombor diatas.

15K

Dalam hidup yang penuh materialistik dan kebendaan sekarang, setiap kemahuan menjadi keperluan, jika tidak kita sendiri tidak akan dipandang termasuk sesuatu yang dituntut dalam agama dan kepercayaan, tetapi orang lebih mengatakan ;"harga barang naik", "harga minyak naik" , "kos hidup meningkat" dan macam-macam yang naik . Bak kata "duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit". Bukan aku biarkan diri aku hanyut tetapi ia bagai dah jadi satu agama dalam hati setiap manusia. Membuatkan aku juga menjadi mangsa. 

3.5 CGPA

Pelajaran jadi ukuran, sampaikan orang meletakkan harga hantaran perkahwinan dengan kelulusan. Tapi prinsip hidup aku, pelajaran dalam hidup yang lebih utama. Apa gunanya kelulusan jika budi bahasa dan nilai kemanusiaan tiada dalam jiwa. 

6 KG

Aku tak normal, itu jer yang aku boleh cakap. Sebabnya aku sendiri yang tak mau makan.

P/S : target 

08 August 2012

BERHADAPAN DENGAN JIN!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Pada 2 Ogos bersamaan 13 Ramadhan, pagi tu di pejabat aku dapat panggilan telefon dari abang ipar aku. Dengan nada cemas berkata "ijan, kakaknya ada sakit ijan tak tau ea?..kenapa tak bagitau abang?". Aku tegamam sekejap dan berfikir "sakit apa pulak?". Abang ipar aku pon terangkan bahawa kakak aku berkelakuan pelik. 

Rupa-rupanya sakit lamanya datang kembali, ikutkan kakakku memang pernah mengidap penyakit pelik atau dari bahasa biasanya "kene sihir". Dari dulu memang macam tu hingga tak boleh pergi kerja, sampaikan terpaksa putus tunang.

Tapi! kali ni berbeza kerana, dia seakan-akan dirasuk oleh mahluk halus dalam erti kata lain JIN. Abang ipar  bercerita, "kakak ko ni bila buat kerja, penat jer nanti pengsan lepas 3 minit macam tu sedar tapi dengan perangai lain, bila dibacakan ayat Al-Quran dia marah-marah dan meracau-racau. Sampaikan nak mengigit bila di pegang". 

Aku terus telefon abah "abah, abah ada bagitau Yus tak tentang sakit Iza yang lama tu?". Jawapan abah selamba jer. "Sebelum ni abah dah cerita".

Berbalik pada pagi tu. "Ijan malam boleh datang??" abang ipar aku berkata dengan nada cemas. Aku tanyakan kenapa, dia bagitau malam tu aku diperlukan untuk pegang kakakku semasa berubat nanti oleh Ustaz Hadi Talha.

Ustaz Hadi 
Petang itu aku buat keputusan untuk terus ke Klang dari pejabat, memandangkan tak berapa tahu jalan dekat area tu dan takut terlepas waktu buka pula, mana tau kalau sesat jalan nanti.

Malam tu aku berbuka di rumah abang iparku, sementara menunggu jam 10, aku solat terawikh di surau taman. Jam dinding surau aku jeling, jam dah dekat pukul 10, aku terpaksa tamatkan terawikh dengan 8 raakat sementara Saf hanya tinggal 1 jer itu pun tak berapa nak penuh untuk teruskan hingga ke rakaat ke 20.

Sampai jer dirumah abang ipar dan kakakku dah bersiap, kami terus bergerak ke rumah akak Mariam dan suaminya. Suami kak Mariam ni kawan rapat dengan Ustaz Hadi. Dengan kereta Kak Mariam kami bergerak ke Masjid Lapangan terbang Subang. 

Sampai di sana kami lihat ada beberapa orang telah tiba dahulu untuk dapatkan rawatan yang sama. Sementara tunggu Ustaz sempat kami berkenal-kenalan.

Ustaz tiba, terus mengajak pesakit-pesakit untuk untuk duduk berlunjur kaki menghadap kiblat di koridor masjid, sambil menyuruh ahli keluarga dan rakan pesakit meletakkan botol-botol air masak dihadapan bersama limau purut 23 biji semuanya.

Sebelum memulakan rawatan Ustaz sempat menemurah setiap ahli keluarga atau rakan pesakit tentang sakit yang dihadapi, samada jangka masa sakit atau situasi-situasinya. Selesai jer bertanya Ustaz terus membacakan ayat-ayat Sifa dan Ruqyah.

Aku duduk di belakang sambil memerhatikan sahaja. Tak sampai 2 minit kakakku pengsan terkulai layu sementara abang ipar ku menyambut dan membaringkannya. Pesakit lain masih sedar sambil menjeling kepada kakakku yang terbaring kaku disebelah mereka.

Ayat-ayat Ruqyah terus dibacakan, tiba-tiba dapat aku perhatikan tangan kiri kakakku digenggam dengan kuat, diikuti dengan cubaan untuk menutup telinga mengelak dari mendengar ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Ustaz. Ustaz meminta agar aku dan abang iparku memegang kedua-dua tangan kakakku.

Kuat! itu jer yang dapat aku katakan. Cubaan untuk menghalang kakakku menutup telinga dengan kedua belah tangannya, memaksa kami menggunakan tenaga. Kakakku bukan lagi seperti biasa, beliau telah dirasuk oleh JIN. Itu yang dapat aku katakan dalam hati, sambil membaca ayat-ayat yang aku tau berulang-ulang.Sambil bulu romaku menggerbang naik..fuhh!!

Bila tangan telah kami pegang, kaki pula meronta-ronta, Kak Mariam terpaksa membantu, seketika itu suami Kak Mariam terpaksa datang membantunya kerana terlalu kuat. Setelah tak berjaya untuk menutup telinga, bende tu cuba nak gigit tangan aku dan abang iparku. Sambil mulutnya berkata "tepi laah!! tepi laah!!". 

Setelah selesai ayat-ayat dibaca, Ustaz datang ke belakang kakakku, dan ketika bende tu menjerit "pergi laah!! aku tak kacau engkau!!" itu yang diulang-ulang sambil berkata "Sakitlaah!! sakit!!". Ustaz datang di hadapan kepala kakakku sambil melaungkan Azan beberapa kali sambil. Makin kuat jeritkan yang dilaungkan. 

Ustaz menerkap kepala sambil kedua jari telunjuk di letak dibelakang telinga, bila Ustaz tekan jarinya, terus bende tu menjerit kesakitkan, Ustaz tanya "Sape ni?"....diam...Ustaz tekan lagi..bende tu menangis berkata "aku nak balik, tepilah..sakit!!". Ustaz pon tanya lagi "orang tanya jawablah...ni sape ni?". Bende tu geleng kepala. "Ooo takda nama", bende tu mengangguk, "ni agama apa?"..sambil menangis berkata "hindu". 

"Oo Hindu", ni buat apa kat dalam badan orang ni, bende tu jawab "sukahati aku laa", "Oo sukahati" kenapa kacau orang ni. Ustaz tanya tapi tak jawab. Bende tu terus cakap"Aku nak balik la". Ustaz tanya "nak balik  mana?". "Awak duduk mana ni?" Ustaz tanya. "kat belakang tu la" bende tu jawab sambil nak bagitau dekat belakang kedai runcit abang iparku.

Ustaz bertanya "tak nak duduk situ dah, sekarang ni awak keluar duduk sini, kat sini masjid besar ada air-con, kawan pon ramai, Macam ni lah saya ajar awak masuk Islam lepas tu awk keluar duduk sini nak?". Bende tu menjawab "tak nak!", "Kalau taknak kita tekan kuat sikit la biar dia sakit lagi kuat".

Bende tu mengangguk kepala. Terus Ustaz ajar mengucap. Selesai jer mengucap Ustaz menyuruh bende tu keluar, "ok sekarang awak dah Islam tak mau duk dalam ni lagi keluar duk masjid ni, ok sekarang ni keluar ikut mana?, ikut mulut la senang..ok semua-semua dari kaki badan semua kumpul keluar ikut, ok keluar! ".

Nak keluar jer dah mengambil masa yang lama kerana bende tu selalu menipu, bila ditanya dah keluar, bende tu mengangguk kepala, bila disoal ditanya nama, jawapan diberikan semuanya betul termasuk nama penuh aku, mengerbang bulu roma aku. "bende ni tau nama aku" dalam hati aku berkata..sambil baca ayat kursi berkali-kali.

Misi malam ni sebenarnya tak berjaya kerana bende ni a.k.a JIN belum keluar.

Ustaz bertanya kita perlu buat 1 lagi sesi, kita buat dekat kedai lah. Bincang-bincang antara mereka, dapat masa iaitu hari Ahad 6 Ogas, selepas solat Zohor.

tungguuu..cerita seterusnya.

05 August 2012

Next Step!!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Salam Ramadhan, malam ke-16 hari ni, Witir dah mula disertakan dengan Qunut...
fikiran aku selalu tergiang-giang tentang masa depan, apa perlu aku ada untuk masa depan. Sekarang ni aku tengah merancang untuk cari kereta sendiri. Asalkan ada bumbung dan takde beban hutang, maklum aje hutang dah melambak.

Walaupun takde sesiapa yang aku nak sunting jadikan calon, tapi persediaan mesti aku buat. Yela mak bapak mana yang nak bagi anak dorang kawen aku yang hanya naik jer motor ni. Bukan nak merendah diri tapi realiti sekarang, sekurang-kurangnya ada kenderaan, yela nanti bini sakit nak bersalin takkan la nak bawak naik motor pulak.

Itulah solat terawikh pon tak khusyuk, bila fikir tentang perkara ni. Orang selalu cakap "orang berfikir tentang umat, ko fikir tentang perkara remeh temeh jer". tapi perkara remeh temeh ni lah nak membentuk umat, betul tak?!

Setakat ni aku dah cuba survey dan tanya kawan yang arif tentang kereta bajet ni. Maksud kereta bajet ni kereta 2nd hand yang tahan, boleh jalan jauh dan berkualiti. Setakat ni dorang prefer aku amek kereta import sebab kebiasaan kereta import ni enjin bagus dan tahan dari segi body dan ruang dalaman die.

2 pilihan adalah Nissan Sentra B14 dengan Peugeot  406 kedua-duanya dalam lingkungan harga 10k hingga 15k, dari pengalaman kawan aku yang pernah pakai kedua-dua kereta ni, 2-2 ade pros and cons.

Ada membe cakap Nissan Sentra B14 ni untuk orang tua, tapi takpelah asalkan bebaloi-baloi...

NISSAN SENTRA B14

PEUGEOT 406
P/S: Allah tak bagi apa yang kita mahukan tapi Allah berikan apa yang kita perlu.

20 July 2012

Hutang..oh hutang...

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum WBT,

Lama tak menulis tiba-tiba aku kembali dengan tajuk agak biasa bagi kita semua, iaitu HUTANG!

Kadang-kadang terlintas dalam fikiran aku, walaupun kerja tetap dan berpencen tapi dalam benak fikiran aku masih lagi dihimpit dengan bebanan hutang, walaupun tak menjejaskan kehidupan tapi ia tetap menjadi sesuatu yang akan tetap kita perlu fikirkan menjelang hujung bulan atau waktu gaji.

Sepatutnya mat rempit dan mat-mat kutu di kampung tu bersyukur kerana walaupun mereka hidup dipandang serong oleh masyarakat tapi hakikatnya mereka tiada beban hutang.


Harap kawan-kawan yang berhutang dengan aku tu harap bayar la yer hutang!!

07 June 2012

Pesan Sahabat Ku

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Semalam jumpa sahabat baik ku Suhaimi, nak cerita pasal Suhaimi ni, kami jumpa dalam situasi yang agak pelik iaitu di RHB Bank semasa nak bayar yuran semester 5 ketika menuntut di Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

ketika majlis perkahwinan  Mie

Dari situ lah bermula persahabatan aku dengan Mie ni, walaupun bukan dari kelas yang sama, dan jarang berhubung ketika di Poli dulu. Tapi banyak permasalahan dapat kami atasi bersama. Lagi-lagi Mie lah yang tolong aku.

Lepas jer Poli kami tak terus balik kampung, kami masih berkelana di Perak bekerja dengan syarikat kecil milik bumiputra dimana kami diberi gaji yang tak setaraf dengan kerja yang kami buat. Tapi oleh kerana inginkan pengalaman kerja kami tempuhi jua dugaan menginap di penjabat sepanjang bekerja dengan syarikat tersebut. Banyak suka-duka kami tempuhi bersama.

Tapi setiap manusia diberi fitrah untuk bersama dengan orang tersayang. Mie Berkahwin dahulu dan aku lah orang berada disetiap ketika waktu merisik, bertunang dan hari pernikahan Mie.

pernikahan Mie


Dan hari-hari sebagai sahabat diambil alih oleh tanggungjawab sebagai suami. Tinggal aku pula yang mencari ketika ini dan sendiri.

Tapi Mie tetap Mie yang dulu, tetap teruja bila cerita tentang multimedia. Maklumla pakar Flash. Tetap Mie yang boleh buat lawak dan bagi nasihat agama dalam waktu yang sama.

Kami selalu bercerita tentang gadis idaman kami, walaupun kami ni tak sebaik mana tapi selalu jer mendambakan gadis yang solehah sebagai peneman hidup. Mie dah pon dapat apa yang diimpikan.

Sebagai sahabat setiap kali jumpa ada jer calon yang nak dikenalkan dengan ku. Tapi pesanan yang selalu keluar dari mulutnya, "Ikhtikaroh Jan..biar hati ko tenang Jan, biar Dia yang tentukan". Malu aku bila dapat nasihat. Sebab jarang buat...Maklum lah, bila diri terasa susah hati baru nak ingat tuhan, minta pada Dia. Bila senang jarang-jarang jer.


p/s: terima kasih Mie sebab selalu jer beri aku nasihat..buat aku yakin pada ketentuan Nya

04 June 2012

Teringat Kisah kakak ku

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Kakak ku Alhamdulillah selamat berkahwin, tapi yang menarik dengan pasangan yang sangat tak diduga. Jom aku cerita macam mana kakakku bertemu jodoh.

Suatu pagi di rumah kampung ku di Felda Layang-layang, Johor, macam biasa bila aku balik kampung aktiviti pagi-pagi ku adalah menyapu sampah, merangut daun-daun kering di sekitar kawasan rumah. Aktiviti rutin sejak aku masih belajar lagi, itu adalah tanda terima kasih aku kepada mak dan abah sebab tak apa yang dapat aku berikan pada ketika itu. Lagi satu sebab aku ni anak paling nakal dalam keluarga apa-apa masalah semuanya datang daripada aku. 



kakak ku bertunang pelamin adikku Norsakdah

Arghh!!..lupakan kisah ku, jadi pada suatu pagi yang indah sedang aku sedang duduk mencangkung sambil mencabut rumbut di halaman rumah tiba-tiba menyapa dari jauh. "Nah oh Nah". Nah tu panggilan mak ku yang bernama Maznah.

Rupanya makcik jiran yang agak jauh juga la rumahnya, dalam hatiku jauh makcik ni berjalan pasal nak sebar gosip. Andaian ku tersasar rupanya, niat baik rupanya makcik tu datang. Pelan-pelan dibisikkan ke telinga mak ku tapi aku dapat curi dengar. "Nah anak ko yang perempuan tu kosong lagi ke?", aku tengok mak ku tersenyum sambil ketawa. Biasa itu memang trademark mak ku, biasalah orangnya pemalu dan cepat mesra dengan orang.

Mak ku pon terus jawab, yang kakak ku baru jer putus tunang. Ikutkan itu adalah kali ke-2, tapi kakak ku sabar je aku tengok.

Terus jer makcik tu bagitau yang jiran sebelah rumahnya mencari calon untuk dijodohkan dengan anak sedaranya. Terus mak ku kata boleh..

Seterusnya raya tahun tu, mereka bertemu apabila keluarga pihak lelaki datang beraya ke rumah kami. Jumpa-jumpa terus confirm, tak lama kemudia mereka bertunang di hari perkahwinan adikku yang ke-5 iaitu Norsakdah.

Teringat lagi bila MC semasa majlis perkahwinan kakak ku yang lepas bertanya kepada kedua-dua pengantin macam mana kisah pertemuan mereka. Ku lihat mereka seolah-olah tiada jawapan untuk dijawab kerana semuanya adalah perancangan ALLAH yang sangat ajaib untuk pertemukan jodoh mereka.

dengan mak dan abah

kakak ku dengan mentuanya

Dan aku rasa amat bersyukur kerana menjadi sebahagian dari kisah ini.

Semoga mereka bahagia hingga ke syurga. Amin..

p/s: harapan ku begini jua ku ingin kan Insyaallah

01 June 2012

Cara mudah mencari muka surat dalam Quran

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Aku dapat email ni dari abang aku yang telah di forwardkan oleh ramai orang, sampai ke aku, aku pulak tak pernah nak buka. Alhamdulillah Allah bukakan hati untuk buka email harini dan terjumpa lah email ni untuk aku kongsikan kepada sahabat-sahabat sekalian.



Mari Kita Cuba....! 

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran. 




Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala... 

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya. 

P/S : Mari kita berkongsi ilmu ye kawan-kawan semoga ilmu itu dapat berkembang...

30 May 2012

Kakak Kawen, Aku Bila?

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah pada 26 Mei lepas kakakku selamat diijab kabulkan, setelah mengharungi waktu sukar 2 kali putus tunang akhirnya Allah makbulkan jua doa beliau. 



Tapi yang peliknya aku dengan abang aku dah macam artis asyik ditanya soalan cepumas, korang tau lah apa soalan tu kan. mungkin sebab semua adik-beradik perempuan aku dah selamat berkahwin dan seorang bertunang.



Mungkin belum sampai jodoh kot, sesungguhnya sabar tu lah cabaran paling sukar nak kita harungi. Ikutkan hati semua orang nak berkahwin kan. Tapi apa kan daya kita hanya merancang dan dah tentu Allah yang menentukan jodoh.

Kadang-kadang ada ketika apa yang kita suka tak selalu kita dapat dan ada ketika perkara yang kita tak mahu selalu jer menjelma, itu lah perancangan Allah. Dia mungkin nak kita lebih bersedia ketika tiba waktunya, agar tanggungjawab tu mampu kita pikul.

Sampaikan ada pakcik tu siap offer kat abang aku anak sedara dia lagi depan-depan aku pulak tu, aku tak nak pulak di offer nyer..huhuhu..

Apa-apa pun hidup mesti terus, tapi kadang-kadang geram jer tengok orang dukung anak sendiri.

P/S: kadang-kadang pelik la dengan orang perempuan zaman sekarang ni, lelaki ramai kot..entah apa ditunggunyer....nak tunggu dato' masuk meminang ler tue


16 May 2012

Rumah Pertama

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Setelah puas buat window shopping untuk cari rumah yang sesuai untuk dibeli aku telah senaraikan 2 pilihan untuk aku pilih. Iaitu yang pertama adalah taman perumahan baru di KLIA iaitu berhampiran dengan Taman Langat Murni dan kedua di Salak Tinggi iaitu fasa 2B Taman Salak Idaman.

Mengikut pengiraan dan perbandingan kedua-duanya mempunyai jarak yang sama dari tempat kerja aku sekarang. Lebih kurang 23-26 KM atau 30 minit perjalanan. 

Aku telah menghubungi kedua-dua ejen, salah 1 amat beria-ia iaitu ejen rumah di KLIA. Sementara ejen rumah untuk Taman Salak Idaman agak kurang menunjukkan minat dengan hanya memberi respon SMS saja walaupun hati aku lebih kepada rumah disana kerana kelebihan saiz, harga dan status milikkan iaitu hak milik kekal.

Khamis, 10 Mei aku buat janji temu dengan En Jepri ejen rumah di KLIA, beliau agak beria-ia untuk aku beli rumah disana, tapi walaupun dah berkali-kali dengar tawaran beliau dan melihat gambar-gambar rumah sedia ada, tapi hati aku rasa macam tak suka jer. jadi aku minta masa dan minta untuk lihat sendiri kawasan rumah tersebut hujung minggu tu.

Lepas jumpa En Jepri, aku terus survey dan buat solat Ikhtikarah untuk minta petunjuk agar keputusan yang akan aku buat adalah yang terbaik. Sementara aku dapat SMS dari ejen rumah di Taman Salak Idaman mengatakan ada lagi 12 unit masih ada. 

Sabtu tu aku, Kerol, Shai dan abang Hasman pergi ke KLIA untuk tengok kawasan rumah di KLIA, agak sedih sebab jalan agak teruk ditambah dengan banyak lori yang lalu kawasan tu, memberatkan hati aku lagi. En Jepri bawa kami pergi side-office iaitu rumah 2 tingkat yang dibina oleh pemaju yang buat rumah baru tu. Agak sedih sebab rumah tu banyak retak-retak. Masa untuk buat keputusan, aku macam tak puas hati, terus keluar dan kol ejen rumah di Taman Salak Idaman, Alhamdulillah dapat, dan beliau bagitau masih ada unit kosong dan aku boleh tengok sendiri. 

Kami berempat terus belah dah bagi kami akan bagi jawapan hari Isnin untuk bagi hint bahawa kami reject rumah kat situ.

Kami terus ke Taman Salak Idaman, survey kawasan dan tengok rumah fasa 2 yang dah siap 98%. 









Step 2: Buat surat kelayakkan pinjaman dan jumpa pemaju direct untuk booking

p/s: Aku dah booking rumah ni..sambung nanti la cerita yep.

13 May 2012

30 tahun 3 rumah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Salah satu azam aku tahun ni adalah beli rumah, jadi mula dari bulan lepas aku dah mula window shopping dalam internet ni survey rumah yang dikirakan aku mampu miliki dengan gaji aku dah banyak kene potong akibat joint bisness yang bukan-bukan dulu, takpa jadikan itu semua tu iktibar.


Rumah oh rumah


Syukur aku dapat naik pangkat, gaji naik sikit je la, Alhamdulillah boleh lah agaknya beli rumah dalam range harga RM205k, itu pun kalau tak kantoi dengan BPP. 

Minggu lepas entah kenapa tetiba pagi isnin tu lepas sarapan, lepak-lepak kat opis sebab takde kerja aku pun survey la harga rumah di internet, tetiba dalam hati berkata kalau asyik tengok jer tapi tak bertindak sampai bila kan? tiap-tiap tahun harga rumah sentiasa naik.

Jadi aku fikir, perlunya aku menlangkah 1 step lagi iaitu survey dan beli terus. Tapi sebelum aku terfikir ada budak-budak opis yang sibuk buat urusan pembelian rumah kat opis ni. Jadi bertanya lah aku dengan Jep kawan opis yang akan dapat kunci hujung tahun ni. Menuntut lah aku step-step nak beli rumah gunakan loan goverment ni.

Dalam waktu menuntut tu ramai la kawan-kawan tanya, wah nak beli rumah dah, kat mana? harga berapa?....wah orang kaya..hihi macam-macam lah diorang ni. Tak peduli aku perli-perlian dorang ni..

Step 1. Cari rumah

Hahaha..kenapa aku gelak, sebab aku tak tau pon lagi rumah kat mana aku nak beli.

Jadi bertungkus lumus lah survey kat internet. Dan kena fikirkan situasi-situasi dan ciri-ciri rumah yang aku nak beli tu jugak. Samada aku nak duduk atau sewakan, samada nak beli dekat dengan opis atau nak beli dekat kampung di Johor.

Siap!!

Keputusannya: aku nak beli kat area sini, maknanya area dekat dengan Putrajaya. Option yang ada bergantung kepada kemampuan adalah di kawasan Dengkil, Sepang dan KLIA.

Bersambung.....

p/s: tunggu update seterusnya..nak cau p umah membe..

11 May 2012

Keputusan Penting!!

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum WBT,

Hari adalah hari untuk aku buat keputusan paling penting dalam hidup aku. Dah buat Ikhtikaroh 2 hari, harap-harap keputusan ni akan buat aku tak menyesal nanti.

tak semudah makan nasi...hahaha
p/s: redah jer lah...

07 May 2012

Saya Mahu Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30 dari Eyriqazz.Com

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum WBT,

Lepas je aku sambut ulang tahun aku yang ke 28, aku pon scan diri aku ini. Umur dah dekat 30-an awek tak ada, kereta tak ada, rumah tak ada, degree buat pun tak habis-habis, aku rasa betul-betul diri aku ni "totally a looser". 

Hinggakan ada orang sanggup hantar sms yang penih ni:

 ''Wslmsalam ...x perlu la msg b'tany kbr.. sy mlas la b'kwan dgn org yg cengeng, mdah kcil hati n b'angan lbih dr usaha.."

Bila anda semua baca memang anda memang akan mengiya kan bahawa aku memang seorang "Looser". Pedih ulu hati itu jer yang dapat aku katakan setakat ni.

Tapi hidup tidak berakhir pada umur 28 kan? masih belum terlambat untuk aku jadi seorang yang berjaya, berjaya bukan pada erti rohani dan jasmani tapi dari segi material (harta).

Cakap senang tapi semua perlukan rancangan yang bagus, sebagai seorang amatur aku perlu dapat rancangan dari orang yang lebih berpengalaman dan berilmu dari aku, cara mudah adalah dengan meng"google". 

Terserempaklah dengan buku ni dekat blog Eyriqazz. Beliau bukan penulis tapi buku ini lah yang akan bagi aku serba sikit idea dan rancangan dari orang berpengalaman untuk menjadi orang yang berjaya 1 hari nanti

WTF?

Serba sedikit petikan dalam buku ini oleh abang Ariff :

WTF?

Meminjam wang daripada ibu bapa saya bukanlah satu persoalan lagi kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu. Girlfriend saya pula mempunyai sejumlah wang, tetapi saya tahu pastinya dia berat hati untuk meminjamkan wang hasil titik peluhnya. Lagipun, dia tidak mempunyai wang tunai RM28,000. Pinjaman peribadi pula bukanlah pilihan yang tepat kerana kadar faedah tahunan sejumlah 14% adalah terlalu tinggi dan saya tak pernah suka mengkayakan bank. Ah long? Tidak sama sekali. Saya tidak mahu dikejar dengan parang hanya disebabkan kadar faedah pinjaman dicagarkan dengan nyawa saya.
Walau bagaimanapun, saya bernasib baik. Suatu hari, rakan saya Wan menghubungi saya untuk meminta bantuan. Dia ingin membeli sebuah komputer riba di internet tetapi disebabkan dia tidak mempunyai kad kredit untuk membayarnya, dia ingin menggunakan kad kredit saya untuk pembelian tersebut dengan pembayaran penuh kepada saya secara tunai. Apabila dia tunjukkan saya iklan komputer riba berjenama Dell yang ingin dibelinya, saya ternampak sepotong ayat yang memberikan sedikit harapan kepada saya untuk mengumpulkan RM28,000 tanpa sebarang faedah.
“Ansuran 12 bulan tanpa faedah boleh diperolehi melalui kredit kad bank XXX”
Pada masa itulah saya sedar kad kredit adalah sesuatu yang sangat berguna dan saya boleh gunakannya untuk mengumpulkan sejumlah RM30,000 sebagai modal sasaran. Saya bersetuju untuk menerima tawaran Wan dan membeli komputer tersebut, ambil tunai RM2,400 daripadanya dan tukarkan pembelian tadi kepada ansuran 12 bulan tanpa faedah. Kalau saya dapat mengulangi langkah ini beberapa kali lagi, saya akan dapat mengumpulkan RM30,000 saya dalam masa yang singkat.
p/s : tajuk pon ganas, macam agak mencarut sikit hahahaha