Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

08 February 2013

Derma organ

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT


Sebulan lepas aku rasa amat kecewa dengan diri aku sendiri, pertolongan yang aku berikan kepada kawan serta saudara sendiri tidak dimanfaatkan dengan baik. Malah aku yang menanggung deritanya, walaupun berkali aku mengingatkan mereka, tetap tidak dipedulikan seolah-olah menuang air di daun keladi. Perasaan kecewa membuatkan aku meluahkan semua kepada ibuku sendiri, membuatkannya teresak-esak mendengar, tetapi sekadar simpati seorang ibu namun ia tidak mengubah apa-apa dalam menyelesaikan masalah.

Aku rasa amat terbuang dan jatuh kedasar maruah aku sendiri, tetapi itu bukan penghujung hidup aku. Selagi bernafas masa tetap berjalan meniti hari-hari. "Allah masih sayangkan kau ejan" desak hati kecil aku. "Ada orang lagi susah dari kau diluar sana".

Aku tak mampu jadi anak terbaik untuk mak abahku, tak mampu berikan segala kemewahan seperti anak jiran yang selalu mereka cerita setiap kali aku balik ke kampung. Aku tak mampu jadi individu terkenal seusiaku, mencapai sesuatu yang tak bisa aku capai sekarang.

Semua hubungan menemui jalan buntu, samada aku atau mereka? tetapi aku yakin semua berpunca dari aku, maafkan aku, aku masih belum mampu menemui ikatan itu. Aku tidak yakin mampu, ini kan pula engkau mahu bergantung harap pada aku.



Aku ingin jadi sesuatu pada semua, pada masyarakat. Menyatakan aku ada disamping mereka. Bukan sekadar pergi balik kerja untuk menanggung hutang bulanan untuk meneruskan hidup. Itupun masih ada lagi yang mereka persoalkan tentang usaha mulia ku ini.

Untuk tatapan mereka aku lampirkan rujukan tentang hukum menderma organ oleh mereka yang lebih berilmu untuk kita bersama:

1 .PENDERMAAN ORGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Dari sudut Islam, pemindahan organ hukumnya adalah harus berserta dengan syarat-syarat seperti di bawah:• Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit • Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima organ. • Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah S.W.T.• Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.

Fatwa-fatwa di Malaysia Berkaitan Pendermaan Organ 

• 1965 Fatwa negeri Perlis mengharuskan pemindahan kornea daripada orang yang telah meninggal dunia. • 1970 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ daripada penderma kadaverik kepada penderma hidup. • 1989 Majlis Fatwa Kebangsaan menerima diagnosis mati otak sebagai diagnosis untuk kematian. • 1995 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan penggunaan graf tisu untuk merawat pesakit. • 1997 Fatwa negeri Sarawak mengharuskan pemindahan ginjal daripada penderma hidup dan penderma yang telah meninggal dunia.

Suntingan dari sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia( JAKIM)

2. Hukum Pemindahan Organ

Dalam konteks Islam, hukum mengenai pemindahan dan pendermaan organ tidakdibincangkan secara khusus dalam sumber utama hukum iaitu al-Quran dan al-
Sunnah. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ merupakan perkembangan
perubatan yang bermula pada abad ke-20. Walaupun demikian, para ulama Islam
sudah membincangkan perkara ini semenjak tahun 1950-an lagi. Di Malaysia, isu
pemindahan organ mula dibincangkan pada tahun 1960-an apabila Mufti Negeri
Perlis mengeluarkan fatwa berhubung isu ini pada tahun 1965.2
Pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh ulama Islam berkaitan pemindahan
organ bersifat ijtihadi iaitu ijtihad yang dilakukan berdasarkan pendekatan-pendekatan
fikah. Fatwa yang bersifat ijtihadi, seperti yang diterangkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi,
ulama kontemporari dari Mesir, ialah fatwa yang “masih boleh diperbincangkan,
seperti juga ijtihad manusia yang lain, tambahan pula ia bersangkutan dengan hukum
masalah baharu yang tidak tercatat pendapat ulama-ulama terdahulu”.3
Secara asasnya, hukum pemindahan dan pendermaan organ ialah harus. Ini kerana
pemindahan dan pendermaan organ memenuhi tuntutan memelihara nyawa manusia
yang merupakan salah satu daripada maqasid al-syar‘iyyah (objektif syariah).

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia



3. Derma Organ Untuk Bukan Islam

Bekas Mufti Perlis S. S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata “Perbezaan agama bukan penghalang kepada umat Islam untuk menderma organ kepada orang bukan Islam kerana tidak timbul pertikaian dari segi hukum mengenai perkara tersebut”
Kenyataan ini beliau lontarkan ketika mengulas mengenai nasib penerima jantung teknikal, Tee Hui Yee, 14 semalam di dalam akhbar Utusan Malaysia.
Tee Hui Yee telah setahun menunggu untuk mendapatkan jantung yang baru, namun tempoh itu berlalu dalam keadaan masih tidak ada orang yang sanggup mendermakan jantung kepadanya.
Pengarah klinikal, Pemindahan Jantung dan Paru-Paru dan Program Jantung Mekanikal, Institut Jantng Negara (IJN), Dr. Mohd Ezani Taib berkata, pihaknya pernah menerima pertanyaan daripada orang ramai mengenai prosedur menderma organ.
“Tetapi penderma mahu hanya orang Islam menerima organnya kerana kononnya ia melibatkan soal hukum,” katanya.
Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri dalam kenyataannya menyebut : “dakwaan bahawa menderma organ kepada orang bukan Islam adalah sia-sia kerana tidak menjanjikan pahala adalah tidak benar sama sekali.”
“Surah Al-Baqarah ayat 272 antara lain membawa maksud pendermaan organ kepada bukan Islam tetap dijanjikan pahala kerana ia dilakukan atas dasar membantu mereka yang memerlukan dan untuk menyelamatnya nyawa,” Beliau menyambung : “jika bantuan diberikan kepada orang bukan Islam sudah tentu ia dapat memperbetulkan pelbagai salah tanggapan mengenai Islam selain menjadi satu strategi yang baik dalam usaha dakwah.”
Kenyataan ini bertepatan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh beberapa ulama mutaakhir seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Di dalam salah satu fatwanya al-Qaradhawi menyebut :
“Menderma sebahagian anggota badan adalah sama seperti bersedekah dengan harta, harus dikeluarkan kepada orang Muslim dan bukan Muslim.”

sumber: DrMaza
P/s: daripada kecewa sehingga membunuh diri lebih baik dermakan saja organ kepada yang memerlukan >> jom daftar

31 January 2013

Seperti dijangka!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT


Bukan lagi perkara biasa jika kita duduk membaca tentang perkara yang berkaitan ilmu atau agama kita akan dipersenda. Lumrah akhir zaman, bila baca tentang sukan atau artis bukan setakat bertanya malah tambah berita lagi. 

Rindu aku dengan kawan-kawan seperjuangan semasa belajar dulu, sekarang tak ada lagi ajakan dari kawan pergi ke seminar ilmu atau ceramah. Nak harap diri sendiri memang payah. Kan bagus ada kawan yang bakar semangat. " Jom la ejan kita dengar seminar keluarga muslim ni, best bukan takat boleh tambah ilmu malah boleh praktikkan untuk masa akan datang.." bila nak dengar kata-kata tu dari seorang kawan. Sekadar kata-kata kecil dalam diri yang aku harapkan. 

Persendakan ramaila. "hohoho...kira pergi seminar ni nak jumpa la bakal isteri haha". gulp..hmmm..tergamam sekejap aku. "Down" Moral aku sebatu jauh ke dasar. Tiba-tiba niat baik nak ke seminar tu hilang, samar-samar.

Kuatkan diri kau ejan! mereka tak boleh ubah apa-apa pon dalam hidup engkau jika engkau sendiri tak mahu berubah, nak berubah perlukan ilmu dan ilmu perlukan sedikit pengorbanan. Tebalkan muka, jangan pedulikan kata-kata yang cuba nak rosakkan hasrat kau tu.



p/s : kuatkan diri, "bukan sebesar mana impian kita, tetapi sebesar mana kita itu impian itu"


16 January 2011

Senang ramai-ramai, susah sorang-sorang

Assalamualaikum,

Itulah lumrah dunia sekarang ni, bila kita senang ada sahaja kawan-kawan yang datang. Bila susah entah kemana pergi semuanya. Bila memerlukan kita bukan main pujuk, ini bagus lah itu bagus lah. Siap ada pelan kecemasan lah. Hai.....dunia-dunia...bila sekarang kita tanya kita pula  yang disalahkan.

Mesti semua orang tak faham apa yang aku bebelkan ni. Tapi tu la tentang seorang kawan ni. Dulu nak ajak kita berniaga bukan main pandai berceramah, siap agama pun digunakan untuk pujuk kita, tapi bila gagal kita pula yang disalahkan, bak kata pepatah "Tak pandai menari, lantai pula yang di salahkan".

Atau aku ke? yang mudah di perdaya. Tapi dilihat dari perwatakkan mungkin semua orang akan terpedaya.

Orang menipu macam cara sekarang, termasuk dengan watak seperti ni



P/s : gambar sebenar orang menipu aku

26 October 2010

Kadang-kadang diam itu menyakitkan

Salam wbt,

Orang kata diam itu bagus, ada orang kata diam itu ada emas yang belum digali dan ada orang kata diam-diam ubi berisi. Tapi bila diam menyakitkan macam mana? Itu lah yang aku tengah fikirkan sekarang.



Mungkin kesabaran aku sedang di uji. Aku tetap akan bersabar selama mana aku mampu, Allah saja yang tahu.
Aku doakan hatinya tenang, mungkin dia sedang menghadapi ujian lebih besar dari aku Wallualam. Tapi aku tetap berbaik sangka terhadapnya.

Prinsip hidup aku mudah "aku tak mahu senang atas penderitaan orang lain" dan aku harap orang lain berfikiran sama terhadap aku. Bak kata Ustaz Hasrizal "Hidup untuk memberi", InsyaAllah akan aku berikan segala yang aku mampu kepada sesiapa pun yang memerlukan, walaupun aku perlu sabar seratus tahun lagi InsyaAllah.

InsyaAllah Allah bersamaku...Amin...

13 March 2010

Kenapa Dengan Hati.


Assalamualaikum wbt.

Sejak dua menjak ni, hati aku rasa tidak tenang. Mungkin banyak dosa, aku cenderung membenci. Benci pada seseorang, tidak kira dirumah atau ditempat kerja. Mungkin di sebabkan aku sendiri yang suka menilai orang, akibatnya banyak andaian dalam fikiran aku sekarang. Tetapi kebanyakkan setiap andaian yang aku buat tidak terus aku ikuti, aku teliti dahulu dengan bergaul dengan mereka sendiri dengan mereka-mereka ini. Aku bukan ahli psykologi tetapi andaian-andaian ini bermain dalam minda aku dan kebanyakkan ia betul. Betul tidak bererti tepat. Ikuti kisah aku :

......................................................................................................................

Kisah 1



Kamal(Bukan nama sebenar) aku kenal melalui kawan atas kawan. Pada andaian aku pertama kali aku bertemu dengan Kamal, beliau sangat baik dan boleh di andalkan bukan saja sebagai kawan biasa malah sebagai sahabat. Melihat dari tutur kata dan tingkah laku dan yang lebih menyakinkan amalannya. selepas memikirkan secara serius, dengan minda penuh dan bawah sedarku, aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan cerita dibawah kisah 1 ini. ( tulisan italic telah aku tulis seminggu sebelum ).
Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk berfikir secara positif dan buang semua perkara buruk tentang kamal. Apa yang aku fikirkan sekarang adalah "kalau perangai dia buruk kenapa tak aku tegur saja, tidak kisah sama ada secara direct atau indirect " , Insyaallah kamal ni akan faham juga akhirnya asalkan kita tidak putus kawan. Apa yang aku rasa, bila aku mula menyimpan setiap keburukkan nya dalam kepala aku ni, terasa macam ada sebuah jam randik yang berdetik seolah-olah bom jangka yang akan meletup bila tiba masa dan waktunya.
So sekarang lets think positive.



......................................................................................................................

Kisah 2


Kisah kedua ni pula bom randik yang tercipta dalam mindaku ditempat kerja. Seolah-olah seperti kisah pertama tadi. Aku bersyukur kerana ia bukan disebabkan rakan di tempat kerja tetapi pihak ketiga dalam organisasi tempat aku bekerja (third party la) hihihi faham-faham saja la. Sebagai pekerja aku cuba sedaya upaya untuk mengendah apa saja halangan asalkan aku dapat menunaikan tanggungjawab aku sebagai pekerja. Di sebabkan aku orang baru apa-apa pun aku perlu terima seadanya. Itu baru bunga, begini ceritanya. Kerja aku memerlukan aku berinteraksi dengan pihak ke-3 atau thrid party iaitu seorang dari organisasi lain yang mempunyai kontrak dengan organisasi ku. Maklumat yang perlu aku dapatkan darinya amat kritikal. Tetapi apa yang menyedihkan, aku dilayan seperti tunggul bila bertanyakan tentang maklumat tersebut. Buat masa sekarang aku membuat keputusan untuk membalas batu dengan buah, setiap manusia mesti mempunyai sifat belas dan kasihan yang tersimpan dalam dirinya, aku yakin suatu hari nanti beliau akan berubah. Aku cuma mahukan dia dan aku work as a team tidak kira kita bekerja dengan organisasi mana-mana pun. Lagipun kerja kalau kita lakukan dengan ikhlas, jujur, amanah dan menghormati orang ia akan menjadi satu ibadah Insyaallah.

Kedua-dua cerita cuma sesuatu yang bermain dalam minda ku. Setiapnya memerlukan aku tangani dengan bijak dan tenang. Blog adalah sekadar medium untuk aku meluahkan apa yang tersimpan agar hati ini dapat bertahan Insyaallah.



......................................................................................................................







09 October 2009

cakap dalam hati....



Salam wbt...

selamat hari raya...rasanyer masih blom terlewat kan?? sedangkan post ni yang lwt di publish...memang dah lama aku tak menulis dalam laman blog aku ni...klu ader pengikut mesti korang mesti dah malas nak bukak...bukak2 jer mesti post2 lama jer...xdek post yg baru...aku pon sebenarnyer bukan ahli blogger yg tegar(ayat power tue tegar hihihi).. kebiasaannyer masa aku rasa bosan jer aku akan catatkan post dalam blog ni..(sekarang pon tgh bosan)...mugkin aku x berapa nak mahir tentang etika ber"blogging " ni...cuma hentam jer..asalkan aku bole faham...uish...

kadang2 fikiran aku bercakap sendiri...sejak sahabat2 karib aku semua da berkahwin rasanyer xdek lg tempat aku mengadu...cuma abg angkat aku jer itu pon kene paksa utk citerkan masalah2 aku...tp rasa cam pelik..aku rasa setiap perkara @ masalah klu aku nk kongsi..aku sendiri yg akan luahkan...tp bukan cara paksa...(tp apakan daya setiap hati kene di jaga)...bercakap pasal hati...dr dulu smpai skrg aku mmg jg hati org2 di sekeliling aku....tp aku tak pernah rasa dijaga oleh mereka...mungkin dorg jaga tp aku x sedar kot...

1 perkara lg ..aku sentiasa tersepit antara masalah2 org dsekeliling aku...mungkin sbb aku suka mendengar (pendengar yg baik ko) so..masalah dorg aku dpt tau...dan ader 1 masa aku tersepit dgn masalah2 tue...lg kes2 kwn2 yg bercouple nih...hihihi bukan aku xpenah bercouple, tp sbb pernah dan pengalaman lah aku boleh dgr masalah dorg tue...uish..(ya Allah masalah aku pon byk jgk).....

fuhhh....(tarik nafas pgj..) mcm da byk jer yg aku luahkan...
ya Allah ampunkanlah jika kata2 aku ader menperkecilkan NikmatMu...

Macam best jer? bacala lagi....

24 March 2009

Exam nak dekat!!!

Salam wbt..
Eermm dah 3 hari tak post pape dalam blog nih..maklumla sibuk siapkan assignment, susah2 pun kene jugak siapkan..tue takde masalah tapi tenet aku lembab mcm siput tue yg geram tue,
Photobucket
bukan tahap siput jer tahap kure-kure pun ader hihihi.

dah pegi service center dorg cakap ok jer..heish takkan la pc aku yg problem, tgh waktu2 genting nih x masa aku nk troubleshoot pc. terpaksalah aku menyalah gunakan pc pejabat untuk masuk forum study aku. klu tak takde markah la jawabnyer. 1 April ni dah final Exam plk, kejap jer masa berlalu sedar x sedar jer.

Tak cukup masa aku, biler masa nyer nak study..hihihi tapi da plan sesuatu tgk kat bawah ni..time keje aku study..eh aku bukan curi tulang, tulang yang curi aku hihihhi...bukan apa aku study time takde keje lah..
Photobucket
Pandai2 lah ni hidup..dalam dunia sekarang ni kite buat 2@3 keje dalam 1 masa klu tidak kite akan ketinggalan.

20 March 2009

Sedih geram pun ader!!!

Pengalaman Razali Awang, pemberita TV3 yang pergi ke Gaza baru2 ini
Mesir

Photobucket
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup
kencing di dinding2 masjid.
Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza. Makanan dan ubatan2 sume rosak
kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah
tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...
"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" –
Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza.
Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami
bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat
Palestine…

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan
Allah SWT lepas pulak...tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500
meter is RM70!!!
Memang sekutu kuat Amerika and Israel.
(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam
lain....UIA pun dah bagus!!!)
Gaza (Palestine)
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world
comes from Gaza!
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).
Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan
mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat
Mesir tu..
Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention
Hashim….)
Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau
tak kerana peperangan..
Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila
bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke
sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah
berminggu!
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel…punyalah jahat
manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih
je!!
Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere.. They operate in
small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati
syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.
Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok
lahir lagi seorang bayi..
Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat
hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus
dari jarak jauh.
Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta
kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab
tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine
kebulur dan tak de sumber pendapatan.
Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah
katakannn...
Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.
Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati
kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius.
Sebab ubat dah tak de.
Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di
jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus
..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de
apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2
here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.
Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita
shopping kat sana mcm kita sokong Israel.
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.

18 March 2009

WARNING to us MALAYSIANS!!!

Salam wbt,
i just opened my Hi5 account and there is, one of my friend give me this address
Photobucket
aku rasa ni satu petanda la bagi kite supaya janganla begaduh sesama sendir
aku pun xtau sama ader ia adalah salah satu cara untuk melaga-laga kan Malaysia dan indonesia..tapi kite sepatutnyer berjaga-jaga mgkin ini adalah salah satu teknik halus yahudi untuk melihat pergaduhan berlaku antara negara di asia tenggara.
Apa berlaku jika ini berlanjutan? kite lihat jer kt Afganistan, dorg kata ader pengganas so dorg pon serang. Sama la juga aper yg cuba mereka lakukan sekarang cuba wujudkan suasana tegang antara kite, then berlaku peperangan pastu dorg datang dgn alasan untuk kembalikan keamanan. Sepatut kite da dapat bace sume ni...
fikir dan renung2 kan la yer..
Wallahuallam..

14 January 2009

Apa yang anda perlu tahu tentang Palestine

warna putih menunjukkan tanah yang dimiliki oleh orang Israel dan hijau tanah yang dimiliki oleh Palestine, kite sendiri boleh lihat dengan jelas bagaimana Israel sengaja menyerang dan membunuh rakyat Palestine untuk meluaskan tanah jajahan mereka.
anda boleh lihat dengan lebih jelas di sini



Dunia Akhir Zaman

Dunia Akhir Zaman

Oleh MOHD ALI MAJOD

AKU pernah mengatakan kepada kamu bahawa sesuatu itu mustahil kekal dalam sesuatu keadaan. Ini adalah sunnatullah - berubah bak roda. Sekejap ke atas, sekejap ke bawah. Pernah Islam gemilang pada zaman Rasulullah, Khulafar al-Rashidin, Umaiyah, Abassiah, Uthmaniyah, Anatolia, Safawiyah dan Mongol di India. Islam pernah dihancurkan oleh Perang Salib, kaum Mongol dan sekularisme Kamal Ataturk. Islam di Eropah dihancurkan oleh kombinasi Katholik antara Ferdinand dan Isabella.



Aku katakan jangan bersedih walaupun sekarang Islam cuba dihancurkan oleh Israel dan Amerika. Kita terpaksa menerima fakta ini, kita sedang berada pada roda sebelah bawah. Sebelum ini bukankah kita berada di atas? Sekarang kita berada di bawah -apa bezanya? Sama bukan?. Ini kerana sebelum kita ke bawah, kita mengulangi kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh orang Umaiyah sebelum mereka hancur. Kita melakukan segala kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh Abbasiah sebelum mereka hancur. Begitulah juga kita meniru kelakuan umat yang terdahulu yang dihancurkan. Sejarah itu berulang dan manusia (annas) itu pelupa. Maka itu kita berdebok jatuh ke bawah. Peduli apa! Kita terimalah.

Maka itu kita di sini perlu ingat, ya situasi di negara kita sendiri. Sekiranya kita melakukan kesalahan yang serupa yang dibuat oleh orang yang terdahulu, kita juga akan dilanyak jadi lempeng hangus. Kalau tak percaya tunggulah. Satu hari nanti akan ada satu "kuasa" yang memukul kita bersepai di muka bumi, sekiranya kita tidak berwaspada dengan konsep "roda yang berpusing" ini.

Ciri utama sesuatu umat itu akan dimusnahkan ialah membelakangkan al- Quran dan Hadith. Semakin jauh kita dari al-Quran dan Hadith semakin dekat kita kepada kehancuran itu. Penyakitnya bermula dari dalam. Berpoya-poya. Rasuah. Harta negara dan wang rakyat dirompak. Meletakkan sesuatu, seseorang, institusi atau apa saja tidak kena pada tempatnya. Orang yang salah memimpin sesuatu jemaah. Orang yang bodoh dan tolol jadi pemimpin. Orang berilmu berdiam diri. Orang miskin terus melarat tiada pembelaan. Tiada suara mencegah yang mungkar dan menyuruh berbuat baik.

Allah akan memulakan tanda-tanda kecil sebelum tibanya musibah total yang memukul habis: banyak maksiat, gejala sosial yang buruk, anak muda tersalah jalan, orang tua tak sedar diri, banyaknya hiburan yang melalaikan, berlaku bencana alam yang tak disangka-sangka. Dan banyak lagi. Kerja kufur kepada Allah bukan saja dilakukan oleh individu bahkan satu bangsa dan satu negara sekali gus.

Sila lihat keliling? Ada atau tidak tanda-tanda seperti ini dalam masyarakat kita? Kalau ada, sah! Kita sedang menjunam ke bawah. Akan ada kuasa yang kuat melanyak kita jadi lempeng hangus. Usah tanya "kuasa" siapa itu. Kamu boleh menjawab sendiri. Aku sendiri berpendapat kita memang menuju kepada "ke bawah". Kerana apa? Selalunya sunnatullah itu berlangsung selama 50-100 tahun dalam satu- satu keadaan. Sekiranya sesuatu bangsa itu bersih, maka ia boleh bertahan selama 300 tahun. Selepas itu mulalah melakukan penyelewengan sehingga ia menjunam ke bawah.

Contoh mutakhir ialah Bosnia, umat Islamnya terus meninggalkan agama dan hidup secara orang Kristian. Akhirnya Allah hancurkan mereka dengan menjadikan kenalan, jiran, sahabat mereka sendiri sebagai ejen pemusnahannya. Itu pengajaran.

Bangsa kita baru merdeka 45 tahun, baru satu generasi. Sekiranya kita tidak memelihara amanat ini - amanat apa itu? - amanat Allah iaitu agama Islam - kita akan dihancurkan dalam tempoh 50 tahun lagi. Siapa yang akan melutu kepala kita? Perhatilah keliling, siapa yang memelihara moral mereka, siapa yang beradab, siapa yang membina ilmu - mereka ialah orang kuffar. Siapa yang memelihara ini, dia yang melutu kepala kita yang bobrak moralnya, yang sentiasa berdosa, yang sentiasa berlaku zalim sesama seagama. Allah sudah berfirman dalam al- Quran hal ini. Carilah!

Adakah kamu fikir Amerika akan kekal begitu? Tidak! Adakah kamu fikir Israel akan kekal seperti sekarang? Tidak! Ya, mereka mungkin berkuasa 100 tahun lagi tetapi awas, mereka akan ditewaskan. Mengapa? Barang siapa melakukan kezaliman, akan ada "kuasa" lain menzalimi mereka balik. Ini juga sunatullah.

Orang Yahudi melakukan kezaliman dua kali (marrotaini) saja di muka bumi ini (ada dalam al-Quran). Pertama sejak bangsa Yahudi wujud pada zaman Nabi Musa (membawa Bani Israel dari Mesir ke Sinai dan kemudian ke Canaan) sehingga wujud Negara Madinah. Bani Israel memang bangsa pilihan dan diakui oleh al-Quran. Tetapi mereka melakukan kezaliman dengan membunuh para nabi, mengubah kitab suci, mempersendakan nabi- nabi dan macam-macam dosa lagi. Mereka berkuasa tetapi berlaku zalim.

Apabila Islam membina negara dan tamadun di Madinah, Yahudi lupus. Di mana saja bangsa Yahudi berada mereka dibenci, ditindas dan dizalimi - baik di Eropah, Russia, Timur Tengah mahupun Afrika. Pernahkan anda mendengar berabad-abad diaspora Yahudi di Eropah dihalau dan ditindas sehingga (Holocaust) zaman Hitler? Inilah pusingan ke bawah untuk roda Yahudi, setelah berkurun lamanya mereka berkuasa di atas melakukan kezaliman.

Sekarang, selepas 1948 (wujudnya negara Israel), tiba kebangkitan Yahudi semula. Awas! Ini kebangkitan Yahudi kali kedua seperti yang tersebut dalam al-Quran. Ertinya Yahudi berada di roda atas baru 54 tahun - masih muda benar. Seperti yang biasa berlaku, sesuatu kuasa
(tamadun) itu akan bertahan paling kurang 100 tahun. Kuasa Yahudi ini mungkin bertahan sehingga 500 atau 600 tahun lagi. Ya Allah, lama lagi untuk menunggu Yahudi ditumpaskan untuk kali kedua dan ini untuk selama-lamanya. Kita sudah tentu tak dapat pun melihatnya. Syed Ali Akhbar dalam ruangannya dalam Berita Minggu pernah menurunkan ayat al- Quran tentang Yahudi akan ditewaskan.

Bangsa Yahudi memang satu bangsa yang gigih, intelektual yang hebat tetapi tidak bermoral, dan asabiah. Walaupun dalam Exodus dan Joshua ada aspek yang positif orang Yahudi terhadap bangsa lain tetapi Yahudi lebih cenderung mengambil ayat Taurat yang lebih agresif yang konon mengatakan Tuhan membenar memusnahkan bangsa lain (kelas kedua) di dunia ini. Sebagai bangsa pilihan Tuhan Yahudi tidak terikat oleh mana-mana undang-undang bangsa lain.

Bangsa Palestin jika dibandingkan dengan Yahudi kata Nabi Israel Hess ialah seumpama kegelapan dengan cahaya. Dengan itu bangsa Palestin mesti menerima nasib yang sama seperti bangsa Amalek (satu bangsa minoriti di bawah koloni Bani Israel); dalam Taurat, Tuhan memerintahkan Bani Israel membunuh mereka tanpa belas kasihan - rujuk
1 Samuel 15:3). Maka itu intifadah yang dilakukan oleh orang Palestin dianggap oleh Haim Tzuria (mewakili Yahudi) sebagai:

Di setiap generasi ada sekelompok orang yang bangkit memberontak yang harus kita musnahkan. Kerananya, setiap generasi mempunyai Amaleknya sendiri. Bangsa Amalek pada generasi kita memperlihatkan dirinya dalam kebencian mendalam orang Arab terhadap kebangkitan nasional kita di tanah leluhur kita.

Lihatlah bagaimana Yahudi memburu, membunuh rakyat Palestin sekarang hatta orang sedang solat pun dibunuh dengan kejam yang dianggapnya Amalek. Ini semua kerana ekstremis Yahudi yang menganggap bangsa Semit itu (Yahudi) lebih mulia daripada bangsa Aria (Amerika), Roman
(Eropah) Arab, Ajam (Melayu), Persi, Iraq atau Afghanistan.

Seperti kata PM kita, enam juta rakyat Yahudi di Amerika amat berkuasa dan dapat berbuat segala apa yang mereka sukai. Ada pendapat yang mengatakan pemerintahan Amerika itu ialah ZOG (Zionist Occupation Government) yang didominasi oleh setan dan Yahudi.

Bagaimana kita nak lanyak Yahudi yang punya kekuatan tentera, senjata yang canggih dan disokong oleh Amerika itu? Senjata nuklear akan digunakan tetapi tidak berkesan sepenuhnya. Memang beratus-ratus ribu orang Islam akan mati tetapi yang lain akan bangun menentang. Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah menceritakan hal akhir zaman ini. Rasulullah memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka.

Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan. Betul tak? Benar Rasulullah. Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya: pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam- tanaman. Benar atau tidak? Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.

Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah ini. Iraq di blocked oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991. Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan Rom (Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah.

Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya. Sabda Rasulullah yang mafhumnya: Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati.

Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai Furad). (SEMASA ARTIKEL INI DI POST KEMBALI IRAQ TELAH HANCUR DAN SEKARANG TELAH PUN DI KUASI OLEH AMERIKA DAN SEKUTUNYA)

Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.

Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya: Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar - ibu segala peperangan - Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia.

Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang. Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya: Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan.

Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.

Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biolgi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat. Tetapi umat Islam ada iman, iman dan iman. Sejarah bom atom di Hiroshima membuktikan orang Islam boleh selamat tak cacat cedera pun (Abd Razak Hamid, Pangeran Yusof Brunei dan kawan- kawannya) tidak mati dalam ledakan bom atom itu. Abd Razak dan Yusof masih hidup sekarang. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita.

Jadi, sekiranya kamu hendak ke Jurusalem, silakan! Mungkin kamu boleh menawannya tahun depan. Kekuatan kamu ialah kerana kelemahan kami, seperti yang kamu katakan kami menyeleweng jauh dari landas agama, melakukan dosa besar dan kecil dan lalai dari menyuruh berbuat baik dan mencegah mungkar. Tetapi awas! Umat Islam akan merebut kembali seluruh Jurusalem seperti Salehuddin Al-Ayubi merebutnya daripada orang Kristian (walaupun 88 tahun lamanya dijajah).

Kamu berpegang kepada Protokol tetapi kami kepada al-Quran. Kami tidak takut mati kerana mati melawan kamu adalah mati syahid. Allah menjanjikan syurga untuk kami. Sejuta sahabat kami mati, tak apa, sejuta terus masuk syurga tanpa hisab. Alhamdulillah! Tetapi kamu mati katak, satu sen tak berharga kerana kamu kaum kuffar.

Selepas daripada ibu segala peperangan ini berakhir, Amerika, Eropah dan Israel dapat ditewaskan. Dunia akan diperintah oleh orang Islam. Dunia kembali aman, makmur dan sejahtera sehingga orang kaya berkeliling dunia mencari orang yang layak menerima zakat tetapi tidak bersua (mafhum Hadith Nabi s. a. w.).



13 January 2009

OBJEKTIF AMERIKA MENYERANG IRAQ DAN RAHSIA DISEBALIKNYA


www.tranungkite.net
OBJEKTIF AMERIKA MENYERANG IRAQ DAN RAHSIA DISEBALIKNYA

Satu perkara yang tidak dapat disangkal oleh semua mengenai sebab-sebab usaha Amerika untuk menyerang Iraq, ialah bertujuan untuk mengubah kepimpinan kerajaan Iraq secara kekerasan dan mengalihkan sumber perbendaharaan negara yang sudah tentunya terdiri dari hasil buminya yang kaya dengan petroleum ke tangan Amerika dengan cara yang cukup licik sebagaimana yang mereka telah laksanakan di Afghanistan..Dengan apa sebab sekalipun seandainya Iraq tunduk kepada arahan suara dunia untuk membenarkan kemasukan semula penyelidik-penyelidik untuk memeriksa kekuatan persenjataannya,maka kempen peperangan Amerika dan sekutunya tetap akan diteruskan....

Dan sekalipun bertambahnya suara-suara bangkangan dari sekutu-sekutu Amerika terhadap serangan yang bakal dilancarkan ini, namun Amerika tetap tidak akan mengendahkannya melainkan suara yang akan membawa kepada perlaksaan perancangan serangan tersebut dan secara automatiknya akan mengubah suasana politik di kawasan Timur Tengah.

Mungkin langkah pertama Untuk mengubah suasana politik di Timur Tengah akan dilaksanakan step by step, dimulai dengan menuduh Iraq sebagai paksi kejahatan dan menyabitkan dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kemudian membuat pakatan-pakatan dengan negara-negara Eropah yang lain untuk menyerang Iraq..

Selepas Iraq,rentak yang sama juga mungkin akan digunakan oleh Amerika untuk menyerang negara-negara arab yang lain merangkumi Lubnan,Syria,Yemen,Mesir kemudiannya Iran demi menyempurnakan perancanaan mereka.

Satu persatu negara-negara Arab dan Islam akan diserang dan bakal menjadi hamba kepada Amerika..

Kita mesti meyakini bahawa tujuan kempen keganasan yang dilancarkan oleh amerika adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan Negara Haram Israel kerana pada kacamata Amerika,negara-negara yag tersebut diatas adalah merupakan ancaman yang utama kepada Israel....

sebagaimana Iraq dengan peluru berpandu Scudnya ,Iran juga dikenali dengan kekuatan peluru berpandunya "Shihab 1" ,"Shihab 2","Shihab 3" , begitu juga Mesir yang boleh disenaraikan antara "Gergasi' dalam bidang ketenteraan di Timur Tengah...

Mesir mempunyai kekuatan beribu-ribu kereta kebal,jet-jet pejuang dan kelengkapan lain yang telah disembunyikan dibawah tanah.

Iran pula dijangka akan menjadi kuasa besar Nuklear menjelang tahun 2005 apabila projek meganya itu siap...

Iran telah membina Projek Nuklearnya itu dengan kerjasama Russia...

Dan antara perkara yang menakutkan Amerika lagi ialah jika sekiranya negara-negara Arab ini bersatu, maka mereka akan menjadi Kuasa Besar dunia yang baru...mereka mempunya sumber petroleum dan gas yang cukup banyak dan jika mereka berpakat melaksanakan sekatan petroleum dan gas terhadap Amerika dan sekutu-nya,maka dunia akan mengalami krisis ekonomi yang parah..

Disebabkan faktor-faktor tersebutlah negara-negara Arab ini amat digeruni oleh Israel ,Amerika dan sekutu-nya.

Maka Amerika dan sekutu-sekutunya perlu bertindak lebih awal sehingga perkara-perkara yang akan membawa kepada ancaman ekonomi,ketenteraan keatasnya akan dapat dihapuskan..

PERANG SALIB

Presiden Amerika George W. Bush pernah berkata , bahawa "Peperangan Salib Baru" sudah bermula...

Maka kesinambungan dari kenyataannya itulah,peperangan salib telah dilancarkan di Afghanistan dan ternyata mereka telah mendapat kemenangan yang cukup besar..

Kini dengan slogan yang sama peperangan salib fasa ke-2 hanya menunggu masa untuk dilancarkan walaupun ianya bertopengkan slogan "Memerangi Keganasan".

Barat telah banyak belajar tentang kekalahan mereka ditangan tentera Sultan Salahuddin AL-Ayyubi, iaitulah apabila ummat islam bersatu maka mereka akan menjadi kuasa yang cukup kuat....

Oleh kerana itulah Amerika dan sekutu-sekutunya mesti bertindak lebih awal dengan taktik pecah dan perintah sebeum negara-negara Arab ini bersatu...

OBJEKTIF SERANGAN

Setelah tamatnya peperangan salib yang di ketuai oleh Napoleon Bonaparte ,Barat telah melaksanakan pelbagai perancangan selain ketenteran untuk melemahkan ummat islam,lebih-lebih lagi muda-mudi islam kerana mereka tahu bahawa ummat islam tidak akan dapat dikalahkan dengan cara ketenteraan,maka mereka mencuba pula cara yang lain untuk menghapuskan ummat Muhammad ini..

Terdapat dalil didalam kitab Bible yang dikenali sebagai "Perjanjian Lama" yang menyeru kepada golongan Kristian agar membinasakan ummat-ummat yang selain dari mereka kerana menganggap ummat yang lain adalah merupakan ummat yang hina....

Marilah kita sama-sama merenungi perkataan Bible dibawah ini....

(Di dalam Perjanjian Lama):

"Mereka menumpas dengan mata pedang segala sesuatu yang di dalam kota itu, baik laki-laki maupun perempuan, baik tua maupun muda, sampai kepada lembu, domba, dan keledai" (Yosua 6:21)

"Tetapi dari kota-kota bangsa-bangsa itu yang diberikan Tuhan Allahmu, kepadamu menjadi milik pusakamu, janganlah kau biarkan hidup apapun yang bernafas" (Ulangan 20:16)

"Siapa yang menghujat nama Tuhan, pastilah ia dihukum mati dan dilontario dengan batu oleh seluruh jamaah itu. Baik yang asing maupun orang Israel asli, bila ia menghujat nama Tuhan , haruslah dihukum mati" (Imamat 24:16)

Firman Tuhan untuk meyembelih kaum Amalek:

"Jadi pergilah sekarang, kalahkanlah orang Amalek, tumpaslah segala yang ada padanya, dan janganlah ada belas kasihan padanya. Bunuhlah semuanya, laki-laki maupun perempuan, kanak-kanak maupun anak-anak yang menyusu, lembu maupun domba, unta maupun keledai" (Samuel 15:3)

(Di dalam Perjanjian Baru): 'Isa Almasih (yang didakwa oleh orang Kristian sebagai Allah) dilaporkan berkata seperti berikut:

"Jangan kamu menyangka bahwa aku datang untuk membawa damai di atas bumi; aku datang bukan untuk membawa damai melainkan pedang" (Matius 10:34)

"Aku datang untuk melemparkan api ke bumi dan betapakah aku harapkan, api itu telah menyala!" (Lukas 12:49)

"Kamu menyangka, bahwa aku datang untuk membawa damai di atas bumi? Bukan, kataku kepadamu, bukan damai, melainkan pertentangan" (Lukas 2:51)

Akan tetapi semua seteruku ini, yang tidak suka Aku menjadi rajanya, bawalah mereka kemari dan bunuhlah mereka di depan mataku" (Lukas 92:27)

"Dan campakkanlah hamba yang tidak berguna itu ke dalam kegelapan yang paling gelap. Di sanalah akan terdapat ratap dan kertak gigi" (Matius 15:30)

Ayat-ayat inilah yang mampu mendorong Amerika dan sekutu-sekutunya di seluruh dunia untuk menyerang Iraq dan negara Arab yang lain serta menebarkan kekerasan di muka bumi. Penyembelihan 200 ribu Muslim Bosnia, puluhan ribu Muslim Kosovo, ribuan Muslim di Chechnya, ribuan Muslim di Ambon, Halmahera dan sebagainya merupakan hakikat ajaran keganasan yang termaktub di dalam Alkitab.

PENUTUP

Oleh kerana kita mengaku diri sebagai ummat Islam,maka marilah kita bersatu didalam satu kumpulan atau jemaah dan sama-sama menetapkan tapak-tapak kaki kita untu berdepan dengan 1001 dugaan yang datang untuk menghancurkan agama Allah dan Ummat Islam sejagat..

sama-samalah kita membantu sahabat-sahabat kita walau dimana berada dan berdoa untuk mereka agar mendapat kemenangan dan agar Islam dapat dipasakkan kembali dimuka bumi,semoga Khilafah islam yang dulu akan kembali menerangi dunia..

wassalam....






petikan artikel dari

28 November 2008

Al-Fatihah untuk Adikku...

Salam wbt.
Apa kaba untuk semua yang pernah dan baru jer melawat blog kesayangan aku ni. Untuk pengetahuan sahabat2, kawan2 dan rakan2 blog semua arini cukup seminggu adikku pergi meninggalkan kami sekeluarga..walaupun terasa berat untuk aku catatkan dalam blog ni tapi aku rasa ini adalah perkara yang dugaan terbesar dalam sejarah hidup aku dan family. Setelah seminggu arwah adikku di wad ICU hospital sultanah aminah johor bahru, arwah telah dipindahkan ke hopital kulai. Daripada apa yang mak cerita, arwah semakin pulih pada ari tue..arwah da boleh duduk dan tengok mak..mak sempat tanya arwah nak air ke tak..oleh kerana ader tiub di leher arwah menyebabkan arwah tak nk bercakap pape, cuma boleh menganguk-angkuk kan kepalanyer. Pada malam jumaat bersamaan 21 november 2008, aku terima satu panggilan yang buatkan hidup aku dan family berubah sekelip mata. Inallilah Wa'innallilahirujiun...adikku ke-7 bernama MUHAMAD REDUAN BIN MD RAJAK meninggalkan kami selamanya, umurnya baru 15 tahun. Aku harap pemergiannya ini adalah satu dugaan Allah yang ader hikmah dan pengajaran di sebaliknyer. Al-Fatihah untuk adikku sayang....
abang dan keluarga akan menyusul kelak..semoga Allah cucuri rahmat keatas rohnya dan semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

"wan semua ni untuk mu"

19 November 2008

Aku dalam kesedihan..

salam wbt..
cuaca kt luar tue..suram jer mungkin lg 1-2 minit masuk waktu maghrib, keadaan dalam bgnn ni lg la mencengkam sejuknyer apa boleh buat tugas tetap tugas..hati aku masih lg sayu...apa tidaknyer 4 hari lalu aku dikejutkan dengan peristiwa kemalangan jalan raya adiku Muhamad Reduan, adik ketujuhku. sekarang ni dia masih lagi terlantar di wad ICU hospital sultanah aminah, johor bahru. aku terasa sangat2 sayu dan sedih kerana tak bersama dia lebih lama kerana faktor keje dan exam yang dah terlampau dekat...walaupun sekejap jer dapat melawat tapi smpai skrg aku dpt merasa kesakitan yg adiku rasakan. aku terasa amat2 bersalah sgt, aku lah abg terlampau byk marah2 dan tengking nya, kadang2 aku rasa aku yang bersalah atas segalanya..tapi jauh di sudut hati aku sentiasa akan tetap berdoa dan bertawakal pada Allah agar dia kembali sedia kala hendaknya. dalam keadaan nya yang kritikal sekarang setiap deringan telefon membuatkan aku berdebar dan setiap sblm mnjwb aku akan berdoa agar panggilan tue bkn berita yg tak diingini. dengan hanya berbantukan alat pernafasan dia betul belum dikatakan stabil..setiap kali terkenang wajahnya aku akan menitiskan airmata..

Kuharap sahabat dan rakan2 dapat berdoa demi kesihatannya Insyaallah