26 June 2013

Ejan's Frozen Food Delivery


Sempena Ramadhan yang menjelang 

tiba, adakah anda kesuntukan masa 


menyediakan juadah sahur atau berbuka 


puasa?

Kan mudah bila ada frozen food

panaskan kuali jer..

Tiada masa nak membeli?


Senang order jer, 


kami sedia membuat penghantaran..





17 June 2013

Motor baru, Jatuh!!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Apa perasaan korang bila baru beli motor lepas tu motor tu jatuh? mestilah tension kan? hihi itulah yang jadi pada aku. Orang lain pula tu yang jatuhkan.

Tapi sebenarnya 2 tahun yang lepas aku pernah juga buat dekat orang lain. Kereta persona kawan aku yang belum bayar 1st installment aku dah bawak sondol Atoz di Putrajaya dan sekarang Ironinya telah terjadi pada aku sendiri. Nak marah pon dah tak reti. Sendiri ingat je lah.

Bukan motor aku tu: sumber google jer


Aku pon cakap kat kawan-kawan aku mungkin bukan rezki aku. Tapi Fitri cakap, "itu bukan takde rezki tapi tuhan nak bagi rezki". Blur kejap aku,

Fitri terang. "kan Tuhan nak bagi rezki sihat kat ko tu, yela Dia tak bagi ko yang bawak jatuh,kalau ko yang bawak jatuh belum tentu ko tau teruk ke tak kan? Jadi dia bagi rezki kat ko la tu. Rezki sihat"

Betul juga kata si Fitri tu. Kalau aku bawak mana tau teruk ke,sampai koma ke apa.

At least orang lain yang bawak orang tu yang ganti kerosakan dia. Macam kes aku dulu la tu.


10 June 2013

Ajaib Rezeki Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Jumaat lepas dengan semangatnya aku mengira hasil pendapatkan menjual makanan sejukbeku, air zam zam serta beberapa makanan ringan lain di Mega Sale anjuran Kelab Kebajikan Bahagian Teknologi Maklumat tempat aku berkerja. 



Semuanya RM400, Alhamdulillah..malam tu selepas balik dari makan malam dengan rakan serumah aku terus ke Maybank Bangi untuk masukkan duit tersebut ke dalam akaun semasa ku. Agak panjang barisan menunggu oleh kerana hanya satu sahaja mesin deposit wang yang berfungsi.



bukan aku dalam gambar : google



Di pintu bank berdiri seorang kanak-kanak perempuan, yang hanya memberi salam kepada setiap orang yang masuk kedalam bank. Macam biasa tujuannya adalah untuk menjual ubat dan meminta derma.



Aku masuk salam diberi salam oleh kanak-kanak tersebut, sambil menjawab salam aku terus masuk tanpa mempedulikan beliau.



Sambil berbaris panjang aku memerhatikan gelagat setiap orang yang keluar masuk dari bank, sambil disapa oleh kanak-kanak meminta derma tersebut.



Dalam hati aku kesian melihat beliau, jadi sementara menunggu giliran aku siapkan lima ringgit dan aku asingkan ke poket lain untuk didermakan kepada adik itu tadi.



Sampai tiba giliran aku, aku kembali mengira duit yang ingin di masukkan. cukup RM400. aku pun memasukkan duit tersebut, mesin deposit pun memulakan kerja. Tiba-tiba duit aku ditolak RM50, mungkin sebab keadaan duit berkenaan yang agak lama. Jadi aku pun masukkan kembali, ia kembali memulangkan aku duit itu. Oleh kerana barisan dibelakangku amat panjang aku pon ambil duit tersebut dan keluar, sambil menghulurkan RM5 kepada adik yang meminta derma tadi.



Sampai dirumah aku terus periksa Maybank2u untuk melihat baki, Subhannallah sepatutnya aku masukkan tadi hanya RM350 kerana duit RM50 ku tak diterima tetapi ternyata akaunku menunjukkan aku baru sahaja mendepositkan RM400.



08 June 2013

Plan 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

1. Daftar final projek BITE
2. Financial Plan restructure
3. Akaun Semasa
4. SE studio



Video Perkahwinan Hairul & Ainie

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Baru-baru ni aku sempat siapkan video perkahwinan sahabatku Hairul dan isteri Ainie.

Walaupun mengambil masa yang agak lama, kerana memikirkan idea-idea dan juga perisian apa yang akan digunakan.

Alhamdulillah akhirnya aku memilih untuk menggunakan 2 perisian Adobe iaitu Premiere dan After effects.

Saksikan lah video yang telah siap untuk tatapan.