Salam wbt.
Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, selamat sampai jua aku di kampung halaman aku. Penat dan lelah menunggang motosikal kesayangan aku tak terasa pun apabila telah aku peluk dan cium wajah-wajah insan yang aku sayang.
Perjalanan yang memakan masa 3 jam setengah sedikit pun tak buat aku merasa bebannya, baru 2 jam sampai tiba-tiba suara mak berkata jom kita balik rumah nenek, pergi rumah Eyah(adik ke-4 aku yang sudah berumah tangga). Semakin bersemangat aku dibuatnya, lagi-lagi mahu berjumpa dengan satu-satunya anak buah aku, anis.
Mesti anis sudah pandai bercakap, dengan gaya dan telatahnya sendiri.
No comments:
Post a Comment