Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT,
Semalam jumpa sahabat baik ku Suhaimi, nak cerita pasal Suhaimi ni, kami jumpa dalam situasi yang agak pelik iaitu di RHB Bank semasa nak bayar yuran semester 5 ketika menuntut di Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
ketika majlis perkahwinan Mie |
Dari situ lah bermula persahabatan aku dengan Mie ni, walaupun bukan dari kelas yang sama, dan jarang berhubung ketika di Poli dulu. Tapi banyak permasalahan dapat kami atasi bersama. Lagi-lagi Mie lah yang tolong aku.
Lepas jer Poli kami tak terus balik kampung, kami masih berkelana di Perak bekerja dengan syarikat kecil milik bumiputra dimana kami diberi gaji yang tak setaraf dengan kerja yang kami buat. Tapi oleh kerana inginkan pengalaman kerja kami tempuhi jua dugaan menginap di penjabat sepanjang bekerja dengan syarikat tersebut. Banyak suka-duka kami tempuhi bersama.
Tapi setiap manusia diberi fitrah untuk bersama dengan orang tersayang. Mie Berkahwin dahulu dan aku lah orang berada disetiap ketika waktu merisik, bertunang dan hari pernikahan Mie.
pernikahan Mie |
Dan hari-hari sebagai sahabat diambil alih oleh tanggungjawab sebagai suami. Tinggal aku pula yang mencari ketika ini dan sendiri.
Tapi Mie tetap Mie yang dulu, tetap teruja bila cerita tentang multimedia. Maklumla pakar Flash. Tetap Mie yang boleh buat lawak dan bagi nasihat agama dalam waktu yang sama.
Kami selalu bercerita tentang gadis idaman kami, walaupun kami ni tak sebaik mana tapi selalu jer mendambakan gadis yang solehah sebagai peneman hidup. Mie dah pon dapat apa yang diimpikan.
Sebagai sahabat setiap kali jumpa ada jer calon yang nak dikenalkan dengan ku. Tapi pesanan yang selalu keluar dari mulutnya, "Ikhtikaroh Jan..biar hati ko tenang Jan, biar Dia yang tentukan". Malu aku bila dapat nasihat. Sebab jarang buat...Maklum lah, bila diri terasa susah hati baru nak ingat tuhan, minta pada Dia. Bila senang jarang-jarang jer.
p/s: terima kasih Mie sebab selalu jer beri aku nasihat..buat aku yakin pada ketentuan Nya