21 March 2014

Romantiknya Seorang Ahli Tajwid Dengan Isterinya

Romantiknya Seorang Ahli Tajwid Dengan Isterinya.




Isteriku, saat pertama kali berjumpa denganmu, aku bagaikan berjumpa dengan Saktah hanya bisa terpana dengan menahan nafas sebentar.

Aku di matamu mungkin bagaikan Nun Mati di antara idgham Billaghunnah, terlihat, tapi dianggap tak ada.

Aku ungkapkan maksud dan tujuan perasaanku seperti Idzhar, jelas dan terang.

Jika Mim Mati bertemu Ba disebut ikhfa Syafawi, maka jika aku bertemu dirimu, itu disebut cinta.

Sejenak pandangan kita bertemu, lalu tiba-tiba semua itu seperti Idgham Mutamaatsilain melebur jadi satu.

Cintaku padamu seperti Mad Lazim ...Paling panjang di antara yang lainnya...

Setelah kau terima cintaku, hatiku rasanya seperti Qalqalah Kubro..terpantul-pantul dengan keras.

Dan akhirnya setelah lama kita bersama, cinta kita seperti Iqlab,ditandai dengan dua hati yang menyatu.

Sayangku padamu seperti Mad Thobi'i dalam quran.Baanyaaakkk....!!

Semoga dalam hubungan kita ini seperti idgham Bilaghunnah, cuma berdua, Lam dan Ro' .

Layaknya seperti Waqaf Mu'annaqah, hanya boleh berhenti di salahsatunya, kau atau aku?

Meskipun perhatianku terlihat sembunyi seperti Lam Syamsiah, cintaku padamu seperti Alif Lam Qomariah, terbaca jelas.

Isteriku, kau dan aku seperti Idghom Mutajanisain. Perjumpaan 2 huruf yang sama makhrajnya tapi berlainan sifatnya.

Aku harap cinta kita seperti Waqaf Lazim, terhenti sempurna di akhir hayat.

Sama halnya dgn Mad 'Aridh di mana tiap mad bertemu Lin Sukun Aridh akan berhenti, seperti itulah pandanganku ketika melihatmu.

Layaknya huruf Tafkhim, namamu pun bercetak tebal di fikiranku. 

Seperti Hukum Imalah yg dikhususkan untuk Ro' saja, begitu juga aku yang hanya untukmu.

Semoga aku jadi yang terakhir untuk kamu seperti Mad Aridlisukun.

p/s : aku ni baru je nak belajar tajwid.

19 March 2014

Bangga menjadi seorang Muslim?

سلام عليكم ورحمة الله وبركاته &  Salam Sejahtera,

 Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad salallahualaihi wassalam 
 ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ). 


Satu ketika aku mendengar ceramah di surau Al Hijrah. Ustaz yang mengajar bertanyakan kepada jemaah surau. "Kalau tuan-tuan semua didatangi seorang non-muslim bertanya kenapa tuan-tuan bangga menjadi seorang muslim, apa yang akan tuan-tuan jawab?".

Ustaz terus bertanya kepada jemaah seorang demi seorang..sambil menunjuk-tunjuk kepada siapa ditanyanya. "tuan haji apa tuan nak jawab". terkebil-kebil haji tersebut nak jawab. "Ha! Imam, apa imam nak jawab?". Imam terus jawab "kita ada Deen".  Ustaz jawab "itu jawaban yang betul" tapi itu tak tepat."Siapa lagi yang nak jawab" Ustaz bertanya.

Semua tunduk, termasuk aku. 

Ustaz dengan nada yang lebih tinggi berkata "itulah kita, kita terlampau syok sendiri dengan status kita sebagai islam, tapi bila ditanya oleh non-muslim, Why are you proud to be a Muslim? kita terkebil-kebil nak jawab".

Ustaz meneruskan cerita. "saya pernah bertanyakan soalan yang sama di Seri Kembangan tempat saya mengajar". "Ada seorang lelaki yang dengan nada tegas menjawab". 

"Ustaz saya bangga menjadi seorang Muslim kerana saya ada Allah, saya Rasul, dan saya ada Syariat." Ustaz bercerita lepas daripada jawapan yang diberikan, ustaz terus berkata kepada lelaki tersebut itu adalah jawapan yang paling tepat pernah saya dengar.




 Ustaz terus menerangkan kepada jawapan itu tepat. "Betul tu! kita bangga sebagai seorang Muslim kerana kita ada Allah, dan tidak seperti agama lain Allah tidak biarkan kita menganut agama Islam tanpa bimbingan, oleh kerana itu Allah utuskan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW dengan syariat iaitu panduan untuk kita mengamalkan ajaran Islam."

Ustaz berkata selepas mendengar penerangannya itu, terus lelaki tersebut menangis.



 - ejanrajak -