19 March 2014

Bangga menjadi seorang Muslim?

سلام عليكم ورحمة الله وبركاته &  Salam Sejahtera,

 Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad salallahualaihi wassalam 
 ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ). 


Satu ketika aku mendengar ceramah di surau Al Hijrah. Ustaz yang mengajar bertanyakan kepada jemaah surau. "Kalau tuan-tuan semua didatangi seorang non-muslim bertanya kenapa tuan-tuan bangga menjadi seorang muslim, apa yang akan tuan-tuan jawab?".

Ustaz terus bertanya kepada jemaah seorang demi seorang..sambil menunjuk-tunjuk kepada siapa ditanyanya. "tuan haji apa tuan nak jawab". terkebil-kebil haji tersebut nak jawab. "Ha! Imam, apa imam nak jawab?". Imam terus jawab "kita ada Deen".  Ustaz jawab "itu jawaban yang betul" tapi itu tak tepat."Siapa lagi yang nak jawab" Ustaz bertanya.

Semua tunduk, termasuk aku. 

Ustaz dengan nada yang lebih tinggi berkata "itulah kita, kita terlampau syok sendiri dengan status kita sebagai islam, tapi bila ditanya oleh non-muslim, Why are you proud to be a Muslim? kita terkebil-kebil nak jawab".

Ustaz meneruskan cerita. "saya pernah bertanyakan soalan yang sama di Seri Kembangan tempat saya mengajar". "Ada seorang lelaki yang dengan nada tegas menjawab". 

"Ustaz saya bangga menjadi seorang Muslim kerana saya ada Allah, saya Rasul, dan saya ada Syariat." Ustaz bercerita lepas daripada jawapan yang diberikan, ustaz terus berkata kepada lelaki tersebut itu adalah jawapan yang paling tepat pernah saya dengar.




 Ustaz terus menerangkan kepada jawapan itu tepat. "Betul tu! kita bangga sebagai seorang Muslim kerana kita ada Allah, dan tidak seperti agama lain Allah tidak biarkan kita menganut agama Islam tanpa bimbingan, oleh kerana itu Allah utuskan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW dengan syariat iaitu panduan untuk kita mengamalkan ajaran Islam."

Ustaz berkata selepas mendengar penerangannya itu, terus lelaki tersebut menangis.



 - ejanrajak -

No comments: