سلام عليكم ورحمة الله وبركاته & Salam Sejahtera,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad salallahualaihi wassalam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ).
Selamat datang 2015.
Rasa macam sekejap jer dah berlalu setahun. Dulu bujang sekarang dah kahwin. Selamat datang juga kepada isteriku Roshamida binti Abdul Latif dalam hidup aku.
Aku, Isteri dan 2 orang anak buah, Alya dan Shakir di Masjid Putra Putrajaya 2014 |
Hari ini adalah hari pertama dalam tahun 2015. Tahun 2014 dilalui dengan pelbagai pengalaman baru dan dugaan. Tetapi hidup perlu diteruskan.
Perkara pertama yang akan ditanya adalah apakah azam 2015. Dari pengalaman aku dari tahun-tahun lepas aku buat target untuk azam-azam setiap tahun, kebiasaan aku akan tuliskan dalam 1 kertas dan tampal di dinding bilik. Azam kita kebiasaannya akan jadi tak masuk akal bagi orang lain, ia akan jadi bahan jenaka bagi mereka.
Mereka tidak akan faham apa yang kita inginkan, ataupun mereka mungkin rasa cemburu dengan apa yang kita target untuk kita capai, jadi pedulikan mereka kerana jika kita dengar kata-kata mereka maknanya mereka berjaya menarik kita jatuh bersamanya.
Dari dulu aku buat target tanpa ada panduan yang tersusun hanya bekalan ilmu dari membaca buku Imaginasi Cemerlang oleh Dr HM Tuah Iskandar yang aku pinjam dari abang aku.
Alhamdulillah dari 10 target yang aku senaraikan, 2 daripadanya aku dapat capai.
Untuk makluman semua otak kita terbahagi kepada 2 iaitu Minda Sedar dan Minda Separa Sedar. Minda Sedar adalah adalah kita diwaktu kita sedar dimana keputusan yang kita lakukan adalah berdasarkan apa yang kita mahukan diwaktu kita sedar.
Minda Separa Sedar kita memerlukan kita, untuk yakinkan ia, supaya ia boleh berkerja dalam kita tidak sedar. Perkara ini boleh dilakukan dengan selalu bercakap dalam hati apa yang kita ingin dan bayangkan ia dengan penuh emosi. Jika kita inginkan kebahagian bayangkan kebahagian, jika kita inginkan rumah besar, bayangkan kita berada didalam rumah besar. Ia perlu diseiringkan dengan emosi yang jelas.
Masalah kita sebagai manusia biasa kita tidak mampu untuk membayangkan perkara yang kita ingin itu selalu kerana ia diganggu oleh memori-memori lama yang sedih, juga memori baru menggangu emosi.
Apa yang boleh kita lakukan adalah menyediakan Vision Board (Papan Wawasan). Vision Board adalah satu papan yang anda sediakan dengan melekatkan gambar-gambar apa yang betul-betul anda inginkan, seperti rumah besar, kereta mewah, percutian impian, keluarga bahagia. Malah wanita impian kita pon kita boleh letakkan.
Contoh Vision Board |
Otak anda akan bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk mencapai penyata anda memberikan minda bawah sedar anda. Dan apabila pernyataan adalah ikrar dan imej matlamat anda, anda ditakdirkan untuk mencapainya!
Mewujudkan papan visi mungkin salah satu alat visualisasi yang paling berharga disediakan untuk anda. Ini alat yang berkuasa berfungsi sebagai imej anda di masa hadapan - perwakilan ketara di mana anda akan. Ia mewakili impian anda, matlamat anda, dan kehidupan ideal anda.
Kerana fikiran anda bertindak balas dengan kuat untuk visual rangsangan-oleh yang mewakili matlamat anda dengan gambar dan imej-anda sebenarnya akan mengukuhkan dan merangsang emosi anda ... dan emosi anda adalah tenaga getaran yang mengaktifkan Hukum Tarikan. Yang berkata "Sekeping gambar bernilai seribu kata-kata," pasti berlaku di sini.
Jika anda telah ditakrifkan impian anda, sudah tiba masanya untuk menggambarkan mereka secara visual.
Mari kita Visualkan apa yang kita Impikan Tahun 2015 ini.
P/s: Selamat mencuba
0196199141
www.tune-talk.biz
- ejanrajak -
No comments:
Post a Comment