18 January 2010

Jodoh oh Jodoh 2



Salam wbt...

Jodoh oh jodoh

Entri kedua aku untuk tahun 2010, aku cuba untuk menulis dengan lebih kerap kalau ada peluang dan masa terluang. kebiasaan aku menulis bila ada sesuatu bermain dalam fikiran yang tak dapat aku hilangkan. Berkenaan dengan tajuk di atas sana tu, Ye betul!! Jodoh oh jodoh..

Setelah beberapa ketika aku berfikir tentang perkara jodoh yang selalu bermain dalam fikiran aku, dan ada cubaan dari aku untuk memikat sahabat aku sendiri yang nyata tak berjaya (rasa malu sungguh!!). Eh tapi dari ketidak berjayaan itu aku dapat sesuatu yang dari segi pemahaman tentang jodoh dari sahabat aku itu. Sebagai remaja yang meningkat dewasa (rasanya sudah dewasa dalam usia 26... hehe) aku perlukan rujukan yang santai, kebiasaannya orang mengandaikan perkara tentang tuntutan agama dianggap berat, dan diambil dari perspektif atau pendapat masyarakat dari kalangan aku iaitu remaja, aku fikir ia sangat membebankan. Justeru ia perlu diubah dari segi penyampaiannya agar memenuhi cita rasa remaja seperti aku.



Ketika Cinta Bertasbih

Ye Pada siapa yang sudah membaca novel atau menonton filem Ketika Cinta Bertasbih, aku rasa akan dapat mengerti akan perihal jodoh yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Aku sendiri sangat tersentuh dengan kisah cinta yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy.
Macam best jer? bacala lagi....
Post a Comment