20 February 2010

Idea Mustahil ke??

Assalamualaikum WBT..
Minggu lepas adalah minggu perayaan bagi kaum cina, yang menyambut tahun baru cina. Oleh kerana cuti isnin dan selasa, aku sendiri tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung yang aku rasa sudah 2 bulan aku tidak pulang selepas aku melaporkan diri di jabatan baru mengantikan kerja lama aku sebelum ini. Pada pengamatan aku sendiri tiada bezanya bekerja di 2 jabatan yang berlainan dengan 2 jawatan yang berlainan, setelah yang lama aku tinggalkan. Maksud aku bukan pada tugas, kalau dari segi tugas sudah tentu disini memerlukan aku membuat keputusan yang kritikal untuk setiap kes yang berlaku.
Apa yang hendak aku maksudkan di sini adalah dari segi dalam diri ini seolah-olah ada sesuatu yang aku cari, belum aku temui, jangan salah anggap aku bukan mahu membincangkan soal jodoh, jodoh
adalah dalam satu slot lain dalam fikiran aku (itu kita cerita dalam entri lain ok). Apa yang aku fikirkan adalah apa yang telah buat untuk diri aku, keluarga, dan masyarakat terutama masyarakat kampungku (Felda Layang-layang untuk lebih spesifik), aku seperti tersepit di antara semua tokoh yang menulis setiap buku motivasi yang pernah aku baca, mereka semua punyai satu perkara yang sama iaitu mereka berbakti pada diri, keluarga dan masyarakat yang ada disekeliling mereka.
Mula la diskusi ku bersama abang ku sendiri (Aril @ Mohamad Sahril). Setiap kali kami bertemu ada sahaja perkara yang kami bincangkan, selalunya berkisar tentang motivasi. Tetapi kami berdua sendiri belum mencapai seperti tokoh yang kami puja selama ini (Dr HM Tuah Iskandar). Cita-cita kami sama untuk sepertinya, walaupun kami tidak pernah berkongsi cerita untuk jadi seperti Dr Tuah. Tetapi firasat aku seakan-akan tahu itulah citi-cita dan impiannya(Sama seperti aku). Seperti blogger yang lain tiada tempat yang selamat untuk berkongsi impian dan cerita tentang cita-cita yang kadang-kadang hanya kita sahaja yang faham(seolah-olah sebuah benda yang terprogram dalam otak) yang tidak mungkin sama apa yang difikirkan oleh orang lain (oh blogku terima kasih). Seolah-olah blog menjadi tempat aku mezahirkan DOA pada Allah yang acap kali aku pinta, agar selalu tetap akan aku rungkai kembali suatu masa akan datang Insyaallah.

Projek Aku dan Abang

Apa yang kami bincangkan semuanya berkait dengan sesuatu yang boleh membuktikan bahawa kami boleh menjadi seperti tokoh idola kami. Boleh memberi manfaat pada diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling kami. Kami ingin menjadi USAHAWAN..tetapi ia memberi manfaat pada masyarakat, dengan itu timbulah idea untuk mewujudkan sebuah perniagaan berdasarkan konsep komuniti, infomasi dan perkhidmatan kepada masyarakat, terutama kepada golongan belia. Bak kata pepatah "Hidup untuk memberi Sebanyak-banyaknya" .

Insyaallah setiap perjalanan projek ini akan aku catat setiap pembangunanya.
Semoga mendapat redha Allah.



Post a Comment