Mula-mula dengar semasa dengar Carta nasyid di IKIM.FM, masa aku on the way ke kelas di Seremban, perjalanan dari putrajaya mengambil masa lebih kurang 1 jam, oleh itu aku pasang radio melalui telefon bimbit, sambil menunggang motorsikal.
Dalam carta lagu ni Juara, tapi oleh sebab arrangement lagu yang agak unik, aku tak dapat dengar dengan jelas liriknya sambil menunggang, bila aku amati selepas tue, memang touching sungguh, menitis air mata.
Mengisahkan bagaimana perasaan ibubapa melepaskan tanggungjawab mereka keatas puteri mereka, dengan harapan bakal suami puteri mereka dapat mendidiknya dengan baik.
Lirik Saat Lafaz Sakinah – Far East
Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
No comments:
Post a Comment