18 August 2011

Teman waktu ku tiada daya lagi nanti

Assalamualaikum.



Salam Ramadhan Al-Mubarak. Kebiasaan bagi di waktu bulan puasa aku akan berbuka di masjid-masjid berdekatan dengan pejabat. Bukan kata aku kedekut nak berbelanja, tapi aku rasakan lebih mudah dan terasa ibadah puasa dekatkan aku dengan penciptaku.

Loan Ranger

Hari tu, tak seperti kebiasaan aku akan ajak Kerol atau Shai untuk teman aku berbuka di masjid Sultan Mizan atau lebih mesra masjid besi. Aku sendirian, terasa sunyi walaupun ramai orang bersesak mengambil makanan. Sunyi sebab tak ada sebarang perkara untuk diborakkan dengan orang yang aku tak kenali. Petanda baik untuk aku, kerana dalam suasana itu aku akan lebih mengingati pemilik rumah ini; Allah SWT. didalam hati.



Pak cik Wheelcha.

Sudah beberapa malam sejak aku berbuka dan solat terawih disini, akan aku terlihat pak cik berkerusi roda, mungkin datang bersama keluarganya. Beliau akan solat di hujung shaff, untuk beri laluan kepada jemaah lain sebelum beliau mengambil tempat solat dalam shaf diatas kerusi rodanya. Ditakdirkan malam itu aku hampir disebelah beliau. Selesai solat Maghrib kami bersolat sunat Ba'adiah, kelihatan ramai jemaah yang selesai solat terus masuk barisan untuk mengambil makanan yang lebih berat untuk menambah kurma dan kuih masa waktu berbuka tadi. Kelihatan pak cik tersebut keseorangan sambil cuba mengerakkan kerusi rodanya.

Teman waktu ku tiada daya lagi nanti

Belum sempat kerusi roda itu bergerak aku terus menolaknya, pak cik itu terkejut dan terus mengucapkan terima kasih berkali pada aku. Sambil menolak aku cuba mulakan perbualan, "Pak cik datang dengan siapa?" belum sempat pak cik itu menjawab, kelihatkan seorang wanita berjubah hitam, perlahan datang kepada kami. Sambil berkata "Terima kasih banyak-banyak yea dik" ucapan tersebut diulang-ulang.
Sepanjang waktu aku berbaris mengambil makanan aku terfikir suatu hari nanti bila aku tiada daya untuk bergerak adakah isteriku disampingku kelak.

Doaku

Semoga Allah mengurniakan isteri yang solehah untukku Insyaallah. Setia bersama walaupun apa jua dugaan dan rintangan yang aku hadapi kelak.
Post a Comment