26 April 2012

Gambar Anis dengan Adiknya

Assalamualaikum WBT,

Tadi aku baru terima MMS dari adik aku. Baru pertama kali tengok Anis dengan adikknya bergambar bersama kira tak gaduh la nanti.

Gambar Asraff

Anis dengan Asraff

20 April 2012

Gambar Anak Buah Baru

Assalamualaikum WBT,

Dapat berita dari adik ipar aku, yang adik aku selamat lahirkan bayi lelaki. Anak buah ke-2 aku, di beri nama Muhammad Aqil Asraff bin Mohd Azmi. Setakat ni tak dapat balik kampung lagi memandangkan Isnin depan aku ada final paper Interactive Media.

Tapi apa-apa pun nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada adik aku Kamariah, sebab MMS kan gambar-gambar Asraff ni..Hari ni masuk hari ke-10..geram tengok pipi tembam betul, mesti Anis jeolus lepas ni.

Asraff 2 hari

Asraff 10 hari sebelum cukur

Asraff selepas cukur
p/s: exited betul nak balik kampung...

15 April 2012

Bancuh Baja AB


Assalamualaikum WBT,

Semalam baja AB, iaitu baja fertigasi habis. Jadi hari ni dalam keadaan aku yang kurang sihat kene jugalah paksakan diri untuk bancuh baja AB yang aku beli hujung minggu lepas. Untuk pengetahuan baja AB adalah 2 baja yang berbeza iaitu A dan B. Dimana ia dicampurkan dengan air untuk tujuan pembajaan.

Aku beli kedua-duanya dengan harga RM25, dimana setiap satunya perlu dibancuh dengan 10 liter air, ikuti macam mana aku bancuh baja ni jom:


Ini adalah baja A dan B:



 Oleh kerana aku tak ada penyukat untuk menentukan air sebanyak 10 liter tu, jadi aku gunakan botol susu yang isiannya 2 liter. Jadi aku perlu masukkan 5 botol air mengunakan botol ni. Betul la kan 2 kali 5 sama dengan 10 liter.

botol susu 2 liter

air 10 liter
Oleh kerana baja B aku da siap bancuh tapi tak amek gambar. Yang ni adalah baja A sebelum dibancuh

rupa baja A

masukkan sekali pek kecil didalamnya
dah masukkan pastu bancuh

ni rupa baja A yang siap dibancuh

inilah baja yang siap untuk digunakan

 P/s: sekarang ni hujan turun lebat siap angin kencang lagi, harap-harap pokok selamat.




13 April 2012

Perkembangan Semasa

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah pada 11 April 2012,  Rabu,  pada pukul 8.45 malam adik ke-4 ku, Kamariah telah selamat melahirkan bayi lelaki iaitu anak ke-2 beliau, merangkap anak buahku yang ke-2. Muhammad Aqil Asraff bin Mohd Azmi itulah nama yang telah diberikan.

Muhammad Aqil Asraff
Sementara tu, pokok kacang yang aku tanam dekat rumah sewa ni juga telah menampakkan hasilnya, walaupun tak banyak tapi teruja tengok, teruja juga bila tengok pokok-pokok tomato yang aku tanam secara fertigasi dah membesar dengan subur. Tak sabar rasanya nak tengok ia berbuah.

Gambar ni diambil Pada 9 April 2012:








Gambar ni pula ditangkap pada 12 April 2012:



Gambar terbaru baru pagi tadi (13 April 2012):






p/s: Alhamdulillah dapat rasa kacang yang aku tanam sendiri, walaupun 1 jer huhuhu..

02 April 2012

Hujan!!

Assalamualaikum WBT,

Hari ni adalah hari kedua sistem fertigasi aku berjalan, subuh tadi dalam pukul 5 aku terjaga dan dengar hujan sangat lebat kat luar, teringat pokok tomato yang aku tanam. Apa jadi?? tunggu aku upload gambar-gambarnya.

Gambar pagi esok:




p/s: rasanya tak ada masalah kalau kene hujan pon...

01 April 2012

Siap!!

Assalamualaikum WBT,

Akhirnya siap juga sistem fertigasi, cadangan nak tanam pokok cili, tapi lambat sangat tumbuh jadi aku tanam jer pokok tomato. Terima kasih kepada Shai sebab tolong aku angkat atap genting dan tolong amek gambar.

Layan sikit gambar sistem yang secara rasmi beroperasi hari ni :

medium tanaman iaitu sabut kelapa

atap genting gantikan bata

timer siap pasang

masukkan sabut kelapa ke dalam polybeg

lakaran sistem

tinggal letak jer

polybeg kurang 1 

bungkus plug

dripper sudah masuk

tadaaa...siap
oleh kerana sabut kelapa ni tak boleh kene air, jadi apa yang aku perlu buat adalah buatkan bumbung..hurmm agak mencabar sikit. Kita lihat akan terjadi nanti.

p/s: hari pertama apa akan berlaku esok? adakah aku berjaya..tunggu