13 April 2012

Perkembangan Semasa

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah pada 11 April 2012,  Rabu,  pada pukul 8.45 malam adik ke-4 ku, Kamariah telah selamat melahirkan bayi lelaki iaitu anak ke-2 beliau, merangkap anak buahku yang ke-2. Muhammad Aqil Asraff bin Mohd Azmi itulah nama yang telah diberikan.

Muhammad Aqil Asraff
Sementara tu, pokok kacang yang aku tanam dekat rumah sewa ni juga telah menampakkan hasilnya, walaupun tak banyak tapi teruja tengok, teruja juga bila tengok pokok-pokok tomato yang aku tanam secara fertigasi dah membesar dengan subur. Tak sabar rasanya nak tengok ia berbuah.

Gambar ni diambil Pada 9 April 2012:








Gambar ni pula ditangkap pada 12 April 2012:



Gambar terbaru baru pagi tadi (13 April 2012):






p/s: Alhamdulillah dapat rasa kacang yang aku tanam sendiri, walaupun 1 jer huhuhu..

No comments: