01 April 2012

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum WBT,

Dalam post sebelum ni aku ada cerita tentang perkataan "ada aku kesah" atau "i don't give a damn", sebenarnya tak boleh nak di samakan dengan ayat yang aku bagi tu. Rasa salah pula, perkataan kat atas ni adalah untuk orang yang tak bertanggungjawab jadi aku taknak lah jadi orang yang tak bertanggungjawab..jadi aku nak ubah.."i care about everything". 

Jadi lepas ni aku kalau aku tegur orang, itu maknanya aku ambil berat dan aku betul-betul "give a damn". Kau salah dah tentu kau salah, kalau aku tau kau salah akan aku tegur, sebab aku peduli sama kau. Wahh..apa aku mengarut ni..sebenarnya nak kaitkan dengan hubungan dengan kawan-kawan ni, kadang-kadang gajah depan mata tak nampak, kutu babi kat pulau pinang nampak pulak..tapi kalau aku salah apa salahnya tegur elok-elok ye tak?

Kalau kita baik, alim atau kaya, tak guna jika tak boleh nak bagi kebaikkan dan kekayaan kita pada orang lain, takkan kita jer nak masuk syurga, boleh ke masuk? esok kat akhirat mereka akan tanya, ejan tak pernah pon ajak aku pergi solat. Mula dari harini mari kita berubah bersama untuk kebaikkan bersama.

Ok kita skip la topik entri lepas, aku nak citer apa aku buat hujung minggu ni. macam biasa proses DIY sistem pertanian fertigasi aku masih berjalan, dan semalam aku baru set-up dengan tak sabarnya aku dah cuba pasangkan pam dan setkan timer. Semua berjalan lancar, cuma belum ikut masa yang perlu diikuti iaitu 5 kali sehari untuk pembajaan (timer hidup untuk hidupkan pam untuk hantar baja pada pokok).

Jadi layan sikit gambar-gambar yang sempat aku tangkap:






lakaran sistem fertigasi


oleh kerana anak pokok cili yang semai masih belum bercambah lagi aku cadang nak letakkan anak pokok tomato yang besar tu. Sementara pokok kacang dah semakin besar dan menjalar, jadi layan sikit gambar pagi tadi :






cukuplah asyik cerita kebun jer, mai citer pasal motor pulak, masa dalam perjalanan balik dari GDEX Kajang amek jacket baru. Aku singgah jap seksyen 15 Bangi, apa lagi kedai motor la, rancangannya nak keruk seat motor, kenapa? sebab motor belang ni seat standard sangatlah tirus kedepan, jadi bila bawak lama, kebas punggung. 

Sementara keruk seat tu, aku pon usha kat lemari kaca kedai tu, fuhh macam-macam eksesori Racing Boy. Cadang pasang tensioner rantai, tanya tokei dia cakap RM80, aku tanya yang cikai punya ada. Dia bagitau RM50, Jadi pasanglah tensioner rantai yang cikai..fungsi sama jer pon..pakai RB mau kene rembat..layan sikit gambar:

keruk seat RM15

tensioner rantai emas

jeket alpinestar
p/s: nak tegur boleh, jangan perli-perli sudah...
Post a Comment