Assalamualaikum WBT,
Salam Ramadhan, malam ke-16 hari ni, Witir dah mula disertakan dengan Qunut...
fikiran aku selalu tergiang-giang tentang masa depan, apa perlu aku ada untuk masa depan. Sekarang ni aku tengah merancang untuk cari kereta sendiri. Asalkan ada bumbung dan takde beban hutang, maklum aje hutang dah melambak.
Walaupun takde sesiapa yang aku nak sunting jadikan calon, tapi persediaan mesti aku buat. Yela mak bapak mana yang nak bagi anak dorang kawen aku yang hanya naik jer motor ni. Bukan nak merendah diri tapi realiti sekarang, sekurang-kurangnya ada kenderaan, yela nanti bini sakit nak bersalin takkan la nak bawak naik motor pulak.
Itulah solat terawikh pon tak khusyuk, bila fikir tentang perkara ni. Orang selalu cakap "orang berfikir tentang umat, ko fikir tentang perkara remeh temeh jer". tapi perkara remeh temeh ni lah nak membentuk umat, betul tak?!
Setakat ni aku dah cuba survey dan tanya kawan yang arif tentang kereta bajet ni. Maksud kereta bajet ni kereta 2nd hand yang tahan, boleh jalan jauh dan berkualiti. Setakat ni dorang prefer aku amek kereta import sebab kebiasaan kereta import ni enjin bagus dan tahan dari segi body dan ruang dalaman die.
2 pilihan adalah Nissan Sentra B14 dengan Peugeot 406 kedua-duanya dalam lingkungan harga 10k hingga 15k, dari pengalaman kawan aku yang pernah pakai kedua-dua kereta ni, 2-2 ade pros and cons.
Ada membe cakap Nissan Sentra B14 ni untuk orang tua, tapi takpelah asalkan bebaloi-baloi...
NISSAN SENTRA B14 |
PEUGEOT 406 |
P/S: Allah tak bagi apa yang kita mahukan tapi Allah berikan apa yang kita perlu.
No comments:
Post a Comment