08 August 2012

BERHADAPAN DENGAN JIN!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Pada 2 Ogos bersamaan 13 Ramadhan, pagi tu di pejabat aku dapat panggilan telefon dari abang ipar aku. Dengan nada cemas berkata "ijan, kakaknya ada sakit ijan tak tau ea?..kenapa tak bagitau abang?". Aku tegamam sekejap dan berfikir "sakit apa pulak?". Abang ipar aku pon terangkan bahawa kakak aku berkelakuan pelik. 

Rupa-rupanya sakit lamanya datang kembali, ikutkan kakakku memang pernah mengidap penyakit pelik atau dari bahasa biasanya "kene sihir". Dari dulu memang macam tu hingga tak boleh pergi kerja, sampaikan terpaksa putus tunang.

Tapi! kali ni berbeza kerana, dia seakan-akan dirasuk oleh mahluk halus dalam erti kata lain JIN. Abang ipar  bercerita, "kakak ko ni bila buat kerja, penat jer nanti pengsan lepas 3 minit macam tu sedar tapi dengan perangai lain, bila dibacakan ayat Al-Quran dia marah-marah dan meracau-racau. Sampaikan nak mengigit bila di pegang". 

Aku terus telefon abah "abah, abah ada bagitau Yus tak tentang sakit Iza yang lama tu?". Jawapan abah selamba jer. "Sebelum ni abah dah cerita".

Berbalik pada pagi tu. "Ijan malam boleh datang??" abang ipar aku berkata dengan nada cemas. Aku tanyakan kenapa, dia bagitau malam tu aku diperlukan untuk pegang kakakku semasa berubat nanti oleh Ustaz Hadi Talha.

Ustaz Hadi 
Petang itu aku buat keputusan untuk terus ke Klang dari pejabat, memandangkan tak berapa tahu jalan dekat area tu dan takut terlepas waktu buka pula, mana tau kalau sesat jalan nanti.

Malam tu aku berbuka di rumah abang iparku, sementara menunggu jam 10, aku solat terawikh di surau taman. Jam dinding surau aku jeling, jam dah dekat pukul 10, aku terpaksa tamatkan terawikh dengan 8 raakat sementara Saf hanya tinggal 1 jer itu pun tak berapa nak penuh untuk teruskan hingga ke rakaat ke 20.

Sampai jer dirumah abang ipar dan kakakku dah bersiap, kami terus bergerak ke rumah akak Mariam dan suaminya. Suami kak Mariam ni kawan rapat dengan Ustaz Hadi. Dengan kereta Kak Mariam kami bergerak ke Masjid Lapangan terbang Subang. 

Sampai di sana kami lihat ada beberapa orang telah tiba dahulu untuk dapatkan rawatan yang sama. Sementara tunggu Ustaz sempat kami berkenal-kenalan.

Ustaz tiba, terus mengajak pesakit-pesakit untuk untuk duduk berlunjur kaki menghadap kiblat di koridor masjid, sambil menyuruh ahli keluarga dan rakan pesakit meletakkan botol-botol air masak dihadapan bersama limau purut 23 biji semuanya.

Sebelum memulakan rawatan Ustaz sempat menemurah setiap ahli keluarga atau rakan pesakit tentang sakit yang dihadapi, samada jangka masa sakit atau situasi-situasinya. Selesai jer bertanya Ustaz terus membacakan ayat-ayat Sifa dan Ruqyah.

Aku duduk di belakang sambil memerhatikan sahaja. Tak sampai 2 minit kakakku pengsan terkulai layu sementara abang ipar ku menyambut dan membaringkannya. Pesakit lain masih sedar sambil menjeling kepada kakakku yang terbaring kaku disebelah mereka.

Ayat-ayat Ruqyah terus dibacakan, tiba-tiba dapat aku perhatikan tangan kiri kakakku digenggam dengan kuat, diikuti dengan cubaan untuk menutup telinga mengelak dari mendengar ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Ustaz. Ustaz meminta agar aku dan abang iparku memegang kedua-dua tangan kakakku.

Kuat! itu jer yang dapat aku katakan. Cubaan untuk menghalang kakakku menutup telinga dengan kedua belah tangannya, memaksa kami menggunakan tenaga. Kakakku bukan lagi seperti biasa, beliau telah dirasuk oleh JIN. Itu yang dapat aku katakan dalam hati, sambil membaca ayat-ayat yang aku tau berulang-ulang.Sambil bulu romaku menggerbang naik..fuhh!!

Bila tangan telah kami pegang, kaki pula meronta-ronta, Kak Mariam terpaksa membantu, seketika itu suami Kak Mariam terpaksa datang membantunya kerana terlalu kuat. Setelah tak berjaya untuk menutup telinga, bende tu cuba nak gigit tangan aku dan abang iparku. Sambil mulutnya berkata "tepi laah!! tepi laah!!". 

Setelah selesai ayat-ayat dibaca, Ustaz datang ke belakang kakakku, dan ketika bende tu menjerit "pergi laah!! aku tak kacau engkau!!" itu yang diulang-ulang sambil berkata "Sakitlaah!! sakit!!". Ustaz datang di hadapan kepala kakakku sambil melaungkan Azan beberapa kali sambil. Makin kuat jeritkan yang dilaungkan. 

Ustaz menerkap kepala sambil kedua jari telunjuk di letak dibelakang telinga, bila Ustaz tekan jarinya, terus bende tu menjerit kesakitkan, Ustaz tanya "Sape ni?"....diam...Ustaz tekan lagi..bende tu menangis berkata "aku nak balik, tepilah..sakit!!". Ustaz pon tanya lagi "orang tanya jawablah...ni sape ni?". Bende tu geleng kepala. "Ooo takda nama", bende tu mengangguk, "ni agama apa?"..sambil menangis berkata "hindu". 

"Oo Hindu", ni buat apa kat dalam badan orang ni, bende tu jawab "sukahati aku laa", "Oo sukahati" kenapa kacau orang ni. Ustaz tanya tapi tak jawab. Bende tu terus cakap"Aku nak balik la". Ustaz tanya "nak balik  mana?". "Awak duduk mana ni?" Ustaz tanya. "kat belakang tu la" bende tu jawab sambil nak bagitau dekat belakang kedai runcit abang iparku.

Ustaz bertanya "tak nak duduk situ dah, sekarang ni awak keluar duduk sini, kat sini masjid besar ada air-con, kawan pon ramai, Macam ni lah saya ajar awak masuk Islam lepas tu awk keluar duduk sini nak?". Bende tu menjawab "tak nak!", "Kalau taknak kita tekan kuat sikit la biar dia sakit lagi kuat".

Bende tu mengangguk kepala. Terus Ustaz ajar mengucap. Selesai jer mengucap Ustaz menyuruh bende tu keluar, "ok sekarang awak dah Islam tak mau duk dalam ni lagi keluar duk masjid ni, ok sekarang ni keluar ikut mana?, ikut mulut la senang..ok semua-semua dari kaki badan semua kumpul keluar ikut, ok keluar! ".

Nak keluar jer dah mengambil masa yang lama kerana bende tu selalu menipu, bila ditanya dah keluar, bende tu mengangguk kepala, bila disoal ditanya nama, jawapan diberikan semuanya betul termasuk nama penuh aku, mengerbang bulu roma aku. "bende ni tau nama aku" dalam hati aku berkata..sambil baca ayat kursi berkali-kali.

Misi malam ni sebenarnya tak berjaya kerana bende ni a.k.a JIN belum keluar.

Ustaz bertanya kita perlu buat 1 lagi sesi, kita buat dekat kedai lah. Bincang-bincang antara mereka, dapat masa iaitu hari Ahad 6 Ogas, selepas solat Zohor.

tungguuu..cerita seterusnya.

No comments: