08 February 2013

Derma organ

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT


Sebulan lepas aku rasa amat kecewa dengan diri aku sendiri, pertolongan yang aku berikan kepada kawan serta saudara sendiri tidak dimanfaatkan dengan baik. Malah aku yang menanggung deritanya, walaupun berkali aku mengingatkan mereka, tetap tidak dipedulikan seolah-olah menuang air di daun keladi. Perasaan kecewa membuatkan aku meluahkan semua kepada ibuku sendiri, membuatkannya teresak-esak mendengar, tetapi sekadar simpati seorang ibu namun ia tidak mengubah apa-apa dalam menyelesaikan masalah.

Aku rasa amat terbuang dan jatuh kedasar maruah aku sendiri, tetapi itu bukan penghujung hidup aku. Selagi bernafas masa tetap berjalan meniti hari-hari. "Allah masih sayangkan kau ejan" desak hati kecil aku. "Ada orang lagi susah dari kau diluar sana".

Aku tak mampu jadi anak terbaik untuk mak abahku, tak mampu berikan segala kemewahan seperti anak jiran yang selalu mereka cerita setiap kali aku balik ke kampung. Aku tak mampu jadi individu terkenal seusiaku, mencapai sesuatu yang tak bisa aku capai sekarang.

Semua hubungan menemui jalan buntu, samada aku atau mereka? tetapi aku yakin semua berpunca dari aku, maafkan aku, aku masih belum mampu menemui ikatan itu. Aku tidak yakin mampu, ini kan pula engkau mahu bergantung harap pada aku.



Aku ingin jadi sesuatu pada semua, pada masyarakat. Menyatakan aku ada disamping mereka. Bukan sekadar pergi balik kerja untuk menanggung hutang bulanan untuk meneruskan hidup. Itupun masih ada lagi yang mereka persoalkan tentang usaha mulia ku ini.

Untuk tatapan mereka aku lampirkan rujukan tentang hukum menderma organ oleh mereka yang lebih berilmu untuk kita bersama:

1 .PENDERMAAN ORGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Dari sudut Islam, pemindahan organ hukumnya adalah harus berserta dengan syarat-syarat seperti di bawah:• Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit • Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima organ. • Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah S.W.T.• Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.

Fatwa-fatwa di Malaysia Berkaitan Pendermaan Organ 

• 1965 Fatwa negeri Perlis mengharuskan pemindahan kornea daripada orang yang telah meninggal dunia. • 1970 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ daripada penderma kadaverik kepada penderma hidup. • 1989 Majlis Fatwa Kebangsaan menerima diagnosis mati otak sebagai diagnosis untuk kematian. • 1995 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan penggunaan graf tisu untuk merawat pesakit. • 1997 Fatwa negeri Sarawak mengharuskan pemindahan ginjal daripada penderma hidup dan penderma yang telah meninggal dunia.

Suntingan dari sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia( JAKIM)

2. Hukum Pemindahan Organ

Dalam konteks Islam, hukum mengenai pemindahan dan pendermaan organ tidakdibincangkan secara khusus dalam sumber utama hukum iaitu al-Quran dan al-
Sunnah. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ merupakan perkembangan
perubatan yang bermula pada abad ke-20. Walaupun demikian, para ulama Islam
sudah membincangkan perkara ini semenjak tahun 1950-an lagi. Di Malaysia, isu
pemindahan organ mula dibincangkan pada tahun 1960-an apabila Mufti Negeri
Perlis mengeluarkan fatwa berhubung isu ini pada tahun 1965.2
Pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh ulama Islam berkaitan pemindahan
organ bersifat ijtihadi iaitu ijtihad yang dilakukan berdasarkan pendekatan-pendekatan
fikah. Fatwa yang bersifat ijtihadi, seperti yang diterangkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi,
ulama kontemporari dari Mesir, ialah fatwa yang “masih boleh diperbincangkan,
seperti juga ijtihad manusia yang lain, tambahan pula ia bersangkutan dengan hukum
masalah baharu yang tidak tercatat pendapat ulama-ulama terdahulu”.3
Secara asasnya, hukum pemindahan dan pendermaan organ ialah harus. Ini kerana
pemindahan dan pendermaan organ memenuhi tuntutan memelihara nyawa manusia
yang merupakan salah satu daripada maqasid al-syar‘iyyah (objektif syariah).

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia



3. Derma Organ Untuk Bukan Islam

Bekas Mufti Perlis S. S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata “Perbezaan agama bukan penghalang kepada umat Islam untuk menderma organ kepada orang bukan Islam kerana tidak timbul pertikaian dari segi hukum mengenai perkara tersebut”
Kenyataan ini beliau lontarkan ketika mengulas mengenai nasib penerima jantung teknikal, Tee Hui Yee, 14 semalam di dalam akhbar Utusan Malaysia.
Tee Hui Yee telah setahun menunggu untuk mendapatkan jantung yang baru, namun tempoh itu berlalu dalam keadaan masih tidak ada orang yang sanggup mendermakan jantung kepadanya.
Pengarah klinikal, Pemindahan Jantung dan Paru-Paru dan Program Jantung Mekanikal, Institut Jantng Negara (IJN), Dr. Mohd Ezani Taib berkata, pihaknya pernah menerima pertanyaan daripada orang ramai mengenai prosedur menderma organ.
“Tetapi penderma mahu hanya orang Islam menerima organnya kerana kononnya ia melibatkan soal hukum,” katanya.
Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri dalam kenyataannya menyebut : “dakwaan bahawa menderma organ kepada orang bukan Islam adalah sia-sia kerana tidak menjanjikan pahala adalah tidak benar sama sekali.”
“Surah Al-Baqarah ayat 272 antara lain membawa maksud pendermaan organ kepada bukan Islam tetap dijanjikan pahala kerana ia dilakukan atas dasar membantu mereka yang memerlukan dan untuk menyelamatnya nyawa,” Beliau menyambung : “jika bantuan diberikan kepada orang bukan Islam sudah tentu ia dapat memperbetulkan pelbagai salah tanggapan mengenai Islam selain menjadi satu strategi yang baik dalam usaha dakwah.”
Kenyataan ini bertepatan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh beberapa ulama mutaakhir seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Di dalam salah satu fatwanya al-Qaradhawi menyebut :
“Menderma sebahagian anggota badan adalah sama seperti bersedekah dengan harta, harus dikeluarkan kepada orang Muslim dan bukan Muslim.”

sumber: DrMaza
P/s: daripada kecewa sehingga membunuh diri lebih baik dermakan saja organ kepada yang memerlukan >> jom daftar

No comments: