Assalamualaikum WBT,
Jumaat lepas dengan semangatnya aku mengira hasil pendapatkan menjual makanan sejukbeku, air zam zam serta beberapa makanan ringan lain di Mega Sale anjuran Kelab Kebajikan Bahagian Teknologi Maklumat tempat aku berkerja.
Semuanya RM400, Alhamdulillah..malam tu selepas balik dari makan malam dengan rakan serumah aku terus ke Maybank Bangi untuk masukkan duit tersebut ke dalam akaun semasa ku. Agak panjang barisan menunggu oleh kerana hanya satu sahaja mesin deposit wang yang berfungsi.
bukan aku dalam gambar : google |
Di pintu bank berdiri seorang kanak-kanak perempuan, yang hanya memberi salam kepada setiap orang yang masuk kedalam bank. Macam biasa tujuannya adalah untuk menjual ubat dan meminta derma.
Aku masuk salam diberi salam oleh kanak-kanak tersebut, sambil menjawab salam aku terus masuk tanpa mempedulikan beliau.
Sambil berbaris panjang aku memerhatikan gelagat setiap orang yang keluar masuk dari bank, sambil disapa oleh kanak-kanak meminta derma tersebut.
Dalam hati aku kesian melihat beliau, jadi sementara menunggu giliran aku siapkan lima ringgit dan aku asingkan ke poket lain untuk didermakan kepada adik itu tadi.
Sampai tiba giliran aku, aku kembali mengira duit yang ingin di masukkan. cukup RM400. aku pun memasukkan duit tersebut, mesin deposit pun memulakan kerja. Tiba-tiba duit aku ditolak RM50, mungkin sebab keadaan duit berkenaan yang agak lama. Jadi aku pun masukkan kembali, ia kembali memulangkan aku duit itu. Oleh kerana barisan dibelakangku amat panjang aku pon ambil duit tersebut dan keluar, sambil menghulurkan RM5 kepada adik yang meminta derma tadi.
Sampai dirumah aku terus periksa Maybank2u untuk melihat baki, Subhannallah sepatutnya aku masukkan tadi hanya RM350 kerana duit RM50 ku tak diterima tetapi ternyata akaunku menunjukkan aku baru sahaja mendepositkan RM400.
No comments:
Post a Comment