17 June 2013

Motor baru, Jatuh!!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Apa perasaan korang bila baru beli motor lepas tu motor tu jatuh? mestilah tension kan? hihi itulah yang jadi pada aku. Orang lain pula tu yang jatuhkan.

Tapi sebenarnya 2 tahun yang lepas aku pernah juga buat dekat orang lain. Kereta persona kawan aku yang belum bayar 1st installment aku dah bawak sondol Atoz di Putrajaya dan sekarang Ironinya telah terjadi pada aku sendiri. Nak marah pon dah tak reti. Sendiri ingat je lah.

Bukan motor aku tu: sumber google jer


Aku pon cakap kat kawan-kawan aku mungkin bukan rezki aku. Tapi Fitri cakap, "itu bukan takde rezki tapi tuhan nak bagi rezki". Blur kejap aku,

Fitri terang. "kan Tuhan nak bagi rezki sihat kat ko tu, yela Dia tak bagi ko yang bawak jatuh,kalau ko yang bawak jatuh belum tentu ko tau teruk ke tak kan? Jadi dia bagi rezki kat ko la tu. Rezki sihat"

Betul juga kata si Fitri tu. Kalau aku bawak mana tau teruk ke,sampai koma ke apa.

At least orang lain yang bawak orang tu yang ganti kerosakan dia. Macam kes aku dulu la tu.


Post a Comment