Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad salallahualaihi wassalam
( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ).
Alhamdullilah hari ini hari Jumaat, 28 Februari. Genap 2 bulan aku menjadi seorang suami dan imam kepada isteriku.
Kami sekarang telah berpindah di Kota Warisan, Sepang. Setelah puas mencari rumah akhirnya kakak iparku dengan spontan menawarkan kami rumah sewa milik sahabatnya. Tanpa berfikir panjang kami pon terima.
Alhamdulillah setelah sebulan tinggal di Apartment Megah Villa. Aku akhirnya rasa settle down.
Apartment Megah Villa |
Mula-mula agak kekok sebab terpaksa panjat dan turun 4 tingkat setiap hari. Tapi lama kelamaan jadi lali, bak kata pepatah melayu "ALAH BISA, TEGAL BIASA".
Ditambah pula aktiviti Surau yang sangat aktif dengan kuliah-kuliah. Tinggal diri sendiri jer yang perlu lawan dengan nafsu dan bisikan syaitan untuk timba ilmu yang dah terhidang.
Surau Al Hijrah Kota Warisan |
Aktiviti Surau |
p/s : Gambar dari google..
- ejanrajak -
No comments:
Post a Comment