Jika kita sedang serabut, sedih, kecewa atau kesimpulannya “emotionally disturbed” memikirkan tentang apa saja tentang JODOH yang sangat memberatkan fikiran, coretan di bawah more or less dapat motivate kan diri sendiri dan kawan-kawan semua.
Renungkanlah Sedalam-dalamnya.
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh² bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai ALLAH SWT dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.
Berkahwinlah anda demi ALLAH SWT dan Nabi-NYA, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
Seorang teman pernah berpesan..
“Kadang² ALLAH sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. ALLAH nak hadiahkan kita pelangi..” “
“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”
Macam best jer? bacala lagi....
8 comments:
nak ngis sy bc..awk blh jd ustaz hasrizal yg ke 2 lah,terbitkan buku aku terima nikahnya edisi awk :)btol..x semestinya bercinta berthn,akn smp ke alm rmhtangga,kdg2 ada yg smp tp berthnnya sekejap jer,sejak sy practical ni,handle kes2 syarie.br sy tahu betapa sshnya hidup berumahtangga andainya ilmu x di timba dr awl..andai mula dh dihujani dgn dosa,mcm mana nak teruskan perkahwinan itu dgn baik..sebaiknya biarlah dimulakan dgn bersih & halal,moga lafaz "aku terima nikahnya" dpt dilaksanakan bkn sekdr lafaz tp fhm akn tggjwb yg akan tergalas selepas itu..weallahua'alam-farah- :)
em..btl 2, sy suka entry nie...
bukan senang nk memikul tggjawab bile dah berumahtangga, apa yg ptg..sediakan ilmu didada sblm melangkah ke alam rumahtangga...
yup aku setuju..semua bende ada baik dan buruknya...
saya suka la n3 nie.. nak amek buleh?? nk buh kat my blog lak..hihi
salam ejan..
entry yg sgt membina..thnks for shring...
agreed ttg jodoh tu...
25thn masih belum terlewat..
Allah Maha Tahu apa yg terbaik utk hambaNya..
doa terus + usaha semoga beroleh jodoh yang baik juga rezki yang melimpah ruah
sy pun suka gak la post ni.nak baca abis tp panjang sgt bagi gua la....huhu..en.ijan nampaknya cam pasrah je..hahaha.jgn marah bro gurau je..hidup ini penuh cabaran dan liku kehidupan..hidup bujang senang...beb...(no problem kan).tambah ilmu didada tu tambah gak.agak2 dah ada kesesuai n ada sesikit ciri yg kita suka tambahan plak ada response, layarilah bahtera.lautkan tetap bergelora.tawakkal diiringi usaha..InsyaAllAh kapal x karam..dah berumahtangga lagi byk ilmu didada tu kena tambah kdg x dapat nak cerita kerana bila anda dah berumahtagga baru tau apa yg perlu ditambah n apa yg perlu dikurangkan...its your live..
percaya pada DIA yang satu,
insyaallah, rezki jodoh tak kemana :)
besh2..teruskan usaha anda.:)
Post a Comment