18 February 2011

Pindah rumah.

Assalamualaikum,


Desa Damai yang mendamaikan.


Untuk kali ke-3 nya aku berpindah rumah. Kuarters KLIA Nilai, alasannya jauh dari tempat kerja, mau tak jauh aku perlu berjalan sejauh 60KM pergi dan balik setiap hari. Bila jauh merungut jauh sangatlah, minyak mahal lah. Selepas banyak sangat alasan-alasan munasabah yang dah aku ambil kira, akhirkan pindah jua aku ke Precint 18, Putrajaya. Kali ni 3 minit aje perjalanan dari rumah ke pejabat, berbekalkan rumah yang selesa dan orang putih kata "fully furnish". Aku seperti basuh kaki jer, oleh kerana rumah dah macam rumah orang yang dah berkahwin, semua peralatan cukup lengkap ditambah dengan keadaan yang bersih dan selesa. Tapi itu semua belum dapat memenuhkan ruang lain dalam hati aku ni. Surau hanya ditangkat bawah tapi punyala berat kaki nak melangkah untuk solat berjemaah. Alasannya jiwa aku kosong ditambah dengan kosongnya bicara.

Alhamdulillah belum sempat aku cari rumah lain, dah ada yang mempelawa. aku ambil keputusan untuk pindah ke rumah teman sepejabat, keadaan rumah jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan di Presint 18 tempoh hari. Kosong tak berperabut, seperti tak terurus, tetapi ia sangat memenuhkan jiwa aku yang kosong ni. Kawan serumah banyak bicara, tak seperti tunggul kayu macam dulu. Surau hanya lebih kurang 30 langkah jer, Alhamdulillah Maghrib dan Isyak aku di sana, cuma Subuh tinggal niat jer, kekuatan masih tercari-cari.

banyak hikmah aku dapat dari penghijrahan ni. harapan aku banyak lagi yang akan datang menyusul. InsyaAllah.

P/S : Kata-kata dari novel Hani " Allah menguji hamba-Nya dengan cara yang paling unik, apabila menjadikan kekurangan itu satu anugerah

No comments: