Hari jumaat aku berpeluang untuk menonton konsert Maher Zain di Stadium Malawati Shah Alam. Tempat duduk nun kat atas gunung, stand paling atas, sikit lagi cecah bumbung stadium, tiket paling murah la katakan, tapi puas hati sangat-sangat sebab persembahan mantap dan Maher Zain pula "sporting" habis sampaikan lagu InsyaAllah di nyanyikan 4 kali atas permintaan penonton.
Maher Zain - gambar dari Saifulislam.com |
Ahad yang sangat mengantukkan. Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk pergi kelas. Hari ini sangat ngantuk sebab semalam layan "War Craft" dengan Shuha. Macam biasa aku akan kalah, amatur lawan pro memang susah nak menang. Macam biasa aku akan lambat masuk kelas pertama, dah jadi perkara rutin jadi Tutor pun memang faham. Bangi ke Seremban bukan dekat. Menggigil pagi-pagi dah merempit kat Highway. Sarapan pun tak sempat, sampai je OUM Seremban terus pergi beli roti 60 sen dengan air kotak susu coklat kat pakcik yang buka gerai kat bawah, terus shoot masuk kelas, kira bukan kelas la sebab duduk dalam "library". Aku dengan tutor je orang kata "one to one".
Mata aku yang lebam dok mengadap tutor Element of Data Warehousing, selang seli dengan menguap disertakan dengan kepala tunduk-tunduk tanda faham.Tutor buat "do no" je, asal abis "chapter" sudah. Kelas pagi-pagi aku masih ok lagi input pon boleh masuk sebab tu tunduk-tunduk.
Kelas ke-2, Data Ware housing Management and Planning. mata aku memang tertumpu terus ke arah tutor. Untuk maklumat, beliau adalah tutor single pertama "one to one" dengan aku. Tumpuan 100% tapi input 50% je. Lagi 50% aku dah macam tengok filem hindustan, maklumla tutor india cun la katakan. Serious aku cakap dia memang macam pelakon filem hindustan, dan banyak teguran-teguran dari beliau, kebanyakannya suruh pergi tandas cuci muka. Masuk ni dekat 5 kali aku cuci muka.
Tutor paling sporting, Puan Sharifah. Mengajar Integrated Marketing Communication, 5-6 kali menguap. Terus ayat ni keluar "kesian saya tengok awak mengantuk, saya pun mengantuk juga, tapi saya bercakap kan, so tak jadi ngantuk, awak pergi cuci mukalah". kata kunci hari ini, "pergi cuci muka". Jam menunjukkan jam 1 tengahari, mata aku semakin kecil. Terus je Puan Sharifah cakap, "Shahrizan kamu balik la dulu yea, tido. Kesian awak". Dalam hati aku "hip..hip hooray!!!"...
Terus merempit balik bangi. Sampai je rumah, solat Zuhur. Terus Padam......
No comments:
Post a Comment