15 April 2011

Menyampah: kisah tentang diri

Assalamualaikum,

Hati yang rosak


Penah rasa menyampah dengan orang tak? kalau penah, cuba lihat kedalam diri kita..hati-hati dengan apa yang kita lakukan dan cakap. Ia berkumgkinan menimbulkan rasa yang sama pada orang lain juga. Jadi bersederhanalah.

Kerap kali aku rasa seakan-akan menyampah atau iri dengan orang kat sekeliling. Tapi aku berdoa, "pergilah jauh-jauh rasa dan perasaan ni, jangan ganggu aku"


Hati yang bersih adalah hati yang sentiasa mengingati ALLAH



Aku harap juga setiap apa yang lakukan tak akan juga menimbulkan rasa yang sama terhadap orang lain. Terutamanya rasa benci.

P/s : untuk aku yang sering lupa. jangan menyampah dengan aku yea, kalau yea bagitau jer.

14 April 2011

Balik kerja naik Heli

Assalamualaikum,

Selepas entri pasal pemandu, yang membuatkan aku geram. Aku ambil keputusan untuk naik Heli (Helikopter) jer. Macam biasa heli aku park kat Menara Telekom yang setinggi 310 meter.

Menara Telekom yang siap pada tahun 2001


HeliPAD Menara Telekom
Jadi aku pakat ajak kawan-kawan tumpang sekaki lah naik heli aku tu. Sebab tu lah nampak ramai jer orang dalam gambar kat atas ni.

  
Pemandangan biasa bagi aku..huhu



Sebenarnya aku ikut lawatan  Pasukan ERT(Emergency Response Team) ke Menara Telekom. Tujuannya adalah untuk belajar serba sedikit bagaimana pasukan ERT Menara Telekom merancang dan melaksanakan simulasi kecemasan.

Pasukan ERT BTM-JPN

Tangga ke HELIPAD

Menapak

Oleh kerana lift cuma ada sampai tingkat 55 je, kami semua menapak 4-5 tingkat ikut tangga.

P/s: pengalaman pertama naik heli....ermmm helipad jer...

12 April 2011

Pemandu kita sopan tak bertempat

Assalamualaikum,

Apa pulak dengan sopan ni? Pemandu di negara ni la. Dari pemerhatian aku la secara peribadi, berdasarkan pengalaman aku hidup selama 27 tahun ni.

Hari-hari bersesak nak pergi kerja, macam-macam perangai pemandu kita boleh jumpa. Tapi yang membuatkan aku geram dan geli hati sikit adalah sikap pemandu rakyat Malaysia ni. Sopan tak bertempat. Faham apa maksud aku? tak faham? meh aku bagi contoh apa yang berlaku pagi tadi masa aku dalam perjalanan nak pergi kerja.

Sopan tak bertempat macam ni. Beri isyarat belok ke kanan atau kiri, dekat jalan mati. Masih tak faham lagi meh aku lukis sikit.
Jalan mati
Depan tu dah sah-sah jalan mati, siap dah tutup lagi dengan kon. Masa ni sibuk nak pasang signal. Tapi bila nak masuk simpang yang sibuk atau sesak dia buat dek jer.

Mesti anda semua pernah terserempak dengan situasi kat atas ni, atau anda sendiri yang buat huhu. Siapa makan cili dia terasa pedas.

P/s: Satu lagi yang buat aku hangin, orang kita ni harap kereta jer besar, otak kecil (kecik).

11 April 2011

Apa dah jadi!

Assalamualaikum,

Apa dah jadi?!!


ku hanya tawakal

Apa sebenarnya?...final exam lah kesnya. Sabtu lepas, 9 April. Aku dengan semangat pagi-pagi lagi dah start motor, untuk ambil kertas kedua iaitu Data Warehousing Planning & Manangement. Oleh kerana subjek ni banyak teori aja. Banyak lah yang nak dibacakan.

Oleh sebab buku tebal dan teori yang susah nak faham. Aku ambil keputusan untuk buat soalan-soalan semester lepas, semua aku balun. Kira macam nak spot la soalan yang keluar nanti.

Malangnya cuma 1-2 soalan jer yang seakan-akan nak sama. Selebihnya hampeh...

Tapi teringat pesan kawan ku, tutor di sebuah universiti swasta. "ko jangan tinggal paper tu kosong karang penanda nak bagi markah kesian susah". Jadi aku pun dengan giat mengoreng semua soalan-soalan, dengan jawapan yang difikirkan relevan dan masuk akal.

"Anda boleh mula menjawab soalan sekarang", ketua pemeriksa memberi tembakan mula. Dari depan sampai belakang kertas soalan tu aku belek, dalam hati "Masak...masak". Belek balik muka depan.

Nak jeling orang sebelah memang mustahil, dengan pengawas duduk rilek kat meja depan. Tapi kalau tak ada pengawas sekali pun, jawapan yang dapat ditiru tak akan memenuhi kritiria. Sebab ku seorang aja yang ambil paper ni. "idea sengal".

Tawakal aja aku pada Allah, harap-harap paper ni lepas sekurang-kurangnya B.

P/s: Paper ni nak tolong ku upkan pointer. tapi klo gini ler..kite bako jer ler!!!

07 April 2011

Perlu ke tangguh?

Assalamualaikum,

Perlu ke tangguh? persoalan dalam fikiran aku sekarang.

Emak

Masa majlis Adah tunang



Semalam sempat borak-borak dengan abah, mak dengan anis melalui telefon. "Bulan 5 ni mak nak pakai duit sikit yea jan". Ayat mak semalam. Bulan 5 memang pun perlu pakai duit, sebab adik ku Adah nak kahwin.

Anis

Dengan yuran OUM yang tertunggak, aku dah mula nak tangguhkan dulu pengajian untuk semester depan. Baki 5 subjek ni semakin susah pulak nak di abiskan.

Perlu ke tangguh? Perlu KoOot....


06 April 2011

Kertas Soalan 1

Assalamualaikum,

3 jam dalam dewan, apa salahnya tido sejam.

Alhamdulillah, pagi tadi baru jer menduduki kertas soalan pertama. Subjek Elements of Data Warehousing. Secara keseluruhannya aku berjaya menggoreng semua soalan-soalan yang diberi dengan jayanya. Tahap ke"confident" nan aku sekarang tinggi.





Sasaran untuk subjek ni sekurang-kurangnya -A, untuk support pointer yang seakan-akan nak lari dari angka 3. Tapi yang amat membimbangkan adalah 2 subjek seterusnya. Data warehouse planning & management dan statistics yang aku fail  tak sengaja bawak dari semester lepas.


P/S : ok nak sambung pecahkan kepala.




02 April 2011

Jom jawab soalan

Assalamualaikum,

Hari ni, aku nak jawab soalan je. Aku dah kumpulkan soalan-soalan mudah berkaitan dengan subjek element-element data warehousing. Semua soalan termasuklah, "pass year question" dan soalan yang aku sendiri reka.

1. Briefly explain the term “data warehouse”? 

2. The Relational Model has four familiar term associated to it and they are :
        i) Relation
        ii) Attribute
        iii) Domain
        iv) Row.

    Explain each one of them.

3. Briefly, explain the term “fact table” and two main functions of a “fact table”.

4. Where Data Warehousing is concern, extraction plays an important element in it.
    Elaborate the key issues related to extraction.


5. Explain the term “hierarchical model”.

6. In the issue of Data Warehousing, explain in your own words the term “Data Staging”. 

7. The data staging tool in Microsoft SQL Server is known as Data Transformation Services   
    (DTS). Elaborate on the four (4) elements contained in the DTS package.

8. Define in detail the term “data cleansing”.

9. Elaborate in detail why “data cleansing” need to be implemented in the transformation stage.


10. OLAP Tools provide many end-user features such as “Drill Down” and “Slice-n-Dice”.  
      Elaborate these features in detail.

11. Application such as PowerPlay, Hyperion and similar OLAP products offer many features for 

      data exploration, Explain any 5 ( five ) features in it.


TOLONG AKU JAWAB BOLEH??