Apa dah jadi?!!
ku hanya tawakal |
Apa sebenarnya?...final exam lah kesnya. Sabtu lepas, 9 April. Aku dengan semangat pagi-pagi lagi dah start motor, untuk ambil kertas kedua iaitu Data Warehousing Planning & Manangement. Oleh kerana subjek ni banyak teori aja. Banyak lah yang nak dibacakan.
Oleh sebab buku tebal dan teori yang susah nak faham. Aku ambil keputusan untuk buat soalan-soalan semester lepas, semua aku balun. Kira macam nak spot la soalan yang keluar nanti.
Malangnya cuma 1-2 soalan jer yang seakan-akan nak sama. Selebihnya hampeh...
Tapi teringat pesan kawan ku, tutor di sebuah universiti swasta. "ko jangan tinggal paper tu kosong karang penanda nak bagi markah kesian susah". Jadi aku pun dengan giat mengoreng semua soalan-soalan, dengan jawapan yang difikirkan relevan dan masuk akal.
"Anda boleh mula menjawab soalan sekarang", ketua pemeriksa memberi tembakan mula. Dari depan sampai belakang kertas soalan tu aku belek, dalam hati "Masak...masak". Belek balik muka depan.
Nak jeling orang sebelah memang mustahil, dengan pengawas duduk rilek kat meja depan. Tapi kalau tak ada pengawas sekali pun, jawapan yang dapat ditiru tak akan memenuhi kritiria. Sebab ku seorang aja yang ambil paper ni. "idea sengal".
Tawakal aja aku pada Allah, harap-harap paper ni lepas sekurang-kurangnya B.
P/s: Paper ni nak tolong ku upkan pointer. tapi klo gini ler..kite bako jer ler!!!
No comments:
Post a Comment