19 May 2011

DISIPLIN DAN KETABAHAN BANGSA JEPUN DIWAKTU KRISIS

Assalamualaikum,

Satu lagi email menarik nak kongsi, kali ini tentang disiplin orang-orang Jepun:


DISIPLIN DAN KETABAHAN BANGSA JEPUN DIWAKTU KRISIS - “THE SOFT POWER” 



Washington (AFP News) – Di sebalik paparan wajah-wajah yang menyedihkan kerana kehancuran, Jepun bakal muncul dari bencana gempa-tsunami ini dengan satu jenama antarabangsa yang lebih hebat sebagai satu bangsa yang tabah dan disanjung.

Berbaris untuk dapatkan makanan


Stesyen-stesyen TV di seluruh dunia telah menyiarkan rakaman gelombang Tsunami yang telah meranapkan rumah-rumah mereka, tanah-tanah diratakan dan kenderaan-kenderaan mereka dilambung badai gelombang tak ubah seperti kereta-kereta mainan kanak-kanak, terdampar kebingungan dalam satu lanskap yang ganas.

Di sebalik peristiwa itu liputan-liputan juga telah memaparkan sikap mangsa yang tenang mencari-cari orang-orang yang tercinta serta beratur menunggu keperluan asas. Tidak ada tanda-tanda perebutan, kekerasan dan wajah bengis bahkan masing-masing berbaris di kedai yang separuh kosong.



Berbaris untuk air







Banyak entri dalam blogosphere berbahasa Inggeris telah membicarakan tentang bangsa Jepun sebagai satu bangsa yang tabah. Bayangkan bagaimanakah sikap, reaksi dan perangai bangsa-bangsa di negara Barat jika bencana sebegini menimpa mereka.

Barisan panjang.

Profesor Universiti Harvard, Joseph Nye mengulas bahawa bencana ini bakal menterjemahkan "soft power" Jepun - istilah yang beliau ciptakan untuk menggambarkan bagaimana sesuatu bangsa itu mencapai tujuan mereka dengan tampil lebih menarik bagi orang lain.

Berbaris untuk dapatkan minyak petrol

"Walaupun tragedi ini sangat besar, peristiwa yang menyedihkan ini menunjukkan ciri-ciri pekerti yang sangat menarik dari Jepun di mana dengan ini akan mengukuhkan lagi kuasa lembut mereka," kata Nye menerusi email AFP.

"Selain dari rasa simpati, peristiwa itu juga menunjukkan bagaimana masyarakat yang berhemah dan bersopan bersiap berhadapan dengan bencana sebagai contoh kepada negara moden lain berserta menangani dengan tenang dan tertib," katanya.


Beberapa pakar percaya bahawa gempa bumi ini bakal mengubah naratif lembaran tentang Jepun seperti dilahirkan semula setelah bertahun-tahun berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi yang lemah, penduduk yang tua dan kerajaan yang silih berganti.

"Persoalannya, apakah Jepun berupaya menghadapi keperluannya untuk berinovasi dan menghidupkan kembali ekonominya," kata Nicholas Széchenyi, wakil pengarah di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa.

"Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat ramalan tetapi dalam pemerhatian saya dari jauh selama ini, nampaknya orang-orang Jepun sedang menunjukkan ketahanan pada saat-saat krisis. Saya berpendapat bahawa banyak perkara yang akan diperkisahkan tentang Jepun pada hari-hari dan minggu-minggu mendatang , "katanya. – AFP

Membaca komen yang dipetik dari AFP di atas ianya bertepatan jugalah dengan apa yang alami oleh kenalan MR, Datuk Yong Soo Heong Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), yang berada di Tokyo semasa kejadian itu bagi tugasan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRIO).

Komen pertama Yong sebaik selamat mendarat di KLIA semasa ditemuramah ialah, beliau kagum dengan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh rakyat Jepun meskipun ketika mereka menghadapi malapetaka itu.

"Apa yang kita boleh pelajari daripada kejadian ini adalah rakyat Jepun sangat berdisiplin selepas bencana itu berlaku, penduduk di Tokyo sangat berdisiplin. Mereka beratur untuk menaiki bas, teksi dan semuanya," kata beliau lagi.

MR kira inilah sekali lagi kejayaan Jepun apabila mereka telah berjaya membentuk peradapan yang cukup tinggi walaupun di dalam situasi krisis bencana alam yang meruncing. AS juga pernah menghadapi bencana alam seperti banjir di mana semasa kejadian masaalah yang utama ialah kecurian harta benda yang sukar dikawal.


Setiap hari kita didendangkan dengan lagu “Bangsa Malaysia berhemah tinggi, Ramah dan mesra elok pekerti, Yang tiada dibantu, Yang lemah dilindungi, Bertimbang rasa hormat menghormati. Kita berkhidmat jujur dan ikhlas, Mencurah bakti tak minta dibalas, Harapan rakyat satu amanah, Budi bahasa budaya kita” .

Lagu dinyanyikan sampai naik berlenja-lenja air lior tetapi realiti amalan seharian kita tidak seperti apa yang kita nyanyikan.

Konklusinya, hari ini Jepun sekali lagi membentuk peradapan dunia. Malaysia juga tidak mustahil membentuk peradapan kita yang tersendiri jika ajaran Islam / nilai-nilai murni betul-betul difahami.

P/S : dekat Jepun walaupun mereka dapatkan makanan, air dan petrol percuma tapi mereka tetap berbaris, tapi kat Malaysia ni nak bayar Tol pun potong q. Kalau bagi makanan percuma dah tentu huru-hara.

No comments: