29 June 2011

Israk Mikraj

Assalamualaikum,

Perkongsian Ilmu,


PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.
Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

  Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


  Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
  Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad. 
Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

  Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

23 June 2011

Perasaan jahat

Assalamualaikum,

Pernah tak rasa ada suatu suara yang bercakap ditelinga kita, "Ko penumbuk jer mamat ni". Sejak aku berkerja di sini. Suara tu selalu jer aku dengar, Alhamdulillah aku dapat hiraukan. Aku anggap jer macam syaitan yang cuba buat aku susah.



Tapi apa taknyer "Mamat tu" memang buat aku marah bila ada jer perkataan yang selalu (memang hobi beliau) buat aku rasa macam budak tadika yang tak tau buat keputusan. Semua keputusan atau alasan aku adalah salah dan tak betul bagi "Mamat tu".

Tapi aku masih dapat kekalkan tahap kesabaran, sebab bila nak dibandingkan antara aku dan "Mamat tu". Rasanya tak banyak bezanya. Dia juga bernafas dengan udara yang Allah pinjamkan. Cuma mungkin "Mamat tu"  lupa bahawa ia adalah sekadar pinjaman. Aku doakan "Mamat tu" diberikan petunjuk dan hidayah.

P/S: bila aku rasa marah aku, aku akan cuba fikirkan apa yang berlaku sekira perasaan ni aku ikutkan. kadang-kadang "Mamat tu" boleh jadi seseorang amat memahami aku dan kadang-kadang aku rasa macam nak bagi kasut kat muka beliau.

19 June 2011

Aku dengan Angan ku

Assalamualaikum,

Angan-angan Tahi Ayam

Sekarang dah hujung bulan Mei, bermakna kita dah masuk separuh tahun 2011. Pejam celik dah nak masuk tahun 2012. Aku bengang sungguh dengan diri aku sendiri, banyak perkara yang aku plan dan rancang hapah pun tak jadi. Aku banyak berangan-angan sahaja. Angan-angan tahi ayam orang kata, itu lah ibaratnya semua perancangan aku.

Kita hanya merancang tuhan yang menentukan, semuanya aku rancang tapi bila Allah menentukan sebaliknya, aku mula frustrated dengan diri aku dah terus malas nak buat tindakkan lain. Apa yang perlu aku buat sekarang adalah sediakan backup plan bagi setiap perkara yang aku plan nak buat dan capai.

Poster Target

Lagi 1, aku dah hilang poster long term target yang aku buat dulu. Itu mungkin salah satu sebab kenapa sub-conscious mind aku tak boleh nak cari jalan lain untuk capai target-target tu.

Jalan penyelesaian sekarang adalah sediakan kembali poster-poster target. Target short-term dengan Long-term patut aku tampal di bilik kecil ni. Asal aku boleh baca hari-hari untuk refresh otak aku, untuk push sub-conscious mind buat kerja dalam diamnya.

Motivasi 


Motivasi ni di ibaratkan seperti seekor anjing garang dilepaskan untuk kejar dan gigit aku bila aku berhenti berlari. Tapi macam mana nak imajinasikan seekor anjing?? haha..susah. Susah-susah juga, nak tak nak perlu buat sesuatu untuk cas kan diri untuk push diri capai sasaran-sasaran tadi.

Iri Hati


Perasaan ni memang orang kata jahat tapi boleh jadi satu cara untuk cipta seekor anjing garang tadi. Macam mana nak timbulkan perasaan iri hati ni? Mudah jer, buka Facebook dan buka profile kawan-kawan lama, tak kira la kawan 1 sekolah ke, 1 U ke, 1 kampung ke. Perhatikan apa yang mereka dah capai sehingga ke hari ini. Mesti anda semua pernah rasa sangat iri hati dan bengang bila lihat kawan anda yang dulu bodoh dungu semasa di sekolah sedang berposing maut dengan awek cun disebelah EVO 10 beliau. Ada rasa cam meluat tak? itu tandanya anda berjaya merasa iri hati.

Pendorong 

Hidup ini perlu ada pendorong. Apa yang mendorong kita buat sesuatu yang kita tak suka buat. Contoh macam ibubapa, isteri atau anak-anak. Kenapa kita bangun pagi-pagi pergi kerja. Walaupun kita selalu merungut dalam hati "i hate this job", "my job is stupid", bos aku kukubesi la macam-macam lagi. Tapi kita tetap masuk opis. Sebab apa? sebab sayang kan mereka-mereka ni kan betul tak? aku pun.

Marah


Pendorong boleh jadi ia adalah sesuatu atau seseorang yang sayang. Tetapi ia juga boleh terbit dari perasaan marah dan benci pada seseorang. Contohnya: andai kata anda telah di hina oleh seorang yang anda suka. Dia kata anda tak layak untuknya.

Dengan kata-kata "Satu tahu awak baik, berbudi bahasa, beragama, bertanggungjawab, berhati perut, dan semua berrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr dalam dunia ni. Tapi awak tak ada kereta EVO 10 macam kawan sekolah awak yang dulu bodoh tu, Saya perlukan kereta EVO 10 untuk hidup bersama dengan saya". 

Macam mana, marah tak? Ok jangan bakar apa-apa dulu, cuba tarik nafas panjang. Cakap dalam hati dunia belum berakhir kalau aku tak ada kereta EVO 10 pun. Cakap dalam hati kalau budak bodoh tu boleh, tak kan la aku tak boleh. So mulakan rancangan dengan dorongan perasaan marah ni.

P/S : budak bodoh hanya rekaan semata-mata, kecuali seseorang mata duitan.

12 June 2011

Lagu penguat semangat - KERANA DOA

Assalamualaikum,

Semenjak hari tu, 
hari-hari aku dengar lagu ni untuk mengutip kembali diri aku yang dah berkecai-kecai. 
Aku mahukan diri aku yang dulu. 


Melangkah jauh tanpa arah dan tujuan
Bumi nan subur ini kurasakan gersang
Di dalam terang kegelapan
Seakan ku hanyut didaratan
Ku ingin pulang ke pangkalan

Pabila mata hati dan minda terbuka
Bertandang keyakinan terhakis curiga
Putaran masa pasti menemukan
Jarak dan ruang bukan sempadan
Tuhanku teramat penyayang

Aku tahu
Kau selalu bersamaku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan

Ku percaya
Kerana doa bertitian tiap waktu
Dengan izinMu
Ku kembali ke pangkalanku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan
Ku percaya diri ini memerlukan
Ku percaya doaku yang mengeratkan

P/s: boleh Download disini

11 June 2011

Mana Pergi aku yang dulu...

Assalamualaikum,

Jumaat, pukul 12.10 tengahari. Aku akan tidur dulu sebelum ke masjid untuk jumaat, tak kisah walaupun 10 minit asalkan dapatkan segarkan mata yang mengantuk. Walaupun Iznor dah ajak aku untuk turun ke kantin makan tengahari.

"Ijan bangun, jom..." Kerol kejutkan aku. Aku pun terkejut sambil tercari-cari telefon bimbit yang aku setkan alarm, tapi jam telefon lambat jadi belum berbunyi lagi.

Di masjid Sultan Mizan atau lebih biasa orang Putrajaya panggil dengan masjid besi, aku akan duduk di sebelah kanan bimbar masjid. Betul-betul di sebelah tiang masjid.

Hari ni dah beberapa kali aku akan duduk di belakang kerusi roda seorang hamba Allah. Seingat aku, penah terjumpa dulu ditempat yang sama ni. Tapi keadaan beliau sedikit berubah. Dengan badannya yang semakin kurus, sehinggakan dapat aku lihat tulang belakang beliau terbonjol keluar. Tangan dan kaki seolah-olah tiada daging hanya  yang menyaluti cuma kulit.

Aku perhatikan badan beliau sekejap tegak sekejap membongkok, untuk membezakan kedudukan solatnya yang duduk itu.

Tiba-tiba air mata aku meninis tanpa aku sedar.

Ya Allah Ampuni hambaMu yang selalu lupa ini. Terkadang nikmat diberi tak pernah aku syukuri.

Kagum aku melihat beliau. Dari susuk dan keadaan tubuh beliau, pasti kerusi roda itu tak akan bergerak sendiri. Tepat sekali seorang tua berkaca mata sering mengerlingkan mata kearah beliau. Aku yakin itu ayah beliau.

Tabah dan tenang, itulah wajah seorang ayah sejati. Seburuk mana keadaan, ia tetap anak yang Allah amanahkan.

Selesai solat jumaat, aku terpaku sebentar melihat dua beranak itu menunaikan pula solat sunat.

Terasa kerdil diri ini. Dalam hati aku berkata "Kenapa aku sering berfikir, duit tak cukup, nak pakai kereta, nak beli rumah. tetapi tak sedikit pun bersyukur dengan nikmat kesihatan yang membawa aku ke masjid ini".

Tersetak...ruang solat utama lengang, aku bangun untuk tunaikan solat sunat, Moga Allah terima tanda syukurku yang sedikit cuma.

09 June 2011

Majlis Pertunangan Kakak ku.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kakak ku selamat bertunang lagi. Kenapa aku cakap lagi sebab kali ni dah masuk kali ker-3 kakak ku bertunang. Aku sangat bertuah kerana ada kakak yang cukup tabah. Melalui waktu sukarnya tanpa meluahkan sedikit perasaan benci atau marah.

Perkara biasa dah bagi kakak ku ni

Itulah kakak sulung ku bernama Norizah ni. Semua bekas tunangan adalah bukan pilihannya sendiri termasuk yang terbaru ini. Pernah dulu akak pernah bisik pada aku, "ijan aku nak lari lah". Tapi kesudahannya ikut juga kata mak abah. Walaupun akhirnya putus jua.


Anis interframe

ni pun sama

Pelamin adikku kahwin jadi pelamin kakak ku bertunang 

Aku doakan kali ini yang terakhir akakku bertunang dan kekal sehinngga ke alam perkahwinan dan berbahagia hingga ker akhir hayat
Tak kisah siapa pun pasangannya asalkan beragama dan bertanggungjawab.

P/S: kawan-kawan aku bagitau kahwin ni kalau nak tunggu cukup semua jawabnya sampai kesudah tak kahwin.

07 June 2011

Pembiayaan Pendidikan KWSP(EPF)

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak cerita tentang pembiayaan pendidikan yang di tawarkan oleh KWSP atau EPF. untuk pengetahuan semua, aku dah tiga kali buat pengeluaran wang KWSP untuk bayar yuran Open University aku.

 Bukan aku tak mahu buat pinjaman pendidikan PTPTN tapi, memandangkan hutang yang lama pun belum habis di bayar. Aku tak mahu tambah hutang pula, lebih baik aku guna duit sendiri untuk biaya pengajian aku sekarang, sambil gunakan alternatif lain seperti keluarkan wang KWSP atau EPF ni.



Apa yang anda perlu buat untuk melayakkan anda memohon :

1. Ada akaun KWSP
2. Ada baki di dalam akaun 2.
3. Isi borang KWSP 9H (AHL) - downlond
4. Hantar borang ke cawangan terdekat.

Antara syarat penting yang perlu anda ikut ada tertulis di borang KWSP 9H (AHL) iaitu:

1. Anda kemukakan surat tawaran dan pengesahan dari Universiti atau pusat pengajian yang diiktiraf.
2. Jurusan yang anda ikuti juga perlu mendapat sijil akriditasi oleh MQA.
3. Jika anda sudah memasuki semester 2 atau seterusnya anda perlu kemukakan slip keputusan terkini.

Kelebihan lain, anda boleh keluarkan wang untuk pembiayaan pendidikan anak atau saudara anda juga.

Pengeluaran yang pernah aku buat




P/s : pemohonan aku baru je kene reject ni. jadi pastikan syarat tu anda tetapi.

03 June 2011

Terkejut!!

Assalamualaikum,

Pagi ni buka portal OUM nak tengok keputusan exam...tapi...


bukan taknak bayar hutang telekom...tapi..

P/S: bukan taknak bayar..

Perkahwinan Adikku

Assalamualaikum,

Pada 29 Mei 2011 lepas, Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan adikku yang ke-5. Iaitu Norsakdah dan Norhalim.

Majlis akad nikah telah selamat di laksanakan pada malam sebelum tu.

Bergambar dengan mak dan abah

semua adik-beradik perempuan aku.



Walaupun hujan lebat, Alhamdulillah semua telah selamat berlangsung.

Alhamdulillah hari sebelum tu, iaitu pada hari sabtu berlangsung juga majlis pertunangan akak sulung aku. Akakku gambar kedua kat atas ni, duduk kiri sekali.

P/S: gambar adik beradik lelaki tak ada, sebab sibuk rewang kat luar. Kami low porfile.

02 June 2011

500 meter macam 500 kilometer

Assalamualaikum,

Penah tak korang mengalami kerosakkan kenderaan semasa kat highway? mesti penah kan. Nak dijadikan cerita 2 hari lepas aku merempit balik dari Johor ke Bangi berlaku peristiwa yang aku anggap macam lawak la walaupun sebenarnya pahit.

Dalam sejarah hidup aku merempit ulang alik dari kampung ke KL ni, belum penah tercatat menolak motor sebab abis minyak, setakat tayar bocor tu ada la 3-4 kali.

Biasalah nak catat rekod la konon motor aku ni save minyak huhu...



Orang selalu cakap simpan minyak spare. sebenarnya tak payah pon, sebab stesyen minyak ada kat RnR setiap lebih kurang 50-60 Km. Tapi biasa la gatal punya pasal skip singgah RnR isi minyak.

Kesudahannya menolak 500 meter. Malu WoOo..