Pernah tak rasa ada suatu suara yang bercakap ditelinga kita, "Ko penumbuk jer mamat ni". Sejak aku berkerja di sini. Suara tu selalu jer aku dengar, Alhamdulillah aku dapat hiraukan. Aku anggap jer macam syaitan yang cuba buat aku susah.
Tapi apa taknyer "Mamat tu" memang buat aku marah bila ada jer perkataan yang selalu (memang hobi beliau) buat aku rasa macam budak tadika yang tak tau buat keputusan. Semua keputusan atau alasan aku adalah salah dan tak betul bagi "Mamat tu".
Tapi aku masih dapat kekalkan tahap kesabaran, sebab bila nak dibandingkan antara aku dan "Mamat tu". Rasanya tak banyak bezanya. Dia juga bernafas dengan udara yang Allah pinjamkan. Cuma mungkin "Mamat tu" lupa bahawa ia adalah sekadar pinjaman. Aku doakan "Mamat tu" diberikan petunjuk dan hidayah.
P/S: bila aku rasa marah aku, aku akan cuba fikirkan apa yang berlaku sekira perasaan ni aku ikutkan. kadang-kadang "Mamat tu" boleh jadi seseorang amat memahami aku dan kadang-kadang aku rasa macam nak bagi kasut kat muka beliau.
No comments:
Post a Comment