Assalamualaikum,
Angan-angan Tahi Ayam
Sekarang dah hujung bulan Mei, bermakna kita dah masuk separuh tahun 2011. Pejam celik dah nak masuk tahun 2012. Aku bengang sungguh dengan diri aku sendiri, banyak perkara yang aku plan dan rancang hapah pun tak jadi. Aku banyak berangan-angan sahaja. Angan-angan tahi ayam orang kata, itu lah ibaratnya semua perancangan aku.
Kita hanya merancang tuhan yang menentukan, semuanya aku rancang tapi bila Allah menentukan sebaliknya, aku mula frustrated dengan diri aku dah terus malas nak buat tindakkan lain. Apa yang perlu aku buat sekarang adalah sediakan backup plan bagi setiap perkara yang aku plan nak buat dan capai.
Poster Target
Lagi 1, aku dah hilang poster long term target yang aku buat dulu. Itu mungkin salah satu sebab kenapa sub-conscious mind aku tak boleh nak cari jalan lain untuk capai target-target tu.
Jalan penyelesaian sekarang adalah sediakan kembali poster-poster target. Target short-term dengan Long-term patut aku tampal di bilik kecil ni. Asal aku boleh baca hari-hari untuk refresh otak aku, untuk push sub-conscious mind buat kerja dalam diamnya.
Motivasi
Motivasi ni di ibaratkan seperti seekor anjing garang dilepaskan untuk kejar dan gigit aku bila aku berhenti berlari. Tapi macam mana nak imajinasikan seekor anjing?? haha..susah. Susah-susah juga, nak tak nak perlu buat sesuatu untuk cas kan diri untuk push diri capai sasaran-sasaran tadi.
Iri Hati
Perasaan ni memang orang kata jahat tapi boleh jadi satu cara untuk cipta seekor anjing garang tadi. Macam mana nak timbulkan perasaan iri hati ni? Mudah jer, buka Facebook dan buka profile kawan-kawan lama, tak kira la kawan 1 sekolah ke, 1 U ke, 1 kampung ke. Perhatikan apa yang mereka dah capai sehingga ke hari ini. Mesti anda semua pernah rasa sangat iri hati dan bengang bila lihat kawan anda yang dulu bodoh dungu semasa di sekolah sedang berposing maut dengan awek cun disebelah EVO 10 beliau. Ada rasa cam meluat tak? itu tandanya anda berjaya merasa iri hati.
Pendorong
Hidup ini perlu ada pendorong. Apa yang mendorong kita buat sesuatu yang kita tak suka buat. Contoh macam ibubapa, isteri atau anak-anak. Kenapa kita bangun pagi-pagi pergi kerja. Walaupun kita selalu merungut dalam hati "i hate this job", "my job is stupid", bos aku kukubesi la macam-macam lagi. Tapi kita tetap masuk opis. Sebab apa? sebab sayang kan mereka-mereka ni kan betul tak? aku pun.
Marah
Pendorong boleh jadi ia adalah sesuatu atau seseorang yang sayang. Tetapi ia juga boleh terbit dari perasaan marah dan benci pada seseorang. Contohnya: andai kata anda telah di hina oleh seorang yang anda suka. Dia kata anda tak layak untuknya.
Dengan kata-kata "Satu tahu awak baik, berbudi bahasa, beragama, bertanggungjawab, berhati perut, dan semua berrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr dalam dunia ni. Tapi awak tak ada kereta EVO 10 macam kawan sekolah awak yang dulu bodoh tu, Saya perlukan kereta EVO 10 untuk hidup bersama dengan saya".
Macam mana, marah tak? Ok jangan bakar apa-apa dulu, cuba tarik nafas panjang. Cakap dalam hati dunia belum berakhir kalau aku tak ada kereta EVO 10 pun. Cakap dalam hati kalau budak bodoh tu boleh, tak kan la aku tak boleh. So mulakan rancangan dengan dorongan perasaan marah ni.
P/S : budak bodoh hanya rekaan semata-mata, kecuali seseorang mata duitan.
No comments:
Post a Comment