12 January 2009

Semester baru start hujung minggu nih...

salam wbt, semester baru bagi student OUM akan bermula hujung minggu ni, tapi untuk pelajar yang dibawah pusat pelajaran Petaling Jaya, mungkin di tempat lain da bermula lebih awal lagi. Sem 2 aku dapat bawa 3 subjek iaitu Introduction to networking, Introduction to Multimedia Technology dan Web Publishing. Semua module sudah aku ambil di HQ OUM 26 Disember lepas. So untuk bulan ini aku agak sengkek sangat-sangat, aku terpaksa menjelaskan yuran minimum sebanyak RM 1740.00.. Ya Allah banyak tue. Alhamdulillah aku sebagai kakiangan kerajaan telah diberikan bonus pada bulan disember tue, tapi duit tue bukan semata-mata untuk bayar yuran jer. Mujur kawan-kawan aku ader yang berhutang dengan aku membayar hutang mereka.

Tapi bila semua yuran dah jelas, aku pula cam jelas camne nak survive sampai gaji akan datang, apa boleh buat kene la berjimat cermat, kene elak la kalau-kalau ada kawann-kawan yang keluar. Selagi boleh masak kat rumah kite masak la.

No comments: