13 April 2009

Balik Kampung....

Salam wbt, salam ceria, salam sayang untuk pengikut aku yng setia..cam ader peminat jer.
Photobucket
Setelah ber hempas pulas menyiapkan assignment dan menduduki mid term dan final exam, aku pun me"reward"kan diri dengan balik ke kampung untuk jumpa mak abah, dan keluarga..terutama sekali anak buah aku yang comel iaitu Anis.


Tapi malangnya Anis join Ibu dan Ayah dia pergi rombongan ke Air Papan..hermm kempunan aku nak bermanja-manja dengan Anis, baru la nak letak gamba baru dia didalam blog ni.
Photobucket
Anis yang cumel..
Tapi takpe dapat jumpe mak abah dan adik beradik lain pun dah cukup bagus dan aku bersyukur sangat-sangat sebab mak abah serta adik beradik yang lain sihat Alhamdullilah.

Tak lupa juga pada keluarga angkat aku yang sempat aku singgah di Muar, Alhamdullilah semua sihat.Walaupun cuma dapat balik waktu aku Rest dan Off jer.
Masa kat kampung banyak perkara di bincangkan dengan mak abah dan adik beradik yang lain, terutama sekali dengan Abah dan Aril yang nak start untuk berkebun, maklumlah abah bukan larat lagi nak bekerja, so altenatif lain cuma berkebun dan aku rasa idea tue memang bagus, lagipun semenjak mak berhenti kerja tak ada apa yang di buat kat rumah tue, sekurang-kurangnya boleh tambah pendapatan dan menyihatkan badan. Kadang-kadang bila mengenangkan mak, rasa cam hiba jer..sebab mak dari aku kecil sampai aku besar tak pernah berhenti bekerja..mak memang tak kenal erti penat..mungkin sekarang dah tiba masa untuk aku balas jasa dia.

kekadang aku terfikir..mampukah aku jaga Mak Abah bila dorang dah tak mampu hidup sendiri nanti..Ya Allah berilah kekuatan pada hambaMu ini.

2 comments:

Anonymous said...

kempunan lah farah nak tgk pic2 br anis..he..he :) rajin tulis blog ek :)

ipin80 said...

dulu gua mcm ni beb