Salam wbt,
Apa yang dah terjadi yang aku tak
mention dalam blog selama ni, banyak betul kekangan yang menghalang satu daripadanya adalah
Malas. Tapi kadang-kadang bila aku dah duduk depan
komputer buka
blog ni idea tu tak mahu nak mencurah, bila aku
log-out mula datang balik.
1. Raya
Alhamdulillah raya tahun ni aku dapat bercuti panjang, maklumlah dah bekerja
office hour, Sebelum ni di jabatan lama sudah 3 kali aku tak dapat nak balik beraya di sebabkan syif jatuh pada hari raya.
Raya tahun ni agak suram sedikit disebabkan kekurang ahli keluarga iaitu arwah adikku Muhamad Reduan.
kami sekeluarga sambut dengan sederhana tetapi penuh makna, kerana kami dapat menziarah semua rumah adik beradik abah dan emak dengan berkonvoi 3 kereta,
hurmm seronok-seronok.
2. Telepon Bimbit
Sebelum aku berpindah ke Putrajaya, telepon aku terkene penyakit ganjil iaitu skrin pecah di dalam menyebab aku tak dapat nk membaca penuh sms, jadi dalam jangka masa agak lama aku tak menjadi peng "
sms" tegar.
Sebelum menjelang raya puasa dengan berbekal duit saguhati hari raya yang di hadiahkan oleh kerajaan aku pon beli telepon baru. Tapi yang peliknya
usha telepon lain tapi beli telepon lain.
handphone aku sekarang
3. Semester September 2010 bermula
Keputusan peperiksaan untuk semester Mei masih belum tahu lagi, tapi semester baru dah mula, aku berharap result semester lepas bagus, memandangkan 2 semester sebelum ni result aku agak merosot banyak.
4. Potongan gaji ASB dan Tabung Haji
Oleh kerana usia aku semakin lanjut jadi aku buat keputusan untuk buat pemotongan gaji terus melalui angkasa, sebelum aku hanya transfer online, ke akaun ASB. Aku harap dalam masa 2 tahun lagi boleh buat untuk kahwin InsyaAllah.
5. Projek pisang
Sejak akhir-akhir aku tengah mencari pekebun pisang, tujuannya abang aku sekarang dapat projek membekalkan pisang mentah. Pisang..pisang..
Sekian, itu saja maa...