Assalamualaikum wbt.
Sejak dua menjak ni, hati aku rasa tidak tenang. Mungkin banyak dosa, aku cenderung membenci. Benci pada seseorang, tidak kira dirumah atau ditempat kerja. Mungkin di sebabkan aku sendiri yang suka menilai orang, akibatnya banyak andaian dalam fikiran aku sekarang. Tetapi kebanyakkan setiap andaian yang aku buat tidak terus aku ikuti, aku teliti dahulu dengan bergaul dengan mereka sendiri dengan mereka-mereka ini. Aku bukan ahli psykologi tetapi andaian-andaian ini bermain dalam minda aku dan kebanyakkan ia betul. Betul tidak bererti tepat. Ikuti kisah aku :
......................................................................................................................
Kamal(Bukan nama sebenar) aku kenal melalui kawan atas kawan. Pada andaian aku pertama kali aku bertemu dengan Kamal, beliau sangat baik dan boleh di andalkan bukan saja sebagai kawan biasa malah sebagai sahabat. Melihat dari tutur kata dan tingkah laku dan yang lebih menyakinkan amalannya. selepas memikirkan secara serius, dengan minda penuh dan bawah sedarku, aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan cerita dibawah kisah 1 ini. ( tulisan italic telah aku tulis seminggu sebelum ).
Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk berfikir secara positif dan buang semua perkara buruk tentang kamal. Apa yang aku fikirkan sekarang adalah "kalau perangai dia buruk kenapa tak aku tegur saja, tidak kisah sama ada secara direct atau indirect " , Insyaallah kamal ni akan faham juga akhirnya asalkan kita tidak putus kawan. Apa yang aku rasa, bila aku mula menyimpan setiap keburukkan nya dalam kepala aku ni, terasa macam ada sebuah jam randik yang berdetik seolah-olah bom jangka yang akan meletup bila tiba masa dan waktunya.
So sekarang lets think positive.
......................................................................................................................
Kisah 2
Kisah kedua ni pula bom randik yang tercipta dalam mindaku ditempat kerja. Seolah-olah seperti kisah pertama tadi. Aku bersyukur kerana ia bukan disebabkan rakan di tempat kerja tetapi pihak ketiga dalam organisasi tempat aku bekerja (third party la) hihihi faham-faham saja la. Sebagai pekerja aku cuba sedaya upaya untuk mengendah apa saja halangan asalkan aku dapat menunaikan tanggungjawab aku sebagai pekerja. Di sebabkan aku orang baru apa-apa pun aku perlu terima seadanya. Itu baru bunga, begini ceritanya. Kerja aku memerlukan aku berinteraksi dengan pihak ke-3 atau thrid party iaitu seorang dari organisasi lain yang mempunyai kontrak dengan organisasi ku. Maklumat yang perlu aku dapatkan darinya amat kritikal. Tetapi apa yang menyedihkan, aku dilayan seperti tunggul bila bertanyakan tentang maklumat tersebut. Buat masa sekarang aku membuat keputusan untuk membalas batu dengan buah, setiap manusia mesti mempunyai sifat belas dan kasihan yang tersimpan dalam dirinya, aku yakin suatu hari nanti beliau akan berubah. Aku cuma mahukan dia dan aku work as a team tidak kira kita bekerja dengan organisasi mana-mana pun. Lagipun kerja kalau kita lakukan dengan ikhlas, jujur, amanah dan menghormati orang ia akan menjadi satu ibadah Insyaallah.
Kedua-dua cerita cuma sesuatu yang bermain dalam minda ku. Setiapnya memerlukan aku tangani dengan bijak dan tenang. Blog adalah sekadar medium untuk aku meluahkan apa yang tersimpan agar hati ini dapat bertahan Insyaallah.
......................................................................................................................
3 comments:
Assalamualaikum wbt...
En Hati yang tidak tenang,
sorila kalu ayat yang aku gunekan ni x puitis dan perfect mcm yg ko tulis dalam blog nih...hehehe...tp aku nak share sesuatu yang mungkin bleh kurangkan sedikit ketidaktenangan hati anda...hehe
Pasal kisah pertama tu, aku paham perasaan ko sebab aku pun pernah mengalaminya jgak..hehe mmg sakit ati jgakle kalu tgkkan perangai dier...macam kisah aku, member aku nih kalu depan org lain bukan main baik lagi cakapnyer tp kalu sampai part aku tu kekadang ok percakapannye tp kekadang tu bleh menyirap jgak darah dgr..mcm x hormat aku..pernah aku bengang ngn dier sampai x bertegur sapa (aku pun same gak jahatnye)..huhu aku pernah terbaca sebuah buku yang terlaris kat malaysia (x sure le ko tau tak)..dlm buku tu pernah bgtau, walau camne buruk pun perangai org tu, kta x mungkin dapat mengubahnya melainkan org tu sendiri yg berubah. Maklumla, manusia ni payah nak ubah, lebih2 kene member yg keras kepala..ape yg dapat kita bantu adalah dgn memberi nasihat @ teguran yg aku rsakan sesuai untuk membuatkan member kta tu sedar akan perangai teruk sendiri...kalu dier kutuk blakang kita pun, mgkin kta bleh menjawab dgn teguran yg baik (walaupun dalam hati sakit, bukan nak jadikan hipokrit, just let the positve thing menguasai diri) atau kta bleh buat acuh tak acuh jer ape yg dier cakapkan...mulut manusia x dpat ditutupkan? kesimpulannya, mulut manusia mmg sukar dikawal. Bg aku, xde maknenya nak tension pada sesuatu yang tidak memberikan sebarang manfaat kepada diri. Lagi satu, dalam buku tu ade bgtau, selagi kita berdendam atau simpan perasaan x suke kat seseorg tu selagi itulah org tu akan melekat kat pikiran kita. Maksudnya, selagi itula kita akan pikir pasal org yg menyakitkan hati kita (a.k.a terikat dng org itu)...ape yg kta boleh buat ialah dgn memaafkannye..hilang semua perasaan tension..hehe
Pasal kisah ko yg no 2 nih, hehe...aku pun pernah jgak alami tp dulu la...mmg payah nak kawal dorg yg buat hal sendiri jer..bg aku ko mungkin bleh mulakan dengan memberikan senyuman setiap kali berjumpa dgn dorg, dgn ini mgkin bleh membuka minda dorg..huhu kalu dengan senyuman bleh mencairkan hati seseorg x mustahil dgn senyuman bleh mengubah hati dorg..hehe...keduanya, mgkin ko bleh try dekati dorg dengan memulakan perbualan yg dorg minati..mcm pasal bola ke, keta ke..(aku kalo pasal bola mmg zero ler, x tau ape yg nak cakap)..manusia ni kekadang lebih terbuka hati kalo ade member yg sama minat/hobi yg dorg suka...ketiga, ko mungkin bleh gunakan pendekatan bos ko sebagai medium utk mnyedarkan dorg betapa korg semua perlu bekerjasama...Namun, walau byk mana pun usaha ko kalo ko lupe nak mintak tolong ngn Allah payah gak..setiap yg ko usahakan kenalah selari dgn memohon doa kepada Allah agar dorg berubah hati dan bleh bekerjasama dgn ko dgn hati yg senang, riang, gembira...hehe mcm tu le aku buat dulu, berkat doa kepadaNya + usaha ko, InsyaAllah dorg akan menerima ko..hehehe
Nmpaknye tu je la nak bgtau, sebenarnya bukan ko sorg jer yg nak luahkan perasaan yg terbuku kat hati ko, aku pun sama gak..hahaha
dari,
En Hati yang tidak tenang jugak.....
wslm wbt En Hati yang tidak tenang jugak hihihi..time kasih atas nasihat dan pengalaman saudara kat atas ni, segalanya sy sokong....klu saudara perkenalkan diri pon ok jgk..bole kte berkawan sekian dari En Hati yang tak tenanh mula2 tadi...hihihi
xpe, saya ni org biasa je...just sekadar share pengalaman je, pengalaman x bleh simpan sorg2...huhu
Post a Comment