29 March 2010

KLIBF 2010

Salam wbt.
KLIBF 2010 atau singkatan daripada Kuala Lumpur International Book Fair 2010, sememangnya acara yang amat dinantikan oleh semua peminat buku pada setiap tahun. Tetapi bagi aku ini adalah kali pertama dan Insyaallah menyusul yang akan datang sehingga ke anak cucu kalau panjang umur. Misi utama ke KLIBF 2010 adalah untuk mendapatkan buku terbitan Galeri Ilmu iaitu karya tulisan personaliti yang terkenal dengan blog Saifulislam.com iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Alhamdulilah hari ini kebetulan hari bertuah kerana Ustaz sudi meluangkan masa bersama peminat untuk sesi autograf, dan aku juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tandatangan beliau.
Terdahulu aku sangat-sangat berterima kasih pada sahabat yang juga rakan sekelas semasa menuntut di Politeknik Ungku Omar dahulu iaitu Norasyikin Arshad yang perkenalkan Ustaz melalui Saifulislam.com.

Berikut serba sedikit gambar yang sempat diambil semasa KLIBF 2010 di PWTC.


Sempat bersalam dengan Ustaz Hasrizal


Posing pun sempat 

Gerai Galeri Ilmu

No comments: