14 April 2011

Balik kerja naik Heli

Assalamualaikum,

Selepas entri pasal pemandu, yang membuatkan aku geram. Aku ambil keputusan untuk naik Heli (Helikopter) jer. Macam biasa heli aku park kat Menara Telekom yang setinggi 310 meter.

Menara Telekom yang siap pada tahun 2001


HeliPAD Menara Telekom
Jadi aku pakat ajak kawan-kawan tumpang sekaki lah naik heli aku tu. Sebab tu lah nampak ramai jer orang dalam gambar kat atas ni.

  
Pemandangan biasa bagi aku..huhu



Sebenarnya aku ikut lawatan  Pasukan ERT(Emergency Response Team) ke Menara Telekom. Tujuannya adalah untuk belajar serba sedikit bagaimana pasukan ERT Menara Telekom merancang dan melaksanakan simulasi kecemasan.

Pasukan ERT BTM-JPN

Tangga ke HELIPAD

Menapak

Oleh kerana lift cuma ada sampai tingkat 55 je, kami semua menapak 4-5 tingkat ikut tangga.

P/s: pengalaman pertama naik heli....ermmm helipad jer...

1 comment:

Zik said...

perggh gayat kalau aku naik nih...aku hampir tiap2 hari lalu menara telcom nie... tapi tak berpeluang nak naik...hehe