11 June 2011

Mana Pergi aku yang dulu...

Assalamualaikum,

Jumaat, pukul 12.10 tengahari. Aku akan tidur dulu sebelum ke masjid untuk jumaat, tak kisah walaupun 10 minit asalkan dapatkan segarkan mata yang mengantuk. Walaupun Iznor dah ajak aku untuk turun ke kantin makan tengahari.

"Ijan bangun, jom..." Kerol kejutkan aku. Aku pun terkejut sambil tercari-cari telefon bimbit yang aku setkan alarm, tapi jam telefon lambat jadi belum berbunyi lagi.

Di masjid Sultan Mizan atau lebih biasa orang Putrajaya panggil dengan masjid besi, aku akan duduk di sebelah kanan bimbar masjid. Betul-betul di sebelah tiang masjid.

Hari ni dah beberapa kali aku akan duduk di belakang kerusi roda seorang hamba Allah. Seingat aku, penah terjumpa dulu ditempat yang sama ni. Tapi keadaan beliau sedikit berubah. Dengan badannya yang semakin kurus, sehinggakan dapat aku lihat tulang belakang beliau terbonjol keluar. Tangan dan kaki seolah-olah tiada daging hanya  yang menyaluti cuma kulit.

Aku perhatikan badan beliau sekejap tegak sekejap membongkok, untuk membezakan kedudukan solatnya yang duduk itu.

Tiba-tiba air mata aku meninis tanpa aku sedar.

Ya Allah Ampuni hambaMu yang selalu lupa ini. Terkadang nikmat diberi tak pernah aku syukuri.

Kagum aku melihat beliau. Dari susuk dan keadaan tubuh beliau, pasti kerusi roda itu tak akan bergerak sendiri. Tepat sekali seorang tua berkaca mata sering mengerlingkan mata kearah beliau. Aku yakin itu ayah beliau.

Tabah dan tenang, itulah wajah seorang ayah sejati. Seburuk mana keadaan, ia tetap anak yang Allah amanahkan.

Selesai solat jumaat, aku terpaku sebentar melihat dua beranak itu menunaikan pula solat sunat.

Terasa kerdil diri ini. Dalam hati aku berkata "Kenapa aku sering berfikir, duit tak cukup, nak pakai kereta, nak beli rumah. tetapi tak sedikit pun bersyukur dengan nikmat kesihatan yang membawa aku ke masjid ini".

Tersetak...ruang solat utama lengang, aku bangun untuk tunaikan solat sunat, Moga Allah terima tanda syukurku yang sedikit cuma.

3 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

kdg2 kita jarang nk bersyukur walau nikmat yg Allah bg tu kecik sahaja..kdg2 sy pon mcm tu jgk

Unknown said...

betul tu, kita selalu memikirkan pelbagai nikmat dunia yang kita mahu kecapi, tapi kita lupa dengan nikmat yang sedia ada untuk kita syukuri.

hudhud said...

muhasabah utk harini-_-..thanx