07 June 2011

Pembiayaan Pendidikan KWSP(EPF)

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak cerita tentang pembiayaan pendidikan yang di tawarkan oleh KWSP atau EPF. untuk pengetahuan semua, aku dah tiga kali buat pengeluaran wang KWSP untuk bayar yuran Open University aku.

 Bukan aku tak mahu buat pinjaman pendidikan PTPTN tapi, memandangkan hutang yang lama pun belum habis di bayar. Aku tak mahu tambah hutang pula, lebih baik aku guna duit sendiri untuk biaya pengajian aku sekarang, sambil gunakan alternatif lain seperti keluarkan wang KWSP atau EPF ni.



Apa yang anda perlu buat untuk melayakkan anda memohon :

1. Ada akaun KWSP
2. Ada baki di dalam akaun 2.
3. Isi borang KWSP 9H (AHL) - downlond
4. Hantar borang ke cawangan terdekat.

Antara syarat penting yang perlu anda ikut ada tertulis di borang KWSP 9H (AHL) iaitu:

1. Anda kemukakan surat tawaran dan pengesahan dari Universiti atau pusat pengajian yang diiktiraf.
2. Jurusan yang anda ikuti juga perlu mendapat sijil akriditasi oleh MQA.
3. Jika anda sudah memasuki semester 2 atau seterusnya anda perlu kemukakan slip keputusan terkini.

Kelebihan lain, anda boleh keluarkan wang untuk pembiayaan pendidikan anak atau saudara anda juga.

Pengeluaran yang pernah aku buat




P/s : pemohonan aku baru je kene reject ni. jadi pastikan syarat tu anda tetapi.

3 comments:

amir said...

bro..sy pon nak keluarkan duit kwsp untuk pendidikan. Satu dokumen yg sy x paham.. ape borang pengesahan pendaftran? borang tu kena dapat dari pihak universiti ke. Maknenye kena gi daftar kt universiti dulula baru dapt borang tue. nanti saudara tlg email sy yer

//altobeta@gmail.com

Unknown said...

Boleh ke saya keluarkan duit kwsp acc 2 utk bayar yuran pendidikan adik

Unknown said...

Boleh ke saya keluarkan duit kwsp acc 2 utk bayar yuran pendidikan adik