29 December 2012

Jersi Johor 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT

Jersi Johor Darul Takzim 2013

Amy dengan Del Nero dan Danial Guiza

P/S: sumber FB Liga FAM

Azam 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT


Azam 2013 dah aku tampal di dinding biliku..

Semalam selesai baca Yassin di surau depan rumah aku, kami yang tak sampai 15 orang jemaah pon melunjurkan kaki sambil berborak-borak bertanya khabar semasa jiran Desa Damai Sg. Merab ni. Sementara menanti waktu Isyak yang tinggal lagi 5 minit untuk masuk. Aku dengan seorang pakcik ni berborak tentang latar belakang sesama kami, sambil-sambil bertanya tentang rumah yang aku duduk sekarang.

Dalam perbualan kami tetiba pakcik tu tanya "Isteri kerja kat mana?"... aku pun sengih...sambil jawab "Saya belum kahwin lagi pakcik.."

Lepas Isyak aku pun balik melangkah ke rumah yang tak sampai 40 tapak ke rumah...sambil dalam hati terdetik "aku ni nampak macam orang dah kahwin ke?"....."bukan nampak lagi patutnya anak dah 4 tahun dah macam Ady.."...aku jawab sendiri dalam hati, sambil sengih.. "siapalah orang tu kan? tuhan saja tahu.." 

P/S: oleh yang demikian salah satu azam tahun 2013 adalah kahwin...titik...

25 December 2012

Look into my eyes : After Effect


Bissmillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,



Mohon maaf kalau anda terkejut!!, ini adalah video yang aku hasilkan menggunakan perisian AFTER EFFECT. Memang best cuma ikut tutorial, video pon tangkap guna webcam notebook aku.

Insha Allah banyak lagi tutorial yang aku nak cuba...

24 December 2012

Kebun sayur

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah baru-baru aku dah selesai membersihkan kebun laman rumah aku tu, sebelum ni aku tanam dengan kacang panjang, cili api, dan juga tanam tomato menggunakan teknik fertigasi. Lepas saja semua pokok-pokok ni abis pusingan keluarkan buah semuanya mati. Selepas tu mula musim hujan setiap petang membuatkan aku malas nak pantau, hasilnya semak samun.

Bila musim hujan berlalu, dapatlah aku meracun untuk hapuskan rumput rumpai tersebut. Sekarang ni dah bersih. Sempat aku buat 2 batas baru untuk tanam tembikai (percubaan) dan juga pokok labu. Buat masa sekarang hanya 2 anak pokok tembikai yang menjadi dan dah aku pindahkan ke batas. Untuk pokok labu ia tak ada masalah untuk hidup subur. Cuma anak pokok kacang buncis saja yang akhirnya mati semuanya, mungkin diserang serangga perosak.

Baru saja semalam aku sempat singgah ke kedai hardware beli beberapa lagi benih sayuran dan tembikai. Malam tadi juga sempat aku semaikan semua benih-benih tersebut, harap-harap menjadi.


Pokok Kacang Panjang Dulu..

Sekarang..

Video pendek kebunku..




22 December 2012

Mari Berubah

Bismillahirrahnirrahim

Assalamualaikum WBT,

Semalam saya pintar, jadi saya ingin mengubah dunia. Hari ini saya bijaksana, jadi saya mengubah diri saya sendiri.

17 December 2012

Peperiksaan Akhir: Aku perlukan motivasi!!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Untuk pengetahuan semua semasa aku tulis entri ni, sebenarnya aku sedang ulangkaji pelajaran untuk menduduki peperiksaan akhir esok, lusa dan hari jumaat nanti. Sebenarnya aku tercari-cari semangat yang aku rasakan dulu masa di Politeknik Ungku Omar. Bangun pagi-pagi solat subuh di Masjid, lepas tu mengaji, baca Al Mathurat, ulangkaji serba sedikit apa subjek akan diajar dalam kelas nanti.

Zaman Poli dulu..


Mana pergi semua semangat tu? aku pon masih tertanya-tanya apakah yang memandu aku dulu sehinggakan aku dapat buat semua tu. Nak dibandingkan dengan sekarang nak solat subuh di Masjid pon payah nak dapat, baca Al Mathurat jarang-jarang, ulangkaji pelajaran lagilah susah. Tak adil rasanya nak bagi alasan yang belajar sambilan ni payah, kenapa orang lain boleh lakukan? dan tak aku. Aku selalu bagi alasan "time management" aku yang lintang pukang, memang betul pon. Tapi dah banyak jadual, macam-macam versi dah aku buat itu pon tak jalan. Kawan-kawan, senior di pejabat bagitau pulak engkau kene kahwin cepat Ejan, Wah!! Soalan cepu emas yang dah jadi macam soalan cengkodok pisang bagi aku, selalu sangat dah dengar. Rasa tak adil juga nak jadikan alasan. Tapi kenapa orang lain boleh??!!!



Bangunlah Ejan dari lamunan cinta engkau ni. Sampai bila nak berharap kepada sesuatu yang tak mungkin pasti. Yang hampir dalam genggaman terlepas, yang di kejar tak ada bayang pon. Ya Allah aku merayu pada diri aku sendiri..berpijaklah di bumi nyata. 

Ya Allah kurniakanlah hamba Mu ini petunjuk dan jalan mencari redha Mu.

13 December 2012

Apakah erti Bahagia??

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Bila aku buka facebook hampir setiap saat orang akan mengemaskini akaun mereka dengan gambar-gambar terbaru tak kira lah kemana mereka pergi, majlis apa yang mereka hadiri, situasi apa yang mereka lalui, tetapi kebanyakannya adalah dalam suasana atau perasaan yang gembira atau pun bahagia.

Tapi aku terfikir apakah erti sebenar bahagia? adakah ia diterjemahkan dengan gambar-gambar bahagia, pergi ke tempat-tempat yang orang lain tak mampu untuk pergi atau situasi yang orang tak mampu untuk kecapi.



Aku pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa "Bahagia bukan apa yang kita lihat tetapi apa kita rasa". Tetapi dalam konteks manusia kita akan rasa bahagia bila kita melihat sesuatu, terutamanya yang indah-indah. Bagi seseorang yang dilamun cinta, mereka akan merasa bahagia bila melihat seseorang yang mereka suka atau sayang, termasuk juga ibubapa mereka akan rasa bahagia bila melihat anak-anak mereka membesar menjadi orang yang berguna dan mempunyai keluarga dan mengurniakan mereka cucu-cucu yang comel-comel. 

Tapi bagaimana untuk mereka yang buta? mereka tak boleh melihat untuk mereka merasa. Adakah mereka rasa bahagia?

Itulah uniknya hati ciptaan Allah ini. "Kita rasa bahagia walaupun tanpa kita melihat"

p/s: Cinta Tak Harus Saling Memiliki
      Kadang Kala Mereka Harus Melepaskan Cinta Tersebut
      Kerana Cinta yang Sejati Selalu Ingin Membahagiakan
     Orang Yang dicintai